Friday, July 08, 2011

semangat Jumaat?

assalamualaikum...

....aaahhh..Jumaat datang lagi..alhamdulillah, bersilih minggu tanpa gagal. selagi hayat dikandung badan pasti akan kita temuinya. aku bertambah umur sehari lagi. namun lambaian kubur tak pernah henti memanggil. aku sedar hakikat itu dan aku gusar. rapuhnya hidup. nyawa bukan benda kekal. seperti apa yg di kata Omar - hidup insyaAllah, mati adalah pasti.

namun hidup perlu diteruskan...demi pencarian kepada kematian yg kekal. kematian adalah kehidupan kepada 'dunia' lain. seperti Ali yang berkata - hidup adalah tidur, mati adalah terjaga. fahamilah maksudnya.

aku selalu mengatakan kpd diriku dan kepada mereka yg kukenal - hidup adalah satu amanah dan kehidupan adalah satu anugerah. jika kita fikir-fikirkan kita saling tak ubah senasib seperti seketul batu. tak boleh buat apa-apa. bila yg Esa menganugerahkan mata, maka melihatla kita...bila diberinya kita kaki maka berjalanlah kita..bila diberinya akal maka berfikirlah kita, bila diberinya suara maka bercakaplah kita. itu semua nikmat dr-Nya. tapi...sedihnya! kita gunakan tangan, kaki, akal, suara dan semua organ dan pancaindera itu utk kita tidak menghambakan diri pada-Nya. sedangkan kita dituntut...Az-Dzariyat 56 "tidak aku jadikan jin & manusia melainkan utk beribadah pada-Ku".

tidak...aku tidak mengata sesiapa melainkan diri kerdilku. bukan...bukan ada walaupun setitik kecil niatku utk berkata yg aku betul. aku seperti hamba-Nya yang lain cuma aku teringat seperti kata kekasih-Nya - "sampaikanlah pesanku walau satu ayat". dan teringat juga aku akan kata-kata "tolonglah agama-Nya agar Dia menolongimu"

maaf...ampun, bukan aku mahu mengomel...membebel tak ketentuan pasal. cuma kekadang semangat Jumaat itu menjadikan aku sebegini. hidup pasti akan berterusan tanpa atau sewaktu adanya aku. nikmatilah masa 'sekarang' kerana itulah yg penting. yg lepas adalah 'sejarah' dan yg akan datang hanya satu 'ilusi'...seperti si-falsafah Ralph Emerson berkata - what lies before and after is not so significant compare to what lies within. setelah aku renungkan hampir 14 hari akan kata-katanya ni...akhirnya aku bersetuju dgnnya. 'sekarang'lah yg penting! - present time

ok...cukup kat sini dulu dan sekali lagi maaf dan ampun serta sorry byk2 sbb terbaca omelan pagi Jumaat ini. yg baik hanya dari-Nya...yg tak baik tu dah tentu dr si kerdil ini...wallahualam.

7 comments:

JONY AL BUAYAK said...

aku selalu mengatakan kpd diriku dan kepada mereka yg kukenal - hidup adalah satu amanah dan kehidupan adalah satu anugerah....

gua setuju sangat2

Ku Tak Sempurna said...

hari jumaat mmg ditunggu2

tak sabaaaaaar

.
.


.
.

nak cuti. :D

Afida Anuar said...

Mengomel yang ada faedah nahmy...dun wori,..btw, thanks...

shameel Iskandar said...

slmt mlm nahmy. Trima kasih ats tazkirah. mtk izin nak tulis dlm Fb kata2 ni'

a) hidup adalah tidur, mati adalah terjaga. fahamilah maksudnya.

b)hidup adalah satu amanah dan kehidupan adalah satu anugerah

Tirana said...

Bebelan yang ada mesej di dalamnya so tak sia-sia membaca..hehehe..

Abd Razak said...

Assalamualaikum syeikh...

Walaupun simple tapi padat. Bila kita tahu apa sebenarnya tujuan kita ke dunia ni, hidup jadi mudah. Jalankan hidup menurut perintah~Nya dan jauhi larangan~Nya..

nahmy said...

joni..
ok bro..sesama kita bertukar-tukar 'pesanan'...ingat-mengingatkan

cik KTS...
yg ni...mmg semua org dok tunggu Jumaat

fida..
you're welcome

shameel...
amik syeikh...semua tu bukan saya punya...Allah yg punya

tirana...
kekadang tu mmg cam terasa nak membebel je kak..

syeikh Abd Razak..
w'salam. cuma kekdg tu kita 'malas' nak tahu tujuan kita ke dunia ni...tu yg timbul masalah