Thursday, May 07, 2009

sakit ekonomi, sakitlah manusia??

assalamualaikum...

sgt terusik perasaan. bercampur antara sedih dan geram bila membaca suratkhabar semalam dan hari ni. mungkin sbb tu saya dlm seminggu cuma 2-3 kali je baca suratkhabar ni. baik baca benda lain atau mentelaah catatan bloggers lain....lagi tenang jiwa. 2 orang ibu mengandung, satu di Johor dan satu di Kota Bharu meninggal dunia disbbkan angkara 'haiwan' bertopeng manusia. 'haiwan' yg kadangkala lebih kejam dari haiwan itu sendiri. pencopet dan peragut begitulah nama profession bagi 'haiwan-haiwan' ini. maaf jika terlalu keras gelaran yg saya berikan pada mereka. mmg betul jika mereka bertaubat & kembali ke pangkal jalan...bermuhasabah akan dosa lampau dan menebus kembali dosa-dosa mereka itu mungkin mereka akan jadi lebih 'baik' dari sebilangan kita sendiri.

tapi selagi tidak atau belum mereka melakukan benda-benda tu semua maka itulah gelaran yg saya berikan kpd mereka. bukan ajal kedua ibu tu yg nak saya persoalkan. ajal, jodoh, rezeki dan kesemua perkara yg telah, sedang dan akan berlaku memang Allah yg tentukan. ajal tetap akan tiba bila Dia dah tentukan tapi keadaan yg mengundang ajal itu atau 'assebab' nya yg sgt saya terharu bila mengenangkannya.

mereka dah dikira bukan mencopet atau meragut lagi dah...tp 'membunuh'. kan ke beza level jenayahnya antara meragut dan membunuh. dari satu jiwa - dua jiwa telah mereka bunuh. ibu dan anak yg dlm kandungan...aduuuhhhh. sedih. manakah hilangnya 'kemanusiaan'? jika tidak mereka beragama tentunya mereka masih manusia...atau spt yg saya katakan tadi, mereka dah bertukar sifat kepada menjadi 'haiwan' walau masih mempunyai sarung sbg manusia. kenapa boleh berlaku pertukaran sebegitu? adakah disebab ekonomi yg 'sakit' maka manusia turut jadi 'sakit'?? sakit jelmaan manusia ke haiwan mungkin...wallahualam.

8 comments:

Anonymous said...

Memang geram bila baca kes begini. Tie sendiri pernah jadi mangsa ragut, kira2 20++ tahun dulu. Masih lagi trauma.

Malah lebih geram bila seorang peragut dibelasah sampai mati, pandai pulak kaum kerabatnya tampil mempersoalkan tidakan polis kerana 'tidak bertanggungjawab'membiarkan adiknya digari ,ditinggal bersendirian kerana mengejar peragut yang sorang lagi.

Tak tahu nak kata apa. Mungkin itu balasannya kerana membuat mangsanya menderita. Walaupun sedar, tiada siapa pun layak menerima kezaliman dari mana2 pihak.... Apa2 yang terjadi ada hikhmahnya.

Kepada keluarga mangsa ragut termasuk mangsa itu sendiri, simpati sangat2 dari Tie.

Kepada peragut , terimalah balasan di dunia ini. Dan kepada keluarga peragut, kalau ada masalah dengan yang tersayang tu (siperagut), cepat2lah ambil tindakan sebelum menyalahkan sesiapa......

Maaf, entri ni buat Tie emo sikit!!

Pyanhabib said...

selamat hari khamis! :)

Tie said...

Tie datang nak mohon maaf.

Tersalah info tadi. Sebenarnya yang dibelasah tu cuba merompak beberapa orang bermotosikal...bukan peragut.

Maaflah, ya...

Tirana said...

Yang jadi peragut tu..hendaknya biar orang lain pulak yang meragut dia...baru dia tahu bagaimana rasanya... Nak cari makan, usaha lah dengan cara yang halal...Tau nak senang aje..main ragut2 hak orang... Dapat tangkap..potong tangan tu supaya diorang dapat pengajaran...

DrSam said...

Takziah kepada keluarga mangsa ragut. semoga Allah memberi hidayah, membuka hati dan keinsafan kepada peragut-peragut atau bakal peragut. DIA yang lebih mengetahui.

KTS said...

alahai..

manusia bertopengkan syaitan atau syaitan bertopengkan manusia??

semakin keliru

arsaili said...

salam takziah kepada keluar mangsa...

anyway happy mother day to ur wife n mum...may ALLAH bless them

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. ~Marion C. Garretty

nahmy said...

tie...takpe tu. mmg elok kita geram pd benda-benda yg mcm ni...supaya dpt kita jdkan iktibar.

bro pyan..
selamat hari rabu. (sori lambat jwb)

tirana..
ntahle...susah sgt ke diorng nak cari keja yg baik-baik?

dr sam..
yep doc..takziah pd keluarga mangsa & semoga mrk tabah & byk bersabar. semoga Allah ringankan penderitaan mrk. amin.

cik kutaksemp..
tak kiralah tu...janji ada 'haiwan' dlm diri mereka tu

arsaili..
semoga Allah bersama mereka. dan thanks on behalf of my wife & mom.