Friday, April 30, 2010

bila abah.....












bila abah merenung mu
sedikit resah di hati abah
memikirkan masa depan mu
adakah terjamin di negara bertuah ini

bila abah merenung mu
sedikit gusar di hati abah
adakah perjalananmu mencari kedewasaan
akan indah dan mudah

bila abah merenung mu
sedikit pening kepala abah
akan tercukupkah belanja persekolahan mu
dalam memburu ilmu dan pengetahuan

bila abah merenung mu
sedikit risau di hati abah
adakah tertunai sudah tanggungjawab abah
membekalkanmu dengan iman dan islam

bila abah merenung mu
sedikit sebak di hati abah
adakah abah masih ada disamping mu
bila dirimu mengecap segala kejayaan

bila abah merenung mu
terbau ketidakselesaan di hidung abah
adakah 'sesuatu' dalam lampin mu
ye!!..memang ada sesuatu didalam lampin mu

ooooohhhhh.....

Saturday, April 24, 2010

jangan lupa esok!

assalamualaikum...

kepada orang Hulu Selangor, esok 25 April 2010 akan menjadikan anda rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan bebas berdemokrasi. undilah! siapa jua pilihan anda. bagi kami yg belum boleh mengundi ni kami akan tunggu PRU13 nanti, jika umur panjang jumpalah PRU13 tu.

kpd remaja-remaja yg baru dapat lesen mengundi maka selamat mengundi kali pertama diucapkan. jgn bila AFUNDI je tau mengundi...tapi bila mengundi utk masa depan camni tak tahu atau lebih malang lagi 'malas' nak pergi mengundi. perluke kita biarkan org lain yg tentukan hala tuju dan masa depan kita di negara bertuah ni? tidakkah Allah dah kata dlm Quran, "tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yg berusaha mengubahnya". jadi tepuk dada tanyalah kertas undi tu...







saya pun memang tak tahu sgt akan 'permainan politik' ni ttp bila melibatkan masa depan sendiri dan keluarga maka kekadang tu ilham utk membuat keputusan menjadi terang, jelas dan nyata. bukan setakat masa depan lahiriah yg dicari yg rohaniah juga sgt penting....sbb jujurnya saya tidaklah mahu anak-anak esok terdampar di daerah yg bukan saja boleh 'melukakan' fizikal tubuh badan mereka ttp juga di daerah yg boleh melukakan sama-sekali aqidah mereka....wallahualam.

Saturday, April 17, 2010

walau berat...namunku terima 'simpati' ini...

assalamualaikum...

setelah hampir 3 tahun lebih aku 'bersama' spek yg berenda benang di tepi itu, akhirnya tibalah masa utk 'menyimpannya'. banyak sejarah yg tercatit semasa bersamanya....hingga ke sejarah dia menjadikan rupaku kureng hensem itu. tapi aku cuba membaikinya...tapi apakan daya, sebab lubang skrunya yg dah semakin loose itu maka terpaksalah aku menerima simpati isteri utk mendapatkan yg baru.



aku memang tak mahu menukarnya. aku cuba mengusulkan utk mengikatnya dgn dawai...tapi isteri pulak tak sanggup jalan sebelah aku...itu katanya. dan atas alasan itulah maka aku terima desakan utk menukar spek lama itu dgn yg baru...itupun setelah puas dia mendesak (ye ke nih??!)...lebih-lebih lagi bila desakan itu bersekali dgn 'bayarannya'...heheh..heh

aku memang jenis susah tukar-tukar barang. tapi bila pakai spek baru nih pulak aku rasa susah utk aku kembali ke spek lama itu. bukan fesyen, bukan rupanya yang aku tak mahu pakai yg lama tu tetapi kerana 'kuasa melihatnya' yg kabur itu. skrg barulah aku tahu, bila dpt tengok dan pandang-pandang dgn lebih terang dan jelas ini maka benarlah tindakan aku menyimpan yg lama itu. selamat tinggal yg lama dan selamat datang yg baru....wallahualam.

