Saturday, May 21, 2011

mari berbalas pantun

anak pandi kutty mudik ke hulu
mudik ke hulu naik rakit?
ke hilir tak sampai lagikan ke hulu
bolehke anak pandi kutty naik rakit?

mari menangkap cicak sesumpah
menangkap bersama anak pak majid
cicak sesumpah pun tak suka bersumpah
apatah lagi pakai jaket kalis peluru dlm masjid

tup tap tup tap masak maggi
sup sap sup sap menyeluk saku
tup tap tup tap gula naik harga lagi
sup sap sup sap lari bajetku

mari tempeleng si anak dara
anak dara tempeleng balik
tempeleng lagi si anak dara
anak dara lari balik

anak katak malas melompat
anak katak asyik nak tido
anak manusia kahwin empat
anak manusia 'lena' tido

mari pergi menyalon jambul
pergi bersama Dato Samy Vellu
keluar salon membelek jambul
sama pulak dengan jambul Dato Samy Vellu

ron95 nak naik harga
lepas gula mereka naikkan
bila tanya kenapa naikkan harga
mereka jawap - dah tak turun kena le naikkan



wallahualam
nahmy 21.5.2011



p/s:
pantun ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa yg hidup mahupun yg dah mati. cuma mungkin ada kena mengena dgn 'agi idup agi ngelaban' (tak paham bahasa org asli ni maka tanyale pada sesapa yg tahu).

10 comments:

Afida Anuar said...

Hehe..nahmy, nakal ni...

nak tag depa2 dak suruh depa baca? kekekeke

nur said...

Panjang sungguh pantun ni.. Jawap yg las je boleh?..

Hati 'gembira' tak terkata,
Bila ron95 naik harga,
Tak logikla pula,
Kalu tetiba semua barang turun harga..

Oke tak cikgu.. Hehe

nahmy said...

fida...
hah..tag fida..taag...saya tak tahu nak buat tu semua (masih geraam ni bab gula & ron95 tu)

nur..
ok tu nur! kira halal je..cantek dah jwpn tuh

Tirana said...

hehehe..tergelak sorang2 baca pantun nahmy ni..

Rozita said...

nak jawab pantun lah:

kalau dah pandi..pandi ler juga
mana tahu berenang..apa tah lagi berakit..
baca pantun ini hati jadi gembira
hilang duka..hilang rasa sakit..

maiyah said...

assalam..

hehe.. tersnyum sy baca :)

zue said...

apa nak buat bila gula dan minyak naik..rakyat yg jadi mangsa.

nahmy>bestlah pantun2 hangpa..sori x reti brpantun.

Tie said...

Kita tak reti berpantun.
Tak pe laa... biarlah barang naik, asal kita masih mampu menjalankan ibadah tanpa gangguan...

shameel Iskandar said...

Hahaha, bestnya kalau pantun ni dibaca oleh ibrahim ali al-kataki dan geng2 cap keris.

nahmy said...

tirana..
okle tu kak...jika dpt sikit2 menceriakan

rozita...
wow! boleh berbalas pantun kita nih

maiyah..
wa'alaikumsalam. kita mmg semua kena byk senyum kan?

zue...
nantilah klu saya buka kelas pantun-memantun ni...mungkin u boleh join kot

tie..
betul tu, ibadah pd-Nya yg paling utama

shameel..
diaorng semua org 'besar' & 'penting' manalah ada masa nak layan keje org marhaen camni..