Monday, April 27, 2009

dah hantar borang B?

assalamualaikum...

tiap-tiap tahun agenda ni mmg dah jd kelaziman...bagi kerajaan M'sia dengan rakyatnya yg bekerja. pdptn kita kena kita 'declare' utk dikira samada kita kena bayar cukai atau kerajaan akan bayar rebat kat kita. majlis 'declare' ni mmg kita kena buat secara berkelompok (macam berkhatan beramai-ramai...hehh!) bermula dari kita dapat borang EA dari majikan di sekitar bulan Feb/Mac dan kemudian kita kena buat taksiran dlm borang B dan hantar balik ke LHDN sebelum bulan Mei (kalau tak silap). tiap-tiap tahun camtule fesyennya. 'declare' dan hantar balik borang B secara berkelompok...ramai-ramai dan bulan akhir hantar tu (bulan April) ofis-ofis LDN seantero M'sia akan sesak.

yg sedikit heran tu...time buat taksiran & hantar borang secara berkelompok tp bila time kena bayor nasib baik dia tak suruh buat berkelompok juge...tapi kalau boleh tu time bila LHDN kena bayor kat kita rebat tu eloklah juga dibuat secara berkelompok...hehh..heh!

saya & isteri pun baru buat benda yg sama Jumaat lepas. tapi alhamdulillah dan patut dipuji akan LHDN ialah suasana sibuk sesangat tu dpt diorang manage dgn berjayanya. tunggu mmg kena tunggu cuma tak le lama sgt cam dulu-dulu. pengurusan kaunter juga dah semakin terurus. sesapa yg kerja ada buat Potongan Cukai Berjadual tu takle risau sgt sbb kemungkinan tak kena bayor pun cukai...sbb PCB tu dah majikan buatkan & bayar pada LHDN tiap-tiap bulan. pada yg takde tu kena sikit-sikit berjaga. tapi pada yg tak declare tu lagi kena berjaga-berjaga. ikut cerita isteri ada yg kawan sekerjanya yg pakcik dia tak pernah buat benda 'declare' ni dan kemudian sampailah bila dia pencen dan nak kuarkan EPF, maka EPF dia kena tolak dulu cukai yg dia tak pernah 'declare' tu...pergghh!! hampir sepertiga habis EPF dia. betul tak betul citer ni kita confirm baliklah dgn pegawai-pegawai LHDN tu.

mereka yg buat PCB atau potongan zakat insyaAllah mungkin terlepas begitu juga juga pada yg ada anak-anak ramai. jd jgnle risau sgt. pada yg isteri ramai tu pun insyaAllah akan terselamat juga...apapun cukai-cukai yg kerajaan kenakan pada kita tentulah ada byk sebabnya dan penting utk kita membayornya tapi cukai-cukai kita pada Pencipta lagi penting utk kita membayornya sebab sedikit sebanyak ia akan menentukan 'selamat' tak kita di kehidupan yg satu lagi tu. apakah cukai-cukai kita padaNya...itu kena cari sendirile jawapannya...wallahualam.

Monday, April 20, 2009

we’re still their kids….

assalamualaikum..

we went to my parent’s home last weekend. normally, we do this fortnightly. but for the last 3 weekends we’ve been pretty busy…my eldest with his ‘Bengkel Sains & Matematik’ on every Saturday while me was on ‘studying’ and ‘practicing’ the soon-to-launch project (need to get hang of the system beforehand). nevertheless, if things like this happen, I would often used phone to compensate our visit. mom was ok except for her knee & loneliness, dad…as usual was busy with ‘surau’ and his sport channel in Astro. one of my brother and his family were also there too (good for you bro for giving mom & dad the new TV!). the next day, another brother and my youngest sister has also arrived. the more the merrier! this has definitely tackled away a lot of mom’s loneliness. infact, the grandchildren has played a big role concerning to this.

being at my parents’ home what I normally did was having chat with mom on either serious or suave-typed-matters, either on family-related or on some other non-family-related issues. most of the time, dad was also in the scene but for dad the best chatted topic would be on politics or sports. in other words,the main agenda would be on listening to my mom’s grouses on her health condition and loneliness. she felt the loneliness just because we (her children) were not around, well…she doesn’t put it verbally but we can ultimately see it by the gesture. it seems that, all this has put me into one perspective. that is, even if we still have our life-companion around, but when we were at this stage (i.e. my parent’s stage)…it’s simply insufficient. we still somehow need our kids to be around to get rid of the loneliness and maybe the boredom too.

I’d also started a mini-project just to make dad got something to do during hisfree time (mom was 110% agree with the idea!). luckily he feels good about it and has also helped me during the set-ups. in fact after about 2 months, mom and dad has already tasted the end result. alhamdulillah and good for them! it’s the least that I can do for them for this current time…maybe the better ones is coming, like taking them for a long holiday or even for Umrah…insyaAllah & wallahualam.




