Saturday, June 14, 2008

bahasa jiwa bangsa

assalamualaikum...

perrgh!!...kelakar mat jenin rongak tertelan bola golf! itulah saja yg dapat saya umpamakan bila menengok iklan suratkhabar terbaru NST tu. semuanya pada mulanya agak okay...terutama wajah 'mat saleh' pompuan yg menarik tu. suasana, konsep dan matlamat memang ngemm...tapi tang tak menarik ialah perlaksanaannya. perlaksanaannya menjadikan wujudnya satu lagi 'hidden' matlamat iaitu sesapa yg baca NST tu memang 'senang' dapat kerja. matlamat utama iaitu menggalakkan pelajar-pelajar mempelajari dan memahiri bahasa Inggeris dah tenggelam bila 'sang hero' menyatakan..."kalau baca NST ni...senang dapat kerja" (lebih kurang gitu le).

saya juga ada terbaca betapa angkasawan negara kita mempromosi bahasa Inggeris. bagusle...tapi kalau tak salah dia pun kena belajar bahasa Rusia sedikit sebanyak masa nak ke angkasa dulu tu. Rusia yg memang advance dari segi teknologi lebih-lebih lagi teknologi angkasanya masih guna bahasa ibundanya sendiri...habih camno? citernya senang je...memahirkan diri dengan bahasa Inggeris tu memangle penting sebab dia kan bahasa antarabangsa...tapi untuk mengatakan dengan memahiri bahasa tu akan jadikan senang dapat kerja atau jadikan kita lebih maju dan berteknologi dari orang lain, pada saya yang tak bijak sangat ni amatlah tidak kena (mungkinlah kalau utk kerja-kerja seperti penterjemah dan sebagainya). Jepun pun maju...tapi dgn bahasa mereka. gitu juga dengan German, Perancis dan China, Iran dan sebagainya.

kalau nak dikiralah...payahlah bagi sesapa yg bisu tu...sebab apa bahasa pun diaorang tak dapat nak menuturnya. susahle diorang nak pi mana-mana, nak maju dan berteknologi. bayangkanlah bila diorang nak apply cari keja...lagi le payah kan? tapi hakikatnya tak begitu...semuanya di ukur bukan pada kemahiran berbahasa...tapi benda-benda lain juga. jadi pada adik-adik pelajar belajar dan mahirkan lah diri dengan bahasa Inggeris...tak salah bahkan memang baik. tapi kalau dah belajar masih tak boleh 'mahir' juga dengan bahasa Inggeris tu tak mengapa. teruskan...dan jgn khuatir 'mungkin' susah dapat kerja tapi senang pulak korang jadi 'boss'...mana tahukan? macam (kalau tak salah le...) the late Goh Chok Tong dan Boon Siew tu...ada duit semua boleh jalan. gitu le ...wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

ASM Sdr
Saya gembira tentang sikap sdr terhadap bahasa. Iklan NST itu menunjukkan tidak sensitifnya penaja dan agensi pengiklan, dan juga penyiar iklan terhadap implikasi iklan spt itu terhadap agensi kerajaan,(DBP dan Kementerian Pelajaran) dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.Ia menghina Kementerian Pelajaran kerana pelajar sekolah menengah setelah lebih 10 tahun belajar Inggeris masih tak faham siumple communication English.Semuanya ini adalah akibat sikap mental yang pragmatik dan materialistik bukan fikiran yg rasional.Otak hidup lebih digesa oleh keuntungan sahaja tanpa mengira maruah tamadun dan jati diri negara. Kita tidak anti bahasa Inggeris, Mandarin,Jerman etc. Belajarlah, tetapi jangan samnpai kita jahil dan tak petah atau lancar menggunakan bahasa sendiri secara canggih dan beradab. Inilah hallmark bangsa yang bangga akan harga dirinya, tanpa menjadi Anglophile. Kalau sdr ada waktu lawatlah blog saya tentang isu yang sama

nahmy said...

W'salam Sdr Baha
Gitule kita bila terlupa yg mana satu penting & yg mana satu lebih penting. syukran atas komen...& insyaAllah saya akan menjengah ke blog sdr.