Saturday, July 31, 2010

syoq-codoque

assalamualaikum...

bahgia dan gembira rasanya pagi ni. satu sebab Allah masih beri kesempatan meneruskan kehidupan dan satu lagi sebab sarapan pagi dapat pekne...syoq-codoque!. syoq-codoque adalah panggilan utknya yg menggunakan bahasa campuran perancis-jawa (mungkinlaarr..). tapi kalau guna bahasa ibunda-lidah-pertiwi-one-malaysia ia dipanggil cokodok je. asal-usul kuih 'complex' dan berteknologi tinggi ini tidaklah saya tahu dari mana. cuma buat dia tak susah sgt...cuma yg susah nak minta orang tulun buatkan je. tapi pagi ni...alhamdulillah tak minta pun dah dapat membahamnya...syukran jazilan isteriku!







anak-anak pun alhamdulillah suka akan syoq-codoque ini dan rata-rata mereka mengatakan memang syok memakannya lelebih kalau cicah sos cili atau sambal tumis ikan bilis petai (sos cili tu anak aku...sambal tumis petai tu - aku punya sebenarnya). untuk menjadikannya lebih berperisa..bolehlah tambah kucai, taugeh, udang basah, jagung dan sebagainya mengikut kehendak citarasa sendiri.

gitule untuk kehidupan para manusia marhaen cam aku....'have syoq-codoque will travel'. syoq-codoque pun dah best habis. tapi tak salahkan! takkan bila dapat makan 'sirloin steak' yg harga RM50-RM60 je baru kita nak bersyukur dan menikmati keseronokkan hidup?? syoq-codoque ni pun alhamdulillah...syukur, ada org yg kena sakit-sakit kronik tu...pegang syoq-codoque pun tak boleh, lagikan nak memakannya. satu lagi mungkin kat sini murah je...tapi silap haribulan boleh jadi mahal tau kalau kita jual kat perancis tuu...manalah tahu kan?...wallahualam.

p/s: sorry le berbanyak sbb bahasa ibunda aku hari ni cam ghobla sikit bunyinye - maklumlah minggu tension nih!

Saturday, July 24, 2010

kenderaan pacuan 4 roda

assalamualaikum...

aku dan isteri doklah ternanti-nanti bila kan tiba saat dan ketikanya anak yg bongsu tu boleh berenggang dari kenderaan pacuan 4 rodanya tu. anak kami rasanya semua memang jenis lambat berjalan tapi yang ni memang betul lambat ni. bukan niat tu nak dia cepat besar...yg sebenarnya rungsing bila dia 'memandu' kenderaan pacuan 4 rodanya tu. betul-betul macam 'offroad challenge!'...habih semuanya dia langgar. dari kaki bangku hinggalah ke kaki aku sendiri.











inilah 'pemandu' kenderaan pacuan 4 roda tu (atau pacuan 2 kaki!!)











inilah kenderaan pacuan 4 roda tu..

rumah plak tu takle luas sangat. walaupun aku tak rungsing barang atau perabut rosak sebab barang dan perabut kami tu semua jenis murah je..dan lagi bebarang tu kalau rosak boleh dicari ganti tapi kalau si anak yg cedera?...pening dan letih jadinya.








pemandu dgn kenderaannya!

entahle...tengok gaya memang dah tak lama dia boleh 'parking' dalam 'garage' kenderaan pacuan 4 rodanya tu...sbb sekarang dia rajin gak berpaut dan bertatih tapi apapun aku dan isteri kena sabor le dulu. bila tengok dia cam penat bertatih tu kami masukkanlah dia ke dalam kenderaan pacuan 4 rodanya tu...tapi akhirnya penat plak tengok gaya pemanduannya...alahaii.. gitu le lain anak lain plak karenahnya...wallahualam.

Saturday, July 17, 2010

alahaii...semua dah naik

assalamualaikum...

terpanggil saya nak citer bab gula, gas masak, petrol dan barang-barang lain yg naik harga tu. terpanggil bukan sbb prihatin tapi sbb 'geram'. rakyat sepatutnya 'terjaga dan terpelihara' dgn sesapa jua kerajaan atau pemerintah yg dipilih mereka bukan rakyat nak kena jaga kerajaan atau pemerintah yg mereka pilih supaya kerajaan/pemerintah tu sentiasa 'berduit'.




nampak mmg mcm kecik kenaikkan tu...terutama petrol tapi benda-benda ni kan ada 'chain reaction'nya. mcm yg kita belajar dlm ekonomi dulu-dulu. dari kilang ke kedai..kan kena naik lori barang-barang tu. bila petrol naik harga maka brg dlm lori tu tak naik harga ke??

letih...letih...itulah reaksi saya bila dpt tahu benda ni. dlm kita sibuk nak berjimat kita masih terbeban. golongan atasan dan yg kaya raya tu memanglah tak terasa sgt tapi yg golongan menengah ke bawah...makin letihle jadinya. apa sebenarnya utk rakyat pun saya tak tahu...dulu bila dinaikkan harga petrol kata kenaikkan tu dpt digunakan utk improve sistem pengangkutan awam...tapi tak nampak improve-nya tu. habis...mana yg kata nak beri rakyat tu?? adusss...letih & wallahualam.