Thursday, April 08, 2010

ini bukan catatan utk menagih simpati!

assalamualaikum...

semalam dan hari ni saya ke kawasan di sebelah hulu selangor. bukan utk berkempen pilihanraya kecil ttp bersama rakan-rakan melakukan tugas. memberikan latihan kepada kakitangan-kakitangan agensi-agensi badan berkanun di bawah kerajaan negeri Selangor. dua hari satu malam bersama qiamulaill. itulah yg dipertanggung-jawabkan kpd kami. alhamdulillah sudah 4 sesi selesai dilakukan.

kali yg keempat, yg baru hari ni selesai adalah yg agak sedikit lebih cabarannya utk saya. sebab?? aaa'haahh!...tengok gambar ni.



yee....spek kesayangan saya telah tercabut cerminnya. puas keliling saya bertanya dgn pihak pengurusan resort tempat kami berkursus tu tapi seorang pun takde pemulas skru yg terpaling kecil tu (khas utk spek..laa). resort tu pun mmg di pinggir hutan...jadi dah tentulah takde kedai spek yg berhampiran! saya juga dah cuba pakai gunting yg terhalus sekali matanya namun masin enggak bisa menampung dan melekatkan cermin itu ke bingkainya. akhirnya!! dengan benanglah jawabnya.

berpintal-pintal saya mengikat tepinya tu supaya cermin tak tanggal. temporary measures...bebb!. asal cukup utk sampai habis kursus dah kira oklah tu...dan alhamdulillah, dgn izin-Nya mmg sempat sampai ke rumah pintalan benang tu. cuma masa dok bersama rakan mengendalikan kursus tu...memang kelihatan sedikit kurang hensem wajah saya tu.yeeela dgn juraian benang yg menghias tepi mata....kenalah pulak peserta kali ni ramai kaum hawa (peserta lelaki cuma 2 org shj)...adusss!. takpela janji semua setel...wallahualam.

Sunday, April 04, 2010

bila gelaran dijadikan sandaran

assalamualaikum..

pernahlah baru-baru ni saya bersembang dgn seorang sahabat. dia keluarkan isu ini...iaitu,"boleh ke kita berjaya di dunia tanpa adanya gelaran di depan nama kita?". perkghh!...susah gak soalannya tu...tapi sebab kita tgh dok bersembang, maka isu ni saya anggap lebih seperti pertukaran ide (exchanging ideas) dari satu soalan.

betullah apa yg diketengahkan tu. kita boleh survive di dunia ini tanpa gelaran di depan nama kita seperti...dato, tan sri, yang berhormat, sifu, tok guru, ustaz, doktor (dr.), tuan pengarah, tuan kolonel, yang mulia...dan sebagainya. dan malahan kita masih juga boleh berjaya di dunia ini kalau kita takde gelaran tu semua ('survive' dan berjaya tu berlainan tauu..). tapi kita kemungkinan besar dapat 'melajukan' sedikit kejayaan kita itu kalau kita ada gelaran-gelaran itu semua di depan nama kita.



entahlah...pada saya yang dhaif ni, orang yang paling berjaya ialah orang yg berjaya dgn jayanya hidup di dunia tanpa adanya gelaran itu semua melekat di depan namanya. tapi sebab dah memang 'permainan' dunia camtu...di mana kejayaan akan cepat ditatang bila adanya gelaran di depan nama kita maka camna lagi yg nak kita kata. walaupun ianya tak valid langsung di akhirat kelak...tapi dah sebab kita duduk di dunia ni dulu maka kita hadap je la dulu bebenda ni semua dgn memohon petunjuk-Nya.

untuk 'menjujurkan' hak milik gelaran pada mereka yg ada gelaran depan nama tu maka kenalah mereka melakukan 'sesuatu' atau berusaha keras atas sesuatu sebab yg baik...yg mana hasil daripada itulah mereka diberikan gelaran tersebut (they've to earn it...rather than to gain it!). bukannya mereka memanipulasi gelaran yg ada depan nama mereka utk 'mencipta' kejayaan-kejayaan 'mudah' atau juga penghormatan-penghormatan mudah....wallahualam.

Friday, April 02, 2010

al-fatihah utk Din

assalamualaikum...












al-fatihah utk Din Beramboi. saya mengenali beliau semasa di SmartShop, TV3 di mana iklan-iklan infomercial kami banyak yg menggunakan 'voice-over' Din. semoga rohnya dicucuri rahmat, bersama roh para solihin dan muqarrabin.

"dari-Nya kita datang, kpd-Nyalah kita kembali". al-fatihah.