Thursday, August 30, 2007

tinggalkan cerita lama...

assalamualaikum...

dah berapa tahun kita hidup dan dah berapa tahun pulak kita di kuasai oleh hati yang meruntun kesedihan, perasaan yang dibelenggu dengan rasa marah dan jiwa yang bergelodak? perbandingkanlah dengan hidup yang disuburi dengan hati yang ceria, perasaan yang tenang dan jiwa yang damai. yang mana lebih banyak pecahan peratusannya? susah nak di ukur…tak mana susah brother. tengok dalam-dalam pada diri dan tanya seikhlas-ikhlasnya diri tu pasti akan jumpa. sifat kita, perwatakkan, pembawakan, personaliti, perangai, tabiat, imej, ketrampilan dan berbagai-bagai lagi jika dikaji satu-satu pasti akan dapat memberikan jawapannya.

apapun jika jawapannya besar peratusannya kepada yang negatif maka kita perlahan-lahan, sedikit demi sedikit tanamkanlah azam untuk mengubahnya. ”people do change”. tapi jika jawapannya dah berat pada yang positif maka kita kena kekal dan terus memperhebatkannya. ”enhancing for the betterment”....enhancing tu kira macam memperkayakan lagi atau memperhebatkannya lagi bukan...en...hancing! (sebutan B.Malaysia baku) itu ’hancing’ ada sikit-sikit pertalian dengan bau kencing tauu...itu lain tuuu!!. satu lagi kalau dah berat ke belah positif maka tak payah mengubahnya le…cukup sekadar memperhebatkannya. tak payah buang tenaga untuk mengubah sesuatu yang dah dikenalpasti elok dan baik. simpan tenaga dan curahkan kepada mencari cara atau ide untuk memperhebatkannya lagi itu ajee..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku, dan lindungilah aku daripada syaitan - Hadith riwayat Abu Daud. Hadith yang juga doa Rasullulah.

walaupun kita banyak berat di sebelah negatif tadi maka sekarang adalah masanya untuk mengubahnya menjadi ringan dan beratkan pula di sebelah positif tu. apapun yang telah berlaku, dilakukan atau terlakukan itulah tandanya kita ni manusia biasa. kita memang dilahirkan hebat tetapi tetap tidak ‘sempurna’ dan kita sebenarnya sudah cukup sempurna dari yang sebelumnya apabila kita 'berusaha' menjadi manusia sempurna walaupun terkandas di tengah jalan. the thing that counts is the journey not the destination. the ‘journey’ will determine what kind of ‘destination’ that we’ll be having. yang lepas tu lepaslah…ambil wuduk, angkat takbir solat taubah dan iltizamlah untuk tidak mengulanginya lagi…insyaAllah. bukankah Allah itu maha pengampun? lepas tu fokus pada yang mendatang…sebab selagi hayat dikandung badan selagi itu lah perjuangan tidak terhenti apatah lagi perjuangan mencari redha dan rahmatNya…sentiasa berliku, sentiasa mencabar dan di cabar, gitule….wallahualam.



Monday, August 27, 2007

sekolahku batu-batu

assalamualaikum...

pernahkah anda terlihat akan iklan 'MySchool Rocks'?...School Musical Dance Competition... apa ntah? rasanya kalau sesapa yang ada astro mesti selalu come a cross iklan ni kan? perhh! boleh kata selalu lah kuar iklan ni. kira macam pertandingan menari antara sekolah lah gituu.... bagus juga kalau bebenda camni selalu di adakan kerana ikut kata mereka boleh menjauhkan remaja terutama anak dan adik-adik yang masih bersekolah dari gejala tak sihat seperti dadah, lepak, gangsterism, buli, rempit dan sebagainya. memang murni niat tu...cuma kalau dikaji secara mendalam sikit, langsung tak kena cara. niat tidak menghalalkan cara. camna bagus dan murni pun niat tu ia tetap tak boleh menghalalkan cara!!? betulke dengan melibatkan diri dengan pertandingan yang berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dengan kaedah menari dan bersuka-suka, girang gumbire seperti ni boleh menjauhkan remaja dan pelajar sekolah dari perkara-perkara tak sihat seperti yang dinyatakan di atas tadi? betul boleh ke?

untuk jangkamasa sekejap dia nampaknya macam satu kaedah penyelesaian tetapi untuk jangkamasa panjang tetap akan timbul gak problem sosial. bila mereka dah pandai menari tu kat mana esok-esok mereka nak menari? kalau tak di disko dan pusat-pusat hiburan yang sekarang melata. bila masuk selalu tempat camni apa pengaruh pulak yang mereka hidapi? sikit-sikit lama-lama jadi bukit...kepada mereka yang came-out dengan ide ni rasanya cubale cadangkan atau cari ide lain yang lebih 'ketimuran' kalau susah nak cari yang 'keislaman'. cubalah...kekadang kita ni terlalu mengikut, sedangkan untuk mengikut atau untuk memimpin keduanya ada 'their own rules of thumb'.

