Friday, May 29, 2009

kenapale sampai camni jadinye??

assalamualaikum...

wahh!! semakin daring nampaknya golongan-golongan ahlong ni. punye daring sampai diaorang boleh buat penjara sendiri la. diorang jadi tukang tangkap (polis), dia orang jadi pendakwa, diorang jadi hakim, dia orang jadi kerani mahkamah dan kemudian diorang juga yg jadi wardar penjara. bukan setakat jadi ahlong je!



diaorang ada undang-undang sendiri le. tapi yg muyskil dan amat sgt musykil ialah samada yg 'ditangkap' tu benar-benar bersalah atau tidak. rasanya yg ditangkap tu kalau setakat terberhutang antara rm1,500 ke rm4,000 tu takde le besar sgt 'dosa' atau kesalahannya. lagipun puak-puak ahlong ni juga yg sibuk menampal poster ke hulu ke hilir, menabur business card, berkoyan-koyan buat iklan dlm suratkhabr hanya utk mencari client kan? alih-alih bila dah dpt client...dan sbb termiss bayor, dipenjarakan pulak client tu. terer bebenorle puak-puak ahlong ni.

entahle...aktiviti ni sebenornya payah nak kata sapa plak yg silap. nak kata si ahlong seratus peratus tak bole gak...sbb kalau takde demand camn nak ada supply? tapi camna boleh tercetusnya demand tuh? haaahh...yg tu kita kena tanya puak-puak institusi-institusi kewangan yg besor, teguh & sombong tuh (walaupun tak semua). kalau kita belajar ilmu mantik akhirnya persoalan ni kita kena tanya plak kerajaan...hahh? camna tuh?? saya mmg tak terjawab...jadi tukang tanya soalan je bolehla. apapun yg sama-sama kita mungkin boleh buat ialah jum le kita renungkannya sedlm-dlmnya...wallahualam.

Wednesday, May 20, 2009

antara realiti dan fantasi

assalamualaikum...

dah mcm-mcm program realiti TV yg muncul dlm TV dan dah beberapa program telah berakhir. klu tak salah...One In A Million, Mari Berdansa, Bintang Kecil, Akademi Fantasia, Raja Lawak dah pun berakhir. yg sedang berjalan (klu tak salah le)...Mentor, Bintang RTM, Anak Wayang...dan beberapa lagi program yg saya mungkin tak tahu pun kewujudannya. maafle...sbb saya sekeluarga mmg hampir tak menonton program realiti ni. AF yg terakhir kiteorng tengok ialah yg final ada Mawi tu...itu pun bila dia dah menang.

bukanle nak 'boikot' atau tak suka sgt nengok program camni...tp mcm tak ada sgt 'keperluan' utk menengoknya. bukan juga sbb kiteorng dr 'jenis' yg baik-baik tak juga. dan yg menengok program camni pun bukan jenis yg tak baik...TIDAKK!. saya tak ckp camtu. cuma bagi kami, senang lagi kami anak-beranak menengok..'Man vs Wild', 'World Toughest Fixes' dan mcm-mcm benda pelik lagi dlm NetGeo atau Discovery.

saya rasa mcm AF tu buat 4 tahun sekali je dah le. begitu juga dgn program realiti yg lain. sbb kalau tiap-tiap tahun buat...mahu sampai 2020 hampir 1/5 rakyat Malaysia adalah penyanyi. berlambak-lambak...dan dah tak tahu yg mana bagus atau tidak. lg satu mungkin juga dgn kurangnya program yg bercorak 'hedonism' camni akan insyaAllah membantu mengurangkan (walapun hanya sedikit)gejala campur-gaul lelaki-perempuan dan berbagai masalah sosial di kalangan remaja. berhiburlah dgn batasan-batasan yg telah digariskan. dan semoga media-masa (bercetak @ elektronik) turut membantu sama utk tujuan ini..disamping mencari keuntungan tu...wallahualam.

