Friday, August 07, 2009

mencari 'j'

assalamualaikum...

tersebutla kisah akan halnya dgn ada 'baby' baru ni. belanja yg meng'kendon'kan (asal perkataan - terkendon) antaranya ialah pembelian 'j' utknya. zaman la ni 'j' utk mereka yg ada anak kecil dah macam semestinya. dulu-dulu belanja tak banyak tapi di kala tu masa dan tenaga pun banyak seadanya jadi ibubapa cuma pakai 'j' dari kain je. berlainan sangat dgn zaman sekarang...ibubapa - masa dan tenaga mereka hampir pupus ditelan pencarian nafkah hidup jd semuanya nak cepat, mudah, ringkas dan kerana itulah mereka terpaksa membayar 'harganya'.

sayugia mencari 'j' di kedai-kedai & pasaraya bila adanya sesekali tu aku tak terjumpa di seksyen mana penjualannya akan bertanya perihalnya kpd adik-adik 'sales assistant' dan kerapkali juga mereka akan berkata yg 'j' tu ada kat seksyen barangan bayi. tetapi bila diterangkan erti sebenar 'j' dgn menyebut jenama-jenama tertentu tu maka mereka pun tersinis kejulingan (saja tambah perkataan ni utk menyedapkan bacaan) sambil menunjukkan aku ke seksyen dimana ia diletakkan.

perihal 'j' ini pula jika ia jenis yg 'berteknologi tinggi' dan berjenama yg nak rak keluar masuk tv iklannya pasti harganya juga meng'rak'kan pembelinya seperti aku ni. aku pun tak tahu...hrmm.. dah macam tu agaknya pe'elnya. sekeping 'j' hampir sama harganya dgn sebotol mineral water, bahkan 3 keping 'j' tu dah sama nilainya dgn makan tengahari aku!. tapi apakan daya kenalah aku 'anticipate' bebenda tu semua. alah bisa tegal biasa...lagi satu klu kerap puteri bongsu aku tu 'membuang' maka itu lebih baik sebab perutnya tak ada masalah - kira alhamdulillah sihat cuma aku sajalah yg bermasalah bila jadi camtu sbb setiap kali dia 'membuang' dia akan 'merosakkan' 'j' tu...dan kenalah aku beli lagi 'j' tu. tapi takkan aku nak suruh anak aku tu tahan jgn 'membuang'...alamatnya memang aku jenis yg ada 'masalah'lah pulak...wallahualam. oh ya nak tahu apa dia 'j'...sila lihat kat bawah ni.


j = jamban.



6 comments:

KTS said...

kaya tokey 'j' ni...
rasanya 90% bayi guna zmn skrg ni... yg duk kat kg pun guna gak...
nak pki lampin, dah tak lalu :D

Tirana said...

Kadang-kadang rasa sayang...pakai "j" tak sempat lima minit, anak dah membuang..terkulat-kulat mata time nak buang "j"..rasa macam buang duit aje tapi nak buat macam mana...dah terpaksa..takkan nak peram bontot anak dengan najis sampai berjam-jam..hehehe..

sentosa77 said...

jamban rupanya... hahaha, punya la concentrate saya baca.

Leenoh said...

Salam.
Kalau zaman dulu "J" bayi ni di celah-celah lantai buluh je. sekarang ni dah ganti dengan simen. he3

Anonymous said...

Sekarang ni orang2 di kampung pun guna benda ni... lampin dah tak laku lagi...

nahmy said...

cik KTS..
kaya?? sudah tentu...silap haribulan 'j' anak dia pun tak guna buatan sendiri tapi yg diimport punya.

tirana..
gitule kak..sedih tp rela dlm keterpaksaan.

zaidon..
buat renungan bagi mrk yg akan melaluinya...insyaAllah.

leenoh..
lain ulu lain parang...lain dulu lain skrg.

kayteeze..
zaman berubah kak, org asli pun mungkin dah ada yg gunakannya.