takkanle kita nak pakai cara-cara yang memang bukan ciptaan kita dan selalunya yang bukan ciptaan kita payah nak 'sesuai 'dengan kita malahan kekadang boleh 'merosakkan' pulak. sekolah dah banyak masalahnya...cikgu-cikgu pun dah banyak tugasnya. janganlah kita nak serasikan sangat-sangat 'pendidikan' dengan 'hiburan' walaupun 'learning should be 'fun' tapi fun tu maksudnya menyeronokkan bukan hiburan yang keterlaluan. alangkah kalutnya negara kita ni bila semua sekolah dah terlalu ambil serius untuk 'join' pertandingan yang sebegini...lebih-lebih lagi bila sekolah tinggi agama pun terlibat sama. karut sesangatlah bila kelihatan ustaz dan ustazah tengah tergedik-gedik mengajar anak-anak muridnya melakukan 'moondance' , 'breakdance', salsa atau ntah apa-apa dance lagi. kesiannya kita bila gambaran camtu jadi satu realiti....wallahualam.

Thursday, August 23, 2007

becoming more mature and wiser...

assalamualaikum...

I’m not talking about biological maturity (or if I’m not mistaken...they call it puberty?!) but when exactly does we feel that we are really mature and wise? when we were 15? 25? 35? 40? or 50? or even 60? difficult to say? is there a person who’s never mature and wise? or is there a person that never really bothers about this? well....I doesn’t know about you out there but I feel mature now. wise? that ones too. I probably would say that this is my turning point’s moment...in everything I do and in everything I say. I feel great. I feel lively. how do we know that at certain age or certain point of time we has actually matured and wised? this definitely is one hell-of-question is it? principally I don’t think there’s a person when he’s at the age of 13 or 14 he would say to his friend or to people around him that he will be matured and wised at the age of 25....he would not surely know that. on the contrary....he might eagerly try to buy-out his friends by saying that he is then matured and wised...at the point of saying it.

in reality, if we softly-cracking our lovely brain just to amplify the thinking ability we would probably know that there’s no a crystal-clear indication in knowing our maturity time and same goes to becoming wise. we are all mature and wise then.... as it should be at that time and we all perhaps more mature and wiser now. a 12 years old boy will possibly more mature and wiser than the other boys, be it that the other boys were few years older than him. the chances he is more mature and wiser (in whatever he is doing or saying) than the others are there. when he is 18 of course he will be more knowledgeable than when he was 12, but is it ascertains that he is more mature and wiser? the answer....??

okay, suddenly we know that there are apparently 2 type of matures and wises. one is mature and wise linking to our inner strength (conscience, mindset, creativity or whatever...) meaning we might be more mature and wiser today compare to yesterday or whenever we are 18 compare to when we was 13, or the other way around. the second one is that we can be more mature and wiser compare to the others albeit we’re in the same or difference time zone with them. so, is there possibility that our kids are more mature and wiser than us? again...the possibility is still there. it always has...and we without doubt need to upgrade and update ourselves every seconds of our life so as somehow or rather we able to stay ahead. ahead of our kids, of the others and definitely ahead or our previous self....wallahualam.

Tuesday, August 21, 2007

setelah 50 tahun merdeka

assalamualaikum....

setelah 5o tahun negara merdeka, ada lagi rakyat yang 44 tahun tersisih tanpa mengecapi pembangunan...alaahaaiii.... walaupun mereka ni orang asli takkan le kita nak bagi kehidupan yang serba-serbi asli? mereka jugakan rakyat negara bertuah ni. tak gitu? sebak juga bila melihat anak-anak mereka berlajar beramai-ramai mengelilingi lampu pelita (dalam hati bertuahnya anak aku) tapi di mulut apahallah wakil-wakil rakyat atau mereka yang bertanggungjawab tak buat sesuatu. ini bukan baru 4 bulan negara merdeka dan bukan baru 4 tahun mereka hidup camtu....ini mereka dah hidup camtu selama 44 tahun - 44 tahun beb?!!

peka dan put some extra effort la brother wakil-wakil rakyat. tinjau-tinjaula kawasan dan jengok-jengok mereka yang bermastatutin di kawasan tu. sedih dan sebak terasa....yeela mereka tu kan sahabat senegara. yang paling pelik wal ajaib ialah mereka tu bukan jauh pun dari KL ni...kat belakang Zoo Negara tu je di Ulu Kemensah. melihatkan anak-anak orang asli yang kecil-kecil tu kekadang tak terbayang yang mereka tu hidup di negara nih...macam mereka tu rakyat negara miskin dunia ketiga je bila di lihat sekali lalu. adusss..

sempena negara yang akan menyambut 50 tahun kemerdekaan ni di harap masyarakat orang asli di Ulu Kemensah tu pun akan 'dimerdekakan' dari kehidupan serba daif dan kekurangan. mereka tidak boleh di anggap sebagai melukut di tepi gantang atau golongan rakyat kelas ketiga atau sebagainya sebab kebanyakkan mereka telah ada sebelum kita datang ke bumi bertuah ni lagi...mungkin tidak mereka tetapi sahabat atau kaum-kaum yang seangkatan dengan mereka. mereka generasi yang terdahulu maksud saya. jadi bila kita melaungkan merdeka dan mereka turut sama melaungkannya pastinya laungan itu akan jadi lebih bertenaga, kuat dan bersemangat...tak gitu? saling lengkap melengkapi kan?....wallahualam.

