Monday, April 27, 2009

dah hantar borang B?

assalamualaikum...

tiap-tiap tahun agenda ni mmg dah jd kelaziman...bagi kerajaan M'sia dengan rakyatnya yg bekerja. pdptn kita kena kita 'declare' utk dikira samada kita kena bayar cukai atau kerajaan akan bayar rebat kat kita. majlis 'declare' ni mmg kita kena buat secara berkelompok (macam berkhatan beramai-ramai...hehh!) bermula dari kita dapat borang EA dari majikan di sekitar bulan Feb/Mac dan kemudian kita kena buat taksiran dlm borang B dan hantar balik ke LHDN sebelum bulan Mei (kalau tak silap). tiap-tiap tahun camtule fesyennya. 'declare' dan hantar balik borang B secara berkelompok...ramai-ramai dan bulan akhir hantar tu (bulan April) ofis-ofis LDN seantero M'sia akan sesak.

yg sedikit heran tu...time buat taksiran & hantar borang secara berkelompok tp bila time kena bayor nasib baik dia tak suruh buat berkelompok juge...tapi kalau boleh tu time bila LHDN kena bayor kat kita rebat tu eloklah juga dibuat secara berkelompok...hehh..heh!

saya & isteri pun baru buat benda yg sama Jumaat lepas. tapi alhamdulillah dan patut dipuji akan LHDN ialah suasana sibuk sesangat tu dpt diorang manage dgn berjayanya. tunggu mmg kena tunggu cuma tak le lama sgt cam dulu-dulu. pengurusan kaunter juga dah semakin terurus. sesapa yg kerja ada buat Potongan Cukai Berjadual tu takle risau sgt sbb kemungkinan tak kena bayor pun cukai...sbb PCB tu dah majikan buatkan & bayar pada LHDN tiap-tiap bulan. pada yg takde tu kena sikit-sikit berjaga. tapi pada yg tak declare tu lagi kena berjaga-berjaga. ikut cerita isteri ada yg kawan sekerjanya yg pakcik dia tak pernah buat benda 'declare' ni dan kemudian sampailah bila dia pencen dan nak kuarkan EPF, maka EPF dia kena tolak dulu cukai yg dia tak pernah 'declare' tu...pergghh!! hampir sepertiga habis EPF dia. betul tak betul citer ni kita confirm baliklah dgn pegawai-pegawai LHDN tu.

mereka yg buat PCB atau potongan zakat insyaAllah mungkin terlepas begitu juga juga pada yg ada anak-anak ramai. jd jgnle risau sgt. pada yg isteri ramai tu pun insyaAllah akan terselamat juga...apapun cukai-cukai yg kerajaan kenakan pada kita tentulah ada byk sebabnya dan penting utk kita membayornya tapi cukai-cukai kita pada Pencipta lagi penting utk kita membayornya sebab sedikit sebanyak ia akan menentukan 'selamat' tak kita di kehidupan yg satu lagi tu. apakah cukai-cukai kita padaNya...itu kena cari sendirile jawapannya...wallahualam.

9 comments:

arsaili said...

salam..baik buat potongan zakat kan..berkat pendapatan

Anonymous said...

Ooo...kita tak kerja.. nanti nak tanya cik abang.

wanhamery said...

salam...wang zakat disalurkan untuk org islam..

Iliana said...

kalau nak slip pemotongan cukai pendapatan, boleh juga bagi sumbangan kepada projek kolej saya hehehehe ;p ada banyak nih ^^

Yunus Badawi said...

saya buat e-filing aje. tak payah nak berbaris.

KTS said...

aku tak layak lagi benda2 ni...


errrr... betul ke??

setakat zakat fitrah, layaklah :)

Faridrashidi said...

Salam,

Dengar kata kalau bayar zakat tak perlu bayar cukai lagi..betulke?

nahmy said...

arsaili...
ya betul tu..ramai2 le kita bayor zakat..alhamdulillah.

tie..
haa...tanya, jgn tanya..klu sepertiga dipotongnya dr EPF kita mau tangkap nangis gakk..

wanhamery..
bahkan menyuburkan lg harta pemberi zakat tu...

iliana..
derma je dah le...klu dah ada potongan zakat & PCB tu pun dah cukup rasanya.

pak YB..
dah cuba...tp rasanya mcm tak manthopla...mcm nak kena 'susahkan' sikit LHDN & diri sendiri...hehehe..

syeikh Farid..
mcmtu la yg sedang dipraktikkan skrg..

Pyanhabib said...

borang B?
isyyyy...