Thursday, April 16, 2009

kesian...diaaa...

assalamualaikum...

kesian yg kena tikam tu. mungkin bagi yg menghidu atau yg terhidu dosa simamat yg 'terlepas' gas tu sgt besar sampai kena tikam dia. tapi bab dosa antara mahkluk dgn pencipta bukan antara sesama manusia ye takk? nasib baik cedera je...kalau mati? tak memasal je..inilah yg orang tua-tua dok kata kerana mulut badan binasa...cuma kena ubah sikit...kerana 'bon###', badan binasa...heh!!

bagi yg menikam tu plak...mungkin sbb dia punya 'busuk'...mak ooii!!. sampai berubah aura 'good mood' dia jadi 'bad mood'. tapi walaucamna 'bad mood' pun tak bolehlah sampai tikam-menikam....abih sangat 'maki' je dah le. takkanle busuk je - tikam...busuk je - tikam....kalau camtu terukle.

apapun sebenarnya walaupun citer nampak cam kelakor je...tp byk message & persoalan tuh. meh le saya senaraikan satu-satu (ikut pandangan saya le). 1. kenapa yg boleh jadi busuk? apa benda yg dia makan. 2. takde tempat lain ke yg lebih 'tenang' utk melepas tu?. 3. takkan persahabatan boleh dibuang disbbkan oleh sekelumit kentut? 4. macamana boleh ada pisau kat situ? 5. tak boleh larike yg 'terhidu' tu...sejauh dan selaju yg mungkin? dan byk lg klu nak disenaraikan...cuma cukuplah dulu sampai kat situ. jd kita ambil le sikit-sikit iktibar...pastinya byk klu difikir-fikirkan...wallahualam.

Tuesday, April 07, 2009

semakin dekat datangnya yg ke 3

assalamualaikum...

bilamana isteri bertanya, "dah ready ke?...tinggal 9 minggu je ni". maka kegelabahan diri saya juga terus bermula. memangle ini anak yg ke 3, dah dua orang anak sebagai pengalaman...namun 'kegelabahan' atau mungkin sedikit runsing di benak kecil ini tetap ada. orang lain mungkin tak macam saya...tapi lain orang lainle caranya. sempena dgn kedatangan 'orang baru', pencarian untuk tempat melahirkannya juga telah turut bermula.

kesempatan cuti ini, saya dan isteri berjalan-jalanle mencari tempat bersalin. kalau dulu kami di Bukit Antarabangsa..maka tempatnya di Taman Melawati tapi bila dah ke Rawang ni kenalah cari yg disekitar-sekitar sini. isteri pulak bukan tak mahu di hospital kerajaan tapi dia nakkan doktor wanita...kalau di hospital/pusat bersalin swasta ni boleh le kita 'tempah' masukkan dlm pakej tapi kalu di hospital kerajaan mungkin sedikit payah. kita org lelaki bila bab-bab camni...ikutkan je le.

payah juga nak menyorokkan 'runsing kecil' tu...sebab demi terlihat tempat bersalin tu degupan jantung macam jadi cepat pulak dan muka pun turut sedikit berubah. bila si isteri tengok je...dia mesti tersengih. ye le...dia yg nak melahirkan kita pulak yg 'gelabah'. tapi takke itu tandanya yg kita ni 'spesis' yg bertanggung-jawab?....heh..he..he. apapun, doa saya agar yg ketiga ini lagi Allah permudahkan proses kelahirannya (tak payahle dlm keta mcm kak ngah dia!). mudah anak dilahirkan & mudah ibu yg melahirkan...amin. wallahualam.

Friday, April 03, 2009

bila pemimpin bertukar....

assalamualaikum...

tepat jam 10.12 pagi tadi maka Malaysia sudah mempunyai PM baru. PM ke 6 iaitu DS Najib Razak. penantian utk rakyat Malaysia (yg menanti le) telah pun terhenti...penantian DS Najib sendiri selama karier politiknya ke saat ini telah juga terhenti. ini adalah kemuncak karier politik beliau. tahniah, syabas dan teruskanle memacu Malaysia ke arah yg lebih cemerlang, lebih terbilang dan lebih gemilang (atau mungkin ada slogan baru pulak lepas nih). kita sbg rakyat akan sentiasa menyokong yg mana baik dan menegur yg mana tak baik.














kepada bekas PM ke 5 iaitu Dato Abdullah Hj. Ahmad Badawi....tahniah, syabas dan terima kasih juga diucapkan. tahniah kerana kemasukkan ke alam orang-orang pencen, syabas kerana 'hand-over' kepada DS Najib (spt memberi peluang kepada yg muda la..) dan terima kasih kerana kegemilangan 6 tahun perkhidmatan.

betul atau tidak, tugas PM ni sebenarnya amat berat. benar atau tidak tugas sbg PM lah yg menjadikan PM itu akan jadi orang mula-mula dipanggil membela diri di kemudian hari kelak. secara lain perkataan semua pemimpin akan begitule. tanggung-jawab, peranan, tugas seseorang pemimpin bukanlah utk bersenang-lenang. impilikasi hasil dari kepimpinannya akan dipertontonkan kpd mereka sendiri di kemudian hari. 'reward' atau 'punishment' akan mereka dulu yg 'merasa'. jadi sekali lagi kpd pemimpin, khasnya PM ke 6 kita yg baru...tahniah dan syabas, wallahualam.