Monday, July 04, 2011

pandangan itu amat mengusik hati

assalamualaikum...

semasa menghantar anak ke sekolah terpandang aku pada kakak penjual air. yang cekal bersama anak-anak dan kancil kecilnya. saban hari mendirikan khemah di hadapan sekolah agama anakku. balang-balang air bersama makanan ringan dan buahan dijadikan juadah jualan. demi mungkin membantu sisuami atau bersendirian menyara keluarga. aku tahu hasilnya tidak sekata. hari ni mungkin lebih banyak dari semalam dan semalam mungkin lebih sedikit dari hari sebelumnya. itu lumrah berniaga.

namun aku tahu pendapatannya tidaklah seberapa jika dibanding dengan pendapatan kontraktor kelas A, B, dgn gaji CEO Tenaga Nasional, CIMB, SYABAS atau dengan pak-pak menteri (hatta dgn drebar pak menteri sekalipun). atau mereka yg mendapat kontrak mengubahsuai kediaman resmi Ketua Negara...hasil untuk mereka ini tentulah jutaan kali ganda jika dibanding dgn hasil jualan rojak buah kakak penjual air tadi. dia berhujan berpanas, menghempas kederat disamping menjagai anak-anaknya sendiri yg terpaksa membuat kerja sekolah dalam kancil kecilnya itu. aku sedih dan aku doakan semoga barangan jualan kakak tadi habis dibeli orang dan semoga Allah permudahkan kehidupannya sekeluarga.

bayangkan isteri pembesar negara yg menghayak rambut yg disalon dgn harga ratusan ringgit, dgn beg tangan harga puluhan ribu...anak-anak mereka yg boleh ke hulu-hilir dgn kereta bernilai ratusan ribu ringgit. mengubahsuai rumah sahaja kosnya sudah 4 ke 5 juta. bayangkan keadaan dalaman rumah orang-orang kaya ini. bayangkan pula keadaan rumah kakak penjual air itu. bagaimana agaknya kakak tu cuba memberikan keselesaan pada keluarga dan anak-anaknya. orang-orang kaya itu takde bezanya dgn kakak penjual air itu, mereka seagama dan sebangsa tetapi mengapa ketara sgt jurang sosio-ekonomi mereka? lagi sekali aku sedih.

semoga Allah sentiasa membantu kita dan mereka yg seperti kakak penjual air tu...insyaAllah.

6 comments:

Afida Anuar said...

Kan? insyaAllah...saya yakin..apa pun ujian, pasti ada hikmahnya..mana kita tau, susah2 akak tu, hati dia tenang..walaupun pendapat tak sberapa tapi berkat..insyaAllah...

dibanding kan dengan pak2 menteri..mak2 datin yang hidup senang lenang, tapi rezeki tak berkat, hati tak tenang...nak buat apa kan? harta berjuta2 pun tak guna... Allahualam..

JARI YANG TERBARAI said...

biar sedikit asal berkat, dari banyak tapi syubhah

PnConfused said...

tekan butang *like

Tirana said...

Di dunia ini jika dibandingkan memang macam langit dengan bumi..kakak tu di bumi, isteri2 pak menteri tu di langit tapi di akhirat nanti belum tentu macam mana kedudukannya.

Tie said...

Rezeki yang diperolehi dari usaha sendiri dan ikhlas untuk membesarkan anak2 tentulah lebih diberkati, alhamdulillah.

Mungkin kita rasa kasihan, tapi orang yang perlu kita rasa belas ialah mereka yang belum mendapat taufik dan hidayah dalam halal haram punca rezeki. Biarlah urusan itu antara mereka dengan Allah. Kita hanya perlu ambil ikhtibar.

nahmy said...

afida...
benar tu..hikmahnya sentiasa ada. cuma pd mrk yg berada di 'awan' tu tgk2lah golongan bawahan ni

jari...
keberkatan menambah rezeki...benar tu syeikh

pnconfused...
tak paham saya...apapun tima kasihla sbb dtg berkunjung

tirana...
benarle tu...diakhirat bukan 'kekayaan'harta dunia yg membezakan...ttp kekayaan harta 'akhirat'

tie..
dalam maksud tu kak. itulah sbnrnya kekayaan yg kekal = 'hidayah dr-Nya'