Sunday, August 16, 2009

seimbangkah kita?

assalamualaikum...

saya bukanlah bijak-pandai yg mengeluar isu dan kemudian cuba nak menegakkan isu sendiri. ttp saya cuba utk jadi seimbang...memperkatakan isu dgn dimulakan hanya dgn niat utk menasihati diri terlebih dulu. itu ajerr.

camna agaknya nak jadi manusia yg seimbang ye. selalu sgt tak berlaku 'keseimbangan'. samada layanan kita pada org lain, pada diri sendiri...atau yg paling takut tapi 'tak nampak' ialah peranan tak seimbang kita dlm menjadi hambaNya.

nak jadi seimbang pada orng lain pun dah masyaAllah payahnya. nak jadi bapa 'mithali'...yg keras ttp lembut, yg mendidik ttp 'fun', yg tegas ttp boleh bersenda-gurau. menjadi suami...yg tegas ttp boleh dibawa berunding, yg memimpin ttp boleh mendengar 'input', yg sasa ttp boleh melipat baju. menjadi anak...yg sibuk tp masih boleh meluang masa utk ibubapa, yg menjaga keluarga sendiri ttp mendokan juga utk ibubapa. atau menjadi anggota masyakat yg seimbang - yg berusaha mencari nafkah utk keluarga ttp menderma dan mendoakan kesejahteraan orng lain jugak. dan berbagai peranan kita yg lain yg memerlukan kita menjadi seimbang.



seimbang ini bersangkutan dlm byk aspek hidup kita hatta kpd pemakanan yg seimbang sekalipun. makan yg seimbang pula bersangkutan pula dgn 'melayan' diri sendiri dgn seimbang (byk perkataan seimbang dlm entry kali ni kan??). jadi ginile...seimbang dlm menjalani kehidupan kita, org putih cakap.."balance things up". dan percaya atau tidak dlm Islam pun dah disuruh utk kita agar seimbang dlm setiap segi kehidupan kita. kalau tak percaya cuba renungkan perkataan 'seimbang' itu dan kaitkannya pula dgn perkataan 'sederhana'....wallahualam.

3 comments:

Yunus Badawi said...

Dalam kita cuba sedaya upaya utk menjadi seimbang ada juga ketikanya kita berat sebelah. Jgn terus tumbang sudahlah.

psst - ko mmg suami yg sasa ttp masih sanggup lipat baju dan iron sekali. caiyok2

nahmy said...

pak YB..
tumbang?? berat sebelah?? mmg betul tu pak..selalu sgt jadi camtu. tu yg payah tuuu..

Zaidon said...

Salam.. yng selalu saya fikir, seimbang dari segi financial je, yyng sekarang ni memang belum seimbang.