Sunday, April 04, 2010

bila gelaran dijadikan sandaran

assalamualaikum..

pernahlah baru-baru ni saya bersembang dgn seorang sahabat. dia keluarkan isu ini...iaitu,"boleh ke kita berjaya di dunia tanpa adanya gelaran di depan nama kita?". perkghh!...susah gak soalannya tu...tapi sebab kita tgh dok bersembang, maka isu ni saya anggap lebih seperti pertukaran ide (exchanging ideas) dari satu soalan.

betullah apa yg diketengahkan tu. kita boleh survive di dunia ini tanpa gelaran di depan nama kita seperti...dato, tan sri, yang berhormat, sifu, tok guru, ustaz, doktor (dr.), tuan pengarah, tuan kolonel, yang mulia...dan sebagainya. dan malahan kita masih juga boleh berjaya di dunia ini kalau kita takde gelaran tu semua ('survive' dan berjaya tu berlainan tauu..). tapi kita kemungkinan besar dapat 'melajukan' sedikit kejayaan kita itu kalau kita ada gelaran-gelaran itu semua di depan nama kita.



entahlah...pada saya yang dhaif ni, orang yang paling berjaya ialah orang yg berjaya dgn jayanya hidup di dunia tanpa adanya gelaran itu semua melekat di depan namanya. tapi sebab dah memang 'permainan' dunia camtu...di mana kejayaan akan cepat ditatang bila adanya gelaran di depan nama kita maka camna lagi yg nak kita kata. walaupun ianya tak valid langsung di akhirat kelak...tapi dah sebab kita duduk di dunia ni dulu maka kita hadap je la dulu bebenda ni semua dgn memohon petunjuk-Nya.

untuk 'menjujurkan' hak milik gelaran pada mereka yg ada gelaran depan nama tu maka kenalah mereka melakukan 'sesuatu' atau berusaha keras atas sesuatu sebab yg baik...yg mana hasil daripada itulah mereka diberikan gelaran tersebut (they've to earn it...rather than to gain it!). bukannya mereka memanipulasi gelaran yg ada depan nama mereka utk 'mencipta' kejayaan-kejayaan 'mudah' atau juga penghormatan-penghormatan mudah....wallahualam.

6 comments:

Tirana said...

Nahmy,

Dunia sekarang mengangkat darjat orang yang ada gelaran walaupun kadang-kadang orang yang bergelar seperti itu tidak berapa bijaksana. Kebijaksanaan tidak boleh diukur dengan gelaran dan berapa gulung ijazah yang dimiliki sebaliknya ia dinilai dari segi bagaimana kita mengurus kehidupan, emosi dan sikap kita serta mengamalkan ilmu yang dimiliki.

Afida Anuar said...

Nahmy, tak dinafikan gelaran itu agak melajukan kita utk berjaya di dunia, tapi adakah orang2 yang memiliki gelaran itu betul2 berjaya? berbanding dengan orang2 yang tiada gelaran?

PS: sekarang ramai orang beli gelaran dengan wang ringgit..huh!

Abd Razak said...

Salam...

Kejayaan itu tidak bersyarat kepada gelaran, namun yang penting mengubah manusia daripada kemungkaran kepada insan yang benar-benar berpegang kepada syariat sehingga bumi ini aman dari segala kejahatan

Maiyah said...

berjaya atas dunia dan akhirat perkara yg berbeza tp satu perjalanan yg bersangkutan

Tie said...

Gelaran mungkin menunjukkan pencapaian seseorang. Terpulanglah kepada kita untuk menggunanya secara positif atau sebaliknya.

nahmy said...

tirana..
benarlah...gelaran bukan kayu pengukur sebenar tp masih juga ramai sukakan pd gelaran...sbb tu ada yg bayar sampai 50-60 ribu hanya utk dptkan gelaran 'dato'

afida...
guna wang ringgit...utk dpt gelaran...pastu guna balik gelaran utk dptkan wang ringgit...hermmm

abd razak...
itulah perjuangan yg sebenar-benarnya...dan masih belum selesai

maiyah...
jgn leka pada dunia dah le..

tie..
betullah tu...cuma bila di katakan terpulang pd mereka kebanyakkan mereka memilih jalan pintas!