Thursday, November 17, 2011

ke mana le kita nanti?

assalamualaikum,

sekolah dah nak masuk hari akhirnya, musim kahwin pun dah nak 'start', musim banjir pun tgh mengintai-ngintai. tahun hijrah juga hampir berakhir, begitu juga tahun masihi. kita plak kat mana? dan ke mana kita selepas ni? kita tahu dr mana kita datang tapi ke mana kita mungkin kita boleh agak-agak, boleh rasa-rasa je. mati? itu mmg dah 'ultimate direction'...suka kena pergi, tak suka pun kena pergi juga.

tapi maksud ke mana kita yg saya soalkan ialah dlm kehidupan itu sendiri. memang yg paling penting adalah 'present time' kita tapi bila kita tetapkan (secara agak-agak sekalipun) 'next mission' kita secara tak langsung ianya mencorakkan 'present time' kita juga. kita merancang dan Dia juga merancang, tp perancangan-Nyalah sebaik-baik perancangan. bila dikatakan 'kita merancang' maka perancangan itu dah tentulah dilakukan 'in present time for the sake to achieve our future mission'...kan?

ke mana pun kita selepas ni jum la sesamalah kita masukkan Dia dlm perancangan pengembaraan kita tu. tak rugi. sebab samada tercapainya perancangan atau kantoi ditgh jalan perancangan kita tu, kita pasti pergi menemui-Nya. bermakna tanpa kita sedari ada 'perancangan' yg dah muktamad dalam perancangan kita tu.

saya suka juga buat perancangan nih, tp kena jaga-jaga takut elemen-elemen angan-angan mat jenin terselit masuk ke dlm perancangan tu. sbb 'frankly' saya pun jenis suka yg berangan gak! jadi ke mana kita selepas nih?....wallahualam.

4 comments:

Afida Anuar said...

Pernah saya dengar seseorang berkata, jika kita buat sesuatu semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah, berjaya atau gagal....kita tidak akan pernah kecewa...

Jadi marilah kita, mencari keredhaan Allah, dalam setiap perancangan, insyaAllah.....

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Kita bisa merancang, penentuannya dari Allah Taala. Maka hendaknya kita berpegang bahawa segala perancangan kita berjaya atau tidak atas kehendak~Nya.

shameel Iskandar said...

langkah kita atur dan jejak kita susun. Tapi hanya dgn keizinan-Nya sahaja kita boleh sampai ke destinasi.

nahmy said...

afida...
benarlah tu. sbb jika semuanya hanya kerana-Nya pasti akan berkesudahan dgn baik, tak kira berjaya atau gagal

abd razak...
w'salam. ye syeikh...kita hanya mampu merancang. Dia yg menentukan segalanya

shameel..
ayat yg mantap cikgu! sesungguhnya destinasi itu adalah milik-Nya