Friday, April 03, 2009

bila pemimpin bertukar....

assalamualaikum...

tepat jam 10.12 pagi tadi maka Malaysia sudah mempunyai PM baru. PM ke 6 iaitu DS Najib Razak. penantian utk rakyat Malaysia (yg menanti le) telah pun terhenti...penantian DS Najib sendiri selama karier politiknya ke saat ini telah juga terhenti. ini adalah kemuncak karier politik beliau. tahniah, syabas dan teruskanle memacu Malaysia ke arah yg lebih cemerlang, lebih terbilang dan lebih gemilang (atau mungkin ada slogan baru pulak lepas nih). kita sbg rakyat akan sentiasa menyokong yg mana baik dan menegur yg mana tak baik.














kepada bekas PM ke 5 iaitu Dato Abdullah Hj. Ahmad Badawi....tahniah, syabas dan terima kasih juga diucapkan. tahniah kerana kemasukkan ke alam orang-orang pencen, syabas kerana 'hand-over' kepada DS Najib (spt memberi peluang kepada yg muda la..) dan terima kasih kerana kegemilangan 6 tahun perkhidmatan.

betul atau tidak, tugas PM ni sebenarnya amat berat. benar atau tidak tugas sbg PM lah yg menjadikan PM itu akan jadi orang mula-mula dipanggil membela diri di kemudian hari kelak. secara lain perkataan semua pemimpin akan begitule. tanggung-jawab, peranan, tugas seseorang pemimpin bukanlah utk bersenang-lenang. impilikasi hasil dari kepimpinannya akan dipertontonkan kpd mereka sendiri di kemudian hari. 'reward' atau 'punishment' akan mereka dulu yg 'merasa'. jadi sekali lagi kpd pemimpin, khasnya PM ke 6 kita yg baru...tahniah dan syabas, wallahualam.

7 comments:

Tirana said...

Pemimpin ummah teruk nanti disoal siasat di hadapan mahkamah Allah terhadap tenggungjawabnya berbanding dengan kita yang tidak pegang apa2 jawatan selain dari ketua keluarga. So pemimpin2 kena beringat tentang itu..jangan seronok2 sangat bila dilantik jadi pemimpin..Tanggungjawab berat sedang menunggu..Silap perhitungan...tak lepas nanti..

Tie said...

Harapkan perubahan ini membawa kepada kebaikan bersama.

Tie : Cuba (dan terus cuba) berfikir secara positif.

DrSam said...

pemimpin perlu memimpin
pemimpin juga kadang-kadang perlu dipimpin
pemimpin seeloknya lebih baik dari yang dipimpin agar tidak tersesat perjalan itu nanti

Wallahuaklam

KTS said...

ihihihiihihi....

pasti ada perubahan dlm tampuk pimpinan yg baru...

persoalannya, berubah ke arah yg lebih +ve atau -ve...

hurrrrmmmmmmmm.....

lepas ni guna lagi ke Islam Hadhari??

Yunus Badawi said...

Semua rakyat Msia menaruh harapan agar negara kita dan kehidupan kita akan bertambah baik di bawah kepimpinan baru ini.

MAZEMIE MAZ said...

tugas yg berat, dengan sokongan jati dan padu, ia tdak menjadikan satu bebanan.

nahmy said...

tirana..
mmg betul tu...jd rasanya kalau tak 'hebat' mana maka lebih baik jdi org kebanyakkan cam kita ni..

tie..
itulah yg kita terus harap-harapkan.

doc sam..
tapi ramai yg tak tahu jd pemimpin masih mahu nak memimpin...abih camno??

cik kutaksemp..
erhhrk?! ada islam lain ka??

pak YB..
doa & harapan tahap 'tinggi' lagi tu..

maz..
bersatu demi menafaat sejagat...gitule