Saturday, July 24, 2010

kenderaan pacuan 4 roda

assalamualaikum...

aku dan isteri doklah ternanti-nanti bila kan tiba saat dan ketikanya anak yg bongsu tu boleh berenggang dari kenderaan pacuan 4 rodanya tu. anak kami rasanya semua memang jenis lambat berjalan tapi yang ni memang betul lambat ni. bukan niat tu nak dia cepat besar...yg sebenarnya rungsing bila dia 'memandu' kenderaan pacuan 4 rodanya tu. betul-betul macam 'offroad challenge!'...habih semuanya dia langgar. dari kaki bangku hinggalah ke kaki aku sendiri.











inilah 'pemandu' kenderaan pacuan 4 roda tu (atau pacuan 2 kaki!!)











inilah kenderaan pacuan 4 roda tu..

rumah plak tu takle luas sangat. walaupun aku tak rungsing barang atau perabut rosak sebab barang dan perabut kami tu semua jenis murah je..dan lagi bebarang tu kalau rosak boleh dicari ganti tapi kalau si anak yg cedera?...pening dan letih jadinya.








pemandu dgn kenderaannya!

entahle...tengok gaya memang dah tak lama dia boleh 'parking' dalam 'garage' kenderaan pacuan 4 rodanya tu...sbb sekarang dia rajin gak berpaut dan bertatih tapi apapun aku dan isteri kena sabor le dulu. bila tengok dia cam penat bertatih tu kami masukkanlah dia ke dalam kenderaan pacuan 4 rodanya tu...tapi akhirnya penat plak tengok gaya pemanduannya...alahaii.. gitu le lain anak lain plak karenahnya...wallahualam.

7 comments:

Tirana said...

Cute bukan main pemandu pacuan empat roda ni rupanya..hehehe.. Memang agak bahaya lebih2 lagi kalau rumah yang ada split level. Kak tirana dulu, anak-anak diletak dalam walker time nak masak aje, then tutup pintu dapur supaya mereka tak merayau ke lain. Duduk depan mata, sambil memasak sambil mengawasi pacuan empat roda tu..hehehe

kayteeze said...

Haha...

Tak pe la tu. Tak lama lagi berjalan la dia. Dua Anak2 Tie semua membesar dalam kereta tu. Cuma yang tengan tu cepat jalan, umor 9 bulan. Tak sempat nak sumbat dalam walker.

Dah setahun ke umornya ?

abah aman said...

salam nahmy,
nak kena tengok-tengok juga tayar pacuan empat rodanya tu. entah dah botak atau longgar skrunya.

Semoga membesar menjadi anak yang solehah.

Afida Anuar said...

Salam..comel anak Nahmy yer...

hehe..ingatkan kenderaan pacuan 4 roda apa la tadi.Mesti dah banyak kali 'eksiden' ni.. teringat adik2 masa kecil2 dulu bab naik pacuan 4 roda ni.. tak boleh berenggang.

Abd Razak said...

Salam...

Masih dalam pacuan 4 roda tu kira okaylah lagi tu sdra..

Esok dah pandai berjalan lagi penat menjaganya..

warna kreatif said...

ini sudah lebih...Dia yg dapat dulu kete...huhuhu.Bape downpayment nye?hehehhe

nahmy said...

tirana...mmg cute, tapi dia punya 'endurance'...perkhh!! bebyk sabar je le

kayteeze..
dah kak..setahun 2 bulan. apapun alhamdulillah dia sihat..

abah..
mmg kena buat alignment sekali-sekala tayar tu. gitule harapannya...anak solehah

afida..
pacuan 2 kaki yg sebenarnya...cuma lajunya mungkin cam pacuan 4 roda!

abd razak..
memang benar apa yg syekh cakap tu..bila dia boleh jalan mungkin cabaran lebih hebat lagi

warna kreatif...
tu la sis...yg ko lambat sgt tu pasai apa?