Monday, August 20, 2007

pungkoq persona mengancam?

assalamualaikum…

bolehke dengan pungkoq yang termenonjol 9-10 inci ke belakang tu Persona menguasai pasaran kereta sekelasnya di Malaysia ini? payah gak nak kata. dengan pasaran yang sekejap naik sekejap turun susah juga nak kata. kalau di tinjau-tinjau dari segi bentuk memang kereta tu sebenarnya kereta Gen-2. depan seperti biasa berubah sikit dari segi kosmetiknya seperti di bahagian logo dan grile depannya, perubahan lain yang ketara memang lebih di pungkoqnya. ada sekali baru-baru ni semasa saya sedang memandu melepasi tol damansara menuju ke rawang tetiba terlihatlah pada cermin pandang belakang akan kelibat Persona ni....memang stylish...tapi yang lain tak de sangatle ’istimewanya’ mungkin sebab dah biasa nengok Persona.

saya bukanlah pakar nak kata akan aspek teknikalnya, cuma soalan saya adalah seperti diatas. bolehke Persona menguasai pasaran atau memperolehi jualan yang menggalakkan? soalan kedua saya mengapa agaknya Proton tak launch Persona dahulu dan kemudian Gen-2 sebab setahu saya dari dulu lagi hampir semua model kereta akan dilancarkan model ’sedan’nya dahulu dan kemudian diikuti oleh model ’hatchback’nya. memang dah gitu gayanya dan selalunya teknik jualan sebegini memang berjaya menghasilkan jualan yang baik. why change something that’s work?. mungkin zaman berubah maka kaedah pemasaran pun turut berubah atau they really bold enough to try something that are new.

Persona ni mungkin akan lebih mempersonakan jika harganya benar-benar dalam julat boleh dibeli oleh kebanyakkan orang. ini juga satu benda yang boleh dipertimbangkan lebih-lebih lagi bila semua orang dah tahu akan lambakkan kereta Proton untuk model-model lain yang belum dapat dijual lagi. ada orang yang sebelum membeli kereta model baru-lancar akan memikirkan dulu kenapa kereta-kereta model terdahulu tu berlambakkan tanpa dibeli? mungkin kerana harga? birokrasi pinjaman? kualiti? perkhidmatan selepas jualan yang lemah? alatan ganti yang mahal dan susah untuk didapati? dan berbagai lagi... dan ini melibatkan credential syarikat pengeluar tak gitu? apapun mudah-mudahan pungkoq yang baru ni bukanlah sebarang pungkoq, gitule....wallahualam.

Thursday, August 16, 2007

50 dan terus gagah melangkah...

Gempita Merdeka Itu....

Kejerihan sendirian membahu
Menekuni keberanian demi kebebasan
Keutuhan bangsa dijulang melangit
Laungan keramat mengguruh sasa

Susur galur keringat dan darah itu
Kenang, peringatkanlah bersilih
Kelak tercipta satu penyuluh
Langkah pasti bersatu arah

50 gagah menongkah gemilang
Mewariskan perjuangan pada si muda
Peri mengukuh pacakkan daulat
Meletak negara teguh di persada

Penuhi kemerdekaan disanggah seiring
Deras kemajuan pesona masa depan
Pentas cemerlang bercahaya terang
Malaysia Merdeka terpahat abadi


nahmy
rawang 17 Ogos 2007

Tuesday, August 07, 2007

what goes around, comes around = 'karma'

assalamualaikum...

have this ever cross to our mind? what goes around, comes around = 'karma'. I tend to agree to this.....may be not much, but yeahh...I do. the best thing about this formula is that its resulted obviously when come to bad things. for instance, when we do bad things to others, sooner or later you'll get the bad things back...if it not sudden apparently somewhere in the future. or if it not you might be your kids or your next generation will get it. as a Muslim there's a word call 'kafarah'. it also goes something like the above formula...only thing this one come straight from Allah due to our wrongdoings to the others or even to Him. in fact to make the above formula or for any other formula works, still it need to be granted by Allah. we might say it differently according to our perception and belief but as a Muslim anything and everything actually come from Allah. as simple as that. as firm as that.

so, be extra careful when saying or when doing things to the others even to our own kids because what goes around comes around. scary ehh! well...as a humble person I can think of 3 ways that can possibly avoid this from happen.

1. you talk less - because words is sharper than sword. people can easily become an enemy to you once they get offended by your words. they can get angry with what you've done to them...but "get offended" and "get angry" are two different things...I believe you can do your own interpretation here. being offended is related to 'heart', and the formula can trigger well when the heart is full with hatreds.

2. empathy. always picture yourself in other people's shoes. this