Saturday, October 02, 2010

agenda hujung minggu : 'Tutup Dapur'

assalamualaikum...

hujung minggu datang lagi dan tentunya selagi Syawal tu ada maka agenda sebahagian kita utk hujung minggu camni ialah - 'tutup dapur'. dapur tak berasap! jemputan banyak beb! sabtu, start tengahari bawa ke malam gitu juga dgn ahad. sampai saya pun terperuk sekali tu kena 'jam' masa nak bayar tol kat highway. bukan sebab apapun cuma keta terlalu banyak. punya lama kena 'jam' tu hingga bila sampai je ke rumah jadi lapar balik!

takpe le, menjamu orang makan ni pun sedekah...elok juga tu. tuan rumah dpt 'imbuhan' yang dtg makan dah tentulah berbagai 'jenis' imbuhan dpt pekena. bila balik plak anak tetamu yg datang tu dpt lagi 'imbuhan'...kan best tu! sambil-sambil menyambung silaturrahim dpt plak 'imbuhan'. saya sekarang kalau byk jemputan tu terpaksa pilih-pilih je la. sebab tak larat nak berdedai-dedai bawa keluarga ke serata tempat. keadaan fizikal dah jadi satu faktor...dan kesian tengok anak yg kecik tu - dia pun tak larat gak.

pilih pun yg terdekat je 'ikatan'nya dgn saya dan terdekat geografi lokasinya dgn rumah. setakat kambing golek tu...pun kena pikir banyak kali kalau lokasinya nun di perbatasan. kalau bujang dulu...full swing beb! semua redah selagi 'perut' tu mampu. ye la kederat ada...selera ada dan nafsu plak asyik melonjak je...(nafsu makan laarrr..!). bersedekah menjamu orang dgn 'open house' memang elok...cuma adab susila tuntutan syarak pun kena jaga, barulah 'imbuhan' yg nak Dia berikan tiada hijabnya utk sampai ke kita...insyaAllah dan wallahaualam.

6 comments:

Basuh Baju said...

selalu bersedekah kerana ia amalan mulia.. :)

tp ingt- perut jgn maju ke hadapan di bulan ni..hehe :P

Afida Anuar said...

Salam...
nahmy takde buat open house ke?hhehee

Abd Razak said...

Salam...

Lepas puasa banyak ujian perlu dilalui terutamanya bab makan. Apa pun semoga kita sentiasa berhati-hati kerana nafsu bisa saja terpaut dengan perkara yang tidak baik..

Tie said...

Kita di hulu ni tak merasa pun open house... Padahal nak buat open house sendiri pun kedekuts, hihi...

awien said...

ada lagi tak spegethi kabonara itu??hu hu hu

nahmy said...

basuh..
betul tu, klu dah terkedepan susah nak undur balik

afida..
tahun ni jamu adik-beradik je...mungkin tahun depan...insyaAllah

abd razak..
itu yg nak kena berjaga-jaga tu..dan berhati-hati

tie..
alaarr..mana-mana pun sama...panggilan je yg berbeza. di desa open house cara desalah..

awien..
ooo...kau dah belasah setgh piuk pun tak cukup heh?!