Sunday, October 31, 2010

fuuhh...mene jugo demo weh

assalamualaikum...

setelah beberapa citer sedih...spt eksiden bas di Genting dan susut hanya 0.2kg hasil dari makan produk kempis perut tu akhirnya ada gak berita gumbire utk saya...utk saya-lah, skuad gomo - Cik Siti Wan Kembang berjaya jadi johan Piala Malaysia setelah 55 tahun dok pulun utk memenanginya. tahniah pada Kelantan!








yap!...memang saya orang Selangor tapi dah yg masuk final adalah Negeri Sembilan & Kelantan maka saya sokongle Kelantan...lagipun tahun lepas negeri dah merasa kan? janji bukan Singapore yg menang...hehehe.

saya bab bola..apa-apa kejohanan pun selalunya dok terlebih syok ialah pada finalnya. sebab itu adalah kemuncaknya kan? perlawanan yg lain...ikuti gak cuma gitu-gitu je la. sama gak dgn EPL tu. yg menang...tentunya akan cuba mengekalkan prestasi utk mempertahankannya dan yg kalah pastinya akan meningkatkan prestasi utk memenanginya pulak di masa-masa akan datang. gitule...tahniah sekali lagi pd Kelantan...wallahualam.

Thursday, October 21, 2010

ikutkan isteri...'berseri'

assalamualaikum...

sayang gak isteriku kat aku nih...pasal tu lah dia belikan produk 'kempis' perut ni. dia nak suruh aku kempiskan perut tu. aku bukan gemuk sangat cuma 'baby fat' kat keliling perut tu susah utk dihapus-buang. heran gak aku! takpe la aku dah memang nak kena kurangkan berat...kalau tak mcm-mcm nanti masalah kesihatan yg datang. kencing manislah...semputlah...hypertension-lah, jantung dan bermacam-macam lagi. serghiau gak aku! sekarang ni pun dah nampak bebenda tu tgh sibuk meninjau-ninjau nak serang tu.




aku bukan nak mengata org gemuk yee dan bukanlah pula bermakna kalau kurus tu maka ajal lambat sampai...takde. cuma yg kurus ni selesa sikit...sbb masalah-masalah kesihatan yg di atas tu susah nak hinggap. pastu bila kurus maka senanglah nak bawa badan tu kehulu ke hilir...naik tangga ke jalan cepat ke...tak mengah dan lutut pun tak sakit. kalau kena pi tempat yg ada jamban cangkung je...maka klu kurus tu mudahle sikit kan? klu yg gemuk tu? fikirle..

kata isteriku dgn senyum terlebih sumbing (takut aku kecik hati le tuh!), aku cuma perlu cuba utk 5 hari non-stop utk fasa pertama. jadi bila dia kata 5 hari tu maka okle..aku akan tanamkan azam. lagipun benda tu berperisa coklat...dan aku memang penggemar tegar coklat (sebab tu le badan cepat naik). aku pun sebenarnya malas nak tanya berapa harga produk ni...sbb takut nanti hanya utk jadi kurus...hypertension sbb terkejut pulak yg datang menyerangku. aku ikutkan je dia...wallahualam.


p/s: by now rasanya korang pembaca yg budiman dah tau kan kalau bahasa ibundaku jadi lagu ni maknanya aku tengah terpening-lalat tension le nih! maaf le..

Monday, October 11, 2010

getirnya 'ujian'...namun bersabarlah

assalamualaikum...

tidak ada perkataan yg terucap melainkan hanya Al-Fatihah pada mereka yg pergi (yg beragama Islam) dan takziah pada keluarga mereka terkorban. hari ini ada ibu kehilangan anak, anak kehilangan bapa, rakan kehilangan rakan, isteri kehilangan suami..dan seterusnya dan semoga mereka yg ditinggalkan...tabah dan sabar.













Mereka yg terkorban:

Pemandu bas ekspres
1)R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang bas ekspres
2) Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;
3) Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;
4) Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;
5) Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
6) Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga

Tiga lelaki warga Myanmar (kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).
7) Pau Khan Tual, 21;
8) Kam Khaw Tual, 28
9) Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui)

10) Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,
11) Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,
12) Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - Petikan dr Bernama

menunding jari mencari silap siapa? itu adalah lumrah...tetapi yg paling penting adalah bersamalah kita berusaha utk mengelakkan dari berlakunya lagi peristiwa sedih seperti ini. tidak kira dipihak mana pun kita...

lagi sekali, Al-Fatihah & takziah dr saya

Wednesday, October 06, 2010

bakar-membakar...

assalamualaikum...

musim agaknya pasal bakar-bakar ni kan? yg kat bawah ni pun citer pasal bakar-membakar.



Amirul : atlet angkatberat negara pertama memperolehi emas di Sukan Komenwel India.



yang ni pastinya 'membakar' semangat. semoga semangat juang atlet kita terus terbakar dan membara..















yang ni pula...bawak-bawaklah bersabar...dan 'padamkan' segera api kemarahan yg membakar tu dgn segera. banyak lagi jalan lain yg tak payah pakai 'api' yg boleh dicari dan digunapakai...wallahualam

Saturday, October 02, 2010

agenda hujung minggu : 'Tutup Dapur'

assalamualaikum...

hujung minggu datang lagi dan tentunya selagi Syawal tu ada maka agenda sebahagian kita utk hujung minggu camni ialah - 'tutup dapur'. dapur tak berasap! jemputan banyak beb! sabtu, start tengahari bawa ke malam gitu juga dgn ahad. sampai saya pun terperuk sekali tu kena 'jam' masa nak bayar tol kat highway. bukan sebab apapun cuma keta terlalu banyak. punya lama kena 'jam' tu hingga bila sampai je ke rumah jadi lapar balik!

takpe le, menjamu orang makan ni pun sedekah...elok juga tu. tuan rumah dpt 'imbuhan' yang dtg makan dah tentulah berbagai 'jenis' imbuhan dpt pekena. bila balik plak anak tetamu yg datang tu dpt lagi 'imbuhan'...kan best tu! sambil-sambil menyambung silaturrahim dpt plak 'imbuhan'. saya sekarang kalau byk jemputan tu terpaksa pilih-pilih je la. sebab tak larat nak berdedai-dedai bawa keluarga ke serata tempat. keadaan fizikal dah jadi satu faktor...dan kesian tengok anak yg kecik tu - dia pun tak larat gak.

pilih pun yg terdekat je 'ikatan'nya dgn saya dan terdekat geografi lokasinya dgn rumah. setakat kambing golek tu...pun kena pikir banyak kali kalau lokasinya nun di perbatasan. kalau bujang dulu...full swing beb! semua redah selagi 'perut' tu mampu. ye la kederat ada...selera ada dan nafsu plak asyik melonjak je...(nafsu makan laarrr..!). bersedekah menjamu orang dgn 'open house' memang elok...cuma adab susila tuntutan syarak pun kena jaga, barulah 'imbuhan' yg nak Dia berikan tiada hijabnya utk sampai ke kita...insyaAllah dan wallahaualam.