Thursday, August 27, 2009

dah nak seminggu...berposa

assalamualaikum...

sudah 6 Ramadhan. klipok-klipok...dah nak seminggu kita berpuasa. syok brotherr...fizikalnya - badan dah 'ringan' je rasa kan? mental - lebih fokus kot!, spiritualnya - yg ni sendiri rasalah...payah nak urai benda yg ni. satu lagi yg payah nak diurai ialah dari segi kos materialnya. maklumlah 'pasar juadah' je melata ada...bila dah menziarahinya, rasanya setakat karipap 3 ketul tak memadai kot....lebih-lebih lagi bila kuih yg tak pernah nampak masa bukan bulan Ramadhan tapi 'menjelma' di bulan ni. mesti nak 'rasa' punye.



ada tinggal 24 Ramadhan saja lagi. pastinya nak kena pulun beramal kan?. raya tak payah citer dulu..panjang umur merasalah. walaupun 6 hari posa yg lalu tak tahu itu posa yg ada 'class' atau tidak itupun tak payah fikir, doa harap diterima Allah dahle. yg difikir sikit-sebanyak ialah yg tinggal lagi 24 hari nih. hari ini mestilah kita nak jadikan lebih baik dari semalam kan..dan esok pastinya kita nak yg lebih lagi baiknya dari hari ni.

nak beramal lebih sikit sebenarnya takle payah sgt. contohnya bila kita bertukar duit dgn kuih semasa membeli juadah berbuka, cuba try test sebut 'alhamdulillah'..lepas sebut akad jual-beli tu (saya beli-saya jual). dah dpt satu 'point' bila sebut alhamdulillah tu kan? bayangkan kalau kita beli 55 jenis macam kuih yg berbeza dari 55 penjaja tak ke dah dpt 55 'point' tu kan? bab 'membazir' bila dah byk sgt membeli tu...itu saya tak nak masuk campurle. itu sendiri mau fikirlah tu....wallahualam.

2 comments:

sentosa77 said...

Salam Bang Man.. lama tak update blog, iya betul tu, dah 6 hari puasa, sedih pula sbb tinggal 24 hari saja lagi.. mudah mudahan Doa dan amalan kita diterima oleh Allah hendaknya.

Basuh Baju said...

3 minggu lebih nak beraya..haha