assalamualaikum...
ide dan daya rajin dah semakin nipis sekarang ni. haticeria tidak bermula "gah", tidak berjalan "gah" dan pastinya tidak berakhir "gah". ia sekadar biasa-biasa dan gitu-gitu sahaja. sekadar meluah pendapat marhaen dan cuba utk memenuhi ruang-ruang kecil dalam lelangit siber tak bertepi ini.
akhir-akhir ini berkejaran antara hal-hal kehidupan dunia amat merentap kesempatan utk melapirkan walau secebis warkah kecil ke blog marhaen ini. dan amat dikhuatiri hal-hal kehidupan dunia ini kelak akan merentap pula kesempatan utk berteleku di depan-Nya. jika tiada yg "gah" pada blog ini maka dah tentulah tiada yg "gah" pada si-tuan tanahnya...dan itulah saya.
maka 'maaf' dipohon andai coretan utk beberapa isu yg lalu yang dilihat sebagai tempelan mengada-ngada yg tiada isu teras yg 'membangunkan'. percayalah demi nama 'haticeria' itu maka begitulah juga konsepnya - menceriakan hati! kekadang dan seringkali juga 'kepenatan otak' menjadikan 'tempelan mengada-ngada' tersebut timbul, namun tiada niat yg bukan-bukan.
jadi sebelum terkeluar dgn bertali-arusnya bebelan-bebelan 'manja', mengada-ngada dan yang entah apa-apa maka saya mengambil kesempatan ini mengucapkan,
--------------------------------------------------------
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 H"
--------------------------------------------------------
sebaik-baik pengorbanan adalah pengorbanan kerana-Nya....wallahualam
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
10 comments:
Eh...entry2 yang mantap pe... kenapa perlu mintak maaf:P...aduhh sayu pula baca entry ni..
salam eiduladha juga buat semua.. Moga Allah menerima ibadat korban kita.balik kg dak?
salam nahmy,
semoga Allah memberi kekuatan. jangan berehat lama-lama, nanti masuk angin...
salam iduladha buat nahmy dan keluarga...
Salam,
ya... 'kepenatan otak'
tapi ia bukan tempelan mengada-ngada
Salam Iduladha untuk Nahmy sekeluarga
Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari raya eidul adha...
Selamat Hari Raya Aidiladha. Jangan khuatir pandangan orang, kita semua tulis blog kerana masih belajar-belajar. Ada masa kering idea ada masa momentum melambung-lambung.
selamat hari raya Aidiladha.. salam persahabatan..
Alamak! Baru nak mulakan salam perkenalan. Jgnlah berundur diri...plg penting, rerajinkan diri menukil ide yg walau ringkas namun berkesan dlm jiwa.
Penulis blog juga penglipur-lara. Menghibur org yg tak kira pangkat dan darjat yg apabila mati, dihisab jua.
=D
Salam eidul adha buat Nahmy.
Teruskan menulis utk merakyatkan pandangan.
salam aidul adha saudara :)
berehat ya? jgn lelap lama2 tau!
afida...
apa nak disayukan...biasale tu
abah..
insyaAllah..semoga Dia berikan kekuatan
cikgunae...
penat mmg penat tp sabarrr..
abd razak..
w'salam...syukran jazilan
r.o.l..
benar tu..ada pasang surut ide ni
ladybird...
semoga terus singgah yee..
fara..
penglipur lara pun kena dihiburkan juga tu...hehe
shameel...
rakyat 'negara' saya ada 4 org jee..
MB..
insyaAllah...syukran jazilan
Post a Comment