Saturday, November 19, 2011

berfikir pasal emak

emak...takde penggantinya dlm dunia. aku pikir pasal anak, pasal isteri dan kemudian pasal emak. aku guna otak 'left brain' aku, aku guna logik akal...anak, isteri, emak. anak, isteri, emak...sah! memang emak juga yg takkan ada 'galang-gantinya'.

semuanya berkecamuk masa pemanduanku nak tengok emak. "aku tak perlu sgt nak risau sbb abah ada", pikiran logikku berkata. "tapi abah akan jalankan tanggungjawabnya sbg suami...then aku? tanggungjawabku sbg anak? bila nak 'activate'?", sambung pikiran logikku lagi. ahh..emak-emak, tak kira camna sekalipun aku kena cuba sedaya mungkin jalankan tanggungjawabku sbg anak. dahlah tu...aku sulung dan aku lelaki. kan 'syurga'ku di bawah tapak kakinya? walau hanya utk berbicara dgnnya, kalau berbicara itu dpt menceriakannya..aku dah rasa cam sikit-sikit dah tertunailah tanggungjawabku sbg anak. walaupun tanggunjawab yg besar-besar sedang menungguku.

bila sampai je ke rumah orang-tuaku, lepas jumpa abah aku terus dptkan dia. alhamdulillah, mak takde masalah kesihatan fizikal yg berat sgt. "kenapalah mak taknak makan?". "kalau tak makan camna nak ada tenaga?" bertali arus soalanku padanya bila dah bersetentang mata dgnnya. "entah...tekak tak boleh nak telan, takde selera...macam malas pun ada", jawabnya padaku. "larrr...mcm-mcm punya sedap makanan pun takde selera...nampaknya mak nak kena berubat cara lain ni. yg bukan cara hospital...kita 'check' dulu", kekadang entiti negatif tu pun suka duduk dlm badan kita", ujarku padanya. dia hanya mengangguk je.

dan sekarang aku dirumah, esok aku tunggu abah & emak datang. nak bawa emak ke masjid di tempat tinggalku...sbb di sana ada bilik rawatan syifa'dan ada perawat yg mungkin boleh tahu apa yg tak kena dgn emakku ni. semoga Allah permudahkan segalanya...insyaAllah.

8 comments:

Afida Anuar said...

Mak... satu dalam sejuta rindu. Nahmy, saya doakan moga ibu nahmy sembuh, insyaAllah.

Tirana said...

Semoga mak Nahmy baik-baik saja.. Berbaktilah kepada mak sementara dia masih hidup.

NaeBlog said...

Salam Nahmy;

Semoga ibu Nahmy sihat sejahtera
Sebagai anak, kita usahakan sebaiknya apa yang termampu...

abah aman said...

salam nahmy,

ibu adalah segala-galanya... kita akan terasa seperti kehilangan segala-galanya apabila dia telah tiada. intailah ibu tatkala nampak!

r.o.l. said...

Semoga Allah sembuhkan ibu Nahmy, amin

nahmy said...

afida..
syukran jazilan krn mendoakan emak saya.

kak tirana..
syukran...benarlah tu. emak hanya satu.

cikgunae..
syukran jazilan. mmg kami adik beradik sedang berusaha...insyaAllah.

abah...
benar tu abah..syukran jazilan

r.o.l..
syukran jazilah atas doa, hanya Allah yg dpt membalasnya

LadyBird said...

btl.. emak xde galang gantinya.. begitu juga dgn anak.. tp isteri tetap boleh berganti.. kan?

c'axoera ヅ said...

follow sini :)