Saturday, April 17, 2010

walau berat...namunku terima 'simpati' ini...

assalamualaikum...

setelah hampir 3 tahun lebih aku 'bersama' spek yg berenda benang di tepi itu, akhirnya tibalah masa utk 'menyimpannya'. banyak sejarah yg tercatit semasa bersamanya....hingga ke sejarah dia menjadikan rupaku kureng hensem itu. tapi aku cuba membaikinya...tapi apakan daya, sebab lubang skrunya yg dah semakin loose itu maka terpaksalah aku menerima simpati isteri utk mendapatkan yg baru.



aku memang tak mahu menukarnya. aku cuba mengusulkan utk mengikatnya dgn dawai...tapi isteri pulak tak sanggup jalan sebelah aku...itu katanya. dan atas alasan itulah maka aku terima desakan utk menukar spek lama itu dgn yg baru...itupun setelah puas dia mendesak (ye ke nih??!)...lebih-lebih lagi bila desakan itu bersekali dgn 'bayarannya'...heheh..heh

aku memang jenis susah tukar-tukar barang. tapi bila pakai spek baru nih pulak aku rasa susah utk aku kembali ke spek lama itu. bukan fesyen, bukan rupanya yang aku tak mahu pakai yg lama tu tetapi kerana 'kuasa melihatnya' yg kabur itu. skrg barulah aku tahu, bila dpt tengok dan pandang-pandang dgn lebih terang dan jelas ini maka benarlah tindakan aku menyimpan yg lama itu. selamat tinggal yg lama dan selamat datang yg baru....wallahualam.

9 comments:

Abd Razak said...

Salam..:)

Barangkali semua orang amat sayang kepada barang lama yang banyak memberi khidmat kepada mereka dan tidak terkecualilah diri saya ni. Ada yang disimpan baik-baik walaupun ianya tidak boleh digunakan lagi.

Tirana said...

Yang lama simpan elok2 buat kenangan...yang baru tu jadikan teman...yang pastinya, teman baru itu akan jadi teman lama juga nanti.

Maiyah said...

hahaha.. nnti hensem le balik

Izzah said...

tukar yg baru untuk kesejahteraan keluarga..ok la tuh...
:)

Afida Anuar said...

Salam..

akhirnya bertukar juga yang baru ye nahmy...hehe

Anonymous said...

Haa.... ini menunjukkan yang Nahmy ni seorang yang amat setia !!! Alhamdulillah..... :)

abah aman said...

salam nahmy,
selamat berspek baru! Kebetulan blog abah pun berwajah baru... 3D! Hehe...

uncle gedek said...

Tukar spek 3D teros!

nahmy said...

abd razak...
betul tu brg lama ni ada sentimental value...

tirana..
betul tu..brg lama ada nostalgianya...dan tidakke sbb yg lama maka kita jumpa yg baru??

maiyah...
hensem??...hurrmmm..hati sentiasa hensem tauuu

izzah...
sendiri pun sejahtera gak...sbb everything now seem so 'clear' larr...

afida..
apa nak buat fida...dah 'uzur' org rumah kata psl spek tu

kayteeze...
mmg setia abih ni kak...

abah...
wow!...itu yg kena tgk blog abah pki spek baru tuh

gedek..
klu kena spek 3D tu senang sikit le nak tengok movie 3D kan?