Friday, November 25, 2011

tahun mendatang, tahun ditinggal...salam Maal Hijrah 1433

selaan nafas...kencang sesekala lesu
derap sendi memetri kelaku
kabur pandangan menjelma di depan
taksub umur itu bukan untukmu

kantung amal..ringan berampaian
kecelaruan rentak menjangkiti jantung
kederat itu meresap terjauh
istilah sihatmu fahamilah

tahun mendatang, tahun ditinggal
letak dirimu di depan diri
garapi ikhlas luahkan ragumu
beginikah aku di akhir cerita?

upaya yg berbaki terabai kosong
begitukah...yang kau azami?
membiar diri menghalau daya
apa alasanmu bila kelak di depan-Nya?


nahmy.
29 Zulhijjah 1432.


p/s : kepada sahabat, rakan dan sesiapa jua yg memeriahkan blog marhaen saya ni,

++++++++++++++++++++++++++++++

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433

++++++++++++++++++++++++++++++

6 comments:

ORLANDO AHMAD said...

semoga kite menjadi lebih baik dari sebelum2 ni ;-)

berjuang dan jihad ke arah kebaikan, berlumba2 mengerjakan kebajikan

Afida Anuar said...

salam maal hijrah juga nahmy...

LadyBird said...

salam maal hijrah :D..

NaeBlog said...

taksub umur bukan untukmu...
kantung amal... ringan berampaian

Terima Kasih
ingatan untuk saya ni...

Salam Maal Hijrah untuk saudara Nahmy sekeluarga

Fara said...

...bila kita hampir ke penghujung masa namun kita tertinggal jauh ke belakang.

Menangis.

nahmy said...

orlando...
semoga kita jadi lebih baik dr sebelumnya...insyaAllah

afida...
tahun baru semangat baru

lady...
syukran...sesamalah kita mengimarah 1433H ni

cikgunae...
peringatan diri sendiri sebenarnya tu

fara...
menangis boleh cuma jgn lama-lama...ceria dgn kedatangan 1433H ni