Tuesday, May 12, 2009

cerita pasal babi

assalamualaikum...

bersempena H1N1 atau swine flu yg sedang berleluasa marile kita ikuti apa yg Joel Osteen cerita pada mat-mat saleh tentang babi.



apapun setiap kejadian pastinya Allah yg maha tahu hikmah disebalik penciptaannya dan pastinya kita tidak membenci penciptaanNya itu...wallahualam.

Thursday, May 07, 2009

sakit ekonomi, sakitlah manusia??

assalamualaikum...

sgt terusik perasaan. bercampur antara sedih dan geram bila membaca suratkhabar semalam dan hari ni. mungkin sbb tu saya dlm seminggu cuma 2-3 kali je baca suratkhabar ni. baik baca benda lain atau mentelaah catatan bloggers lain....lagi tenang jiwa. 2 orang ibu mengandung, satu di Johor dan satu di Kota Bharu meninggal dunia disbbkan angkara 'haiwan' bertopeng manusia. 'haiwan' yg kadangkala lebih kejam dari haiwan itu sendiri. pencopet dan peragut begitulah nama profession bagi 'haiwan-haiwan' ini. maaf jika terlalu keras gelaran yg saya berikan pada mereka. mmg betul jika mereka bertaubat & kembali ke pangkal jalan...bermuhasabah akan dosa lampau dan menebus kembali dosa-dosa mereka itu mungkin mereka akan jadi lebih 'baik' dari sebilangan kita sendiri.

tapi selagi tidak atau belum mereka melakukan benda-benda tu semua maka itulah gelaran yg saya berikan kpd mereka. bukan ajal kedua ibu tu yg nak saya persoalkan. ajal, jodoh, rezeki dan kesemua perkara yg telah, sedang dan akan berlaku memang Allah yg tentukan. ajal tetap akan tiba bila Dia dah tentukan tapi keadaan yg mengundang ajal itu atau 'assebab' nya yg sgt saya terharu bila mengenangkannya.

mereka dah dikira bukan mencopet atau meragut lagi dah...tp 'membunuh'. kan ke beza level jenayahnya antara meragut dan membunuh. dari satu jiwa - dua jiwa telah mereka bunuh. ibu dan anak yg dlm kandungan...aduuuhhhh. sedih. manakah hilangnya 'kemanusiaan'? jika tidak mereka beragama tentunya mereka masih manusia...atau spt yg saya katakan tadi, mereka dah bertukar sifat kepada menjadi 'haiwan' walau masih mempunyai sarung sbg manusia. kenapa boleh berlaku pertukaran sebegitu? adakah disebab ekonomi yg 'sakit' maka manusia turut jadi 'sakit'?? sakit jelmaan manusia ke haiwan mungkin...wallahualam.

Saturday, May 02, 2009

bualan serius anak & bapak

"abah kuar nanti nak ikutlarrr.."
"alaa...abah nak kunci gate depan tu je"
"nak ikut gak...nak tengok bulan"
"hahh...jomla...abah nak kuar ni"
"jom bah...jom"
"erhh! adik bulan takde la.."
"bulan pegi tempat lainla abah"
"pegi mana pulak?"
"dia pegi jalan-jalan...nanti dia balikla"
"hmmm...."
"tapi anak bintang banyak abah"
"mak dgn bapak bintang?"
"mak dgn bapak bintang ada tiga aje...yg lain byk-byk tu sumer anak dia"
"hmmm...."
"bestkan abah tengok langit"
"erhhk!!...adik bulan ada la tuuu..."
"ohh...dia jalan-jalan kat situ la abah"
"dia tak sampai balik kat rumah dia lg kan adik??"
"apala...abah ni dia mana rumah??"
"hmmm..."
"tengok abah dia jadi mcm bawangla"
"mcm bawang??"
"iyela...dia tak bulat dia separuh aje"
"takpe la dia letih berjalan tu"
"apala abah ni dia mana ada kaki"
"hmmmmmm...."