Thursday, July 15, 2010

lelaki yg menangis...ooohhhh!..

assalamualaikum....

berita pagi Khamis yg di petik dari sini:

A 28-year-old man cried out loud and slapped himself when police caught him naked in a room with a prostitute. He also admitted that he was wrong and apologised to his mother and company.

Last week, a police team in China carried out a series of anti-vice operation at six prostitution hubs in Guangxi.When they raided a spa centre, they heard a voice in a room saying: "Faster put on your clothes."













And when they stormed into the room, they saw a man and a woman in nude.Upon knowing he was caught red-handed, the man in the room sat on the bed and cried.The man also slapped himself eight times on the face, telling police that it was his first time there.

"I drank a little and was feeling dizzy. Then I remembered some people said sauna can help to sober me up and I come... I'm sorry mother," he said.The woman, who was also in tears, told police that she had worked at the spa centre for two months and was paid 100-odd yuan (RM47) for each customer.


soalan cepumas saya: kenapa setakat nangis dan tampar diri je? cuba-cuba le suruh orang lain bagi penerajang ke...kan lagi appropriate...pasti ingat sampai bila-bila punya....wallahualam

Saturday, July 10, 2010

nafsu babi...nafsu manusia

assalamualaikum...

sibuk betul 3-4 hari kebelakangan ni pasal pil peransang sex babi tu. rupanya babi ni mmg binatang jenis kuat nafsu sex yek. manusia pun pandai...boleh jumpa aspek positif bab babi ni (positif?..ye ke..??) dan kemudiannya di manipulasikan utk di guna oleh manusia (yg serba kekurangan...hehehe). pada saya walaupun ada hikmahnya Allah jadikan babi itu dan hanya Dia yg tahu sebab-musababnya dan walau dianggap bab 'kuat nafsu' babi tu positif namun tentulah ianya TIDAK sekali-kali untuk golongan muslim. golongan selain golongan muslim - mungkin..

bagaimana kekuatan nafsu ransangan sex babi ni dpt diextract dan kemudian diguna untuk kebaikan kepada golongan bukan muslim memang tak perlu dinafikan cuma bila ianya 'disalah-gunakan' utk 'melentok' dan 'memporak-perandakan' kegadisan si gadis itulah yg menjadi isu besarnya. hatta, walaupun kepada holongan bukan muslim...rasanya gadis-gadis bukan muslim pun tak mahu diperdaya dgn menggunakan 'pil peransang sex babi' ni.

kpd gadis dan wanita samada muslim atau bukan muslim...berwaspadalah sentiasa. selagi jejaka-jejaka durjana ini wujud di sekeliling kita...yg sukakan perkara yg tak elok dan suka pula melakukan benda-benda tak elok pada anda semua maka proses berjaga-jaga dan mengingatkan diri-sendiri hendaklah sentiasa diamalkan. bahkan bila jejaka-jejaka durjana ini berkeliaran, bukan saja gadis dan wanita yg tak selamat bahkan babi-babi juga mungkin 'terancam'....wallahualam

Thursday, July 01, 2010

kena bagi 'pingat' ni...

assalamualaikum...

inilah baru boleh dipanggil sbg satu 'pengorbanan'. ingat senang ke nak buat cam ni? nampak memangle senang...tapi nak buat mungkin kena pikir 3-4 kali dulu. 3 hari dlm seminggu cikgu besar Liu Shuang Zen SRJK (C) Tanah Merah ni tidor kat sekolah semata-mata utk memudahkan ibu-bapa berjumpa dgnnya disamping 'memantau' sekolahnya di waktu luar sesi persekolahan....(atau memantau pak guard yg tidor kot!).










tak payahlah kita nak naik gunung kat negeri orang yang jauh-jauh tu, pergi berenang selat Inggeris, pergi bersuluk di Antartika, berperahu keliling dunia....buat cam cikgu besar ni pun dah kira hebat. silap haribulan yg bersuluk ke Antartika, yg berperahu keliling dunia tu belum mampu buat cam cikgu besar ni.

buat sesuatu yg dilihat kecil dan mudah bukan tak boleh menjadikan kita hebat dan hebat tu bukan dikira dari sesuatu yg 'besar' yg kita lakukan. perbuatannya mungkin kecil tapi kesannya besar itu yg penting. samalah dgn kita (temasuk juga saya!). sebab itu Allah melihat pada hati kita...bukan pada perlakuan atau sumbangan besar kita. dan tidakkah hati itu 'kecil'?? dan kita juga ada baca bagaimana Allah memasukkan si pelacur ke syurga hanya kerana dia memberi minum seekor anjing...apakah yg dinilai Allah...tidakkah pada niat di hati yg kecil?...wallahualam.

p/s: nak baca pasal cikgu besar tu? klik sini