Wednesday, August 27, 2008

bila 'sensasi' dah berlalu....

assalamualaikum...

sengit memang sengit! tapi akhirnya Dato Nuar menang. majoriti besar le juga. tahniah! apapun yang sebenarnya menang adalah penduduk Permatang Pauh. bukan calon bukan parti...yg menang tetap pengundi hatta penduduk Permatang Pauh. calon dan parti belum mendapat 'kemenangan' yg hakiki lagi sehinggalah mereka telah dapat memberikan perkhidmatan yg outstanding kepada penduduk PP. pengisian dan mengekalkan kemenangan tu adalah lebih susah lagi beb...dari mencari kemenangan tu.

kita yg duduk jauh dari PP pun rasanya dah bolehlah rasa lega sikit...sebab semuanya akan kembali ke rentak biasa. tiada ketegangan lagi sebab yg sensasi tu dah berlaku dan berlalu. menang atau kalah mereka yg bertanding...kehidupan tetap berjalan macam biasa. yg luarbiasanya ialah bila janji-janji yang memenafaatkan kita tu ditunaikan oleh mereka. maka rasale kita manisnya. macam saya yg duduk di Selangor ni...alhamdulilllah dah rasa 'manisnya' bila membayar bil air.

kemanisan yg macam tu le yg kita mahukan. kita dah banyak sangat bergelumang dengan bebenda 'pahit'...dah makin letih. dengan kenaikkan harga petrolnya, kenaikkan harga barang keperluannya, dengan cukainya, dengan tolnya, dengan belanja anak sekolahnya, dengan yuran sekolahnya, dengan tarif letriknya, dengan kadar BLRnya (utk loan rumah, kereta dan yg seumpamanya dengannya), dengan kadar jenayahnya, dengan banjir kilatnya, dengan kesesakkan lalu-lintasnya, dengan birokrasi nak kahwin empatnya, dengan kekurangan bagusnya kemudahan pengangkutan awamnya dan berbagai-bagai perkara lagi yg menambahkan lagi 'kepahitannya' kepada rakyat.

jadi berikanlah atau pulangkanlah 'kemanisan' tu kembali kepada kami sebagai rakyat ni...walaupun jumlahnya kecil namun sedikit-sebanyak dapatlah ianya menseimbangkan rasa 'pahit' ni agar tidak keterlaluan...wallahualam.

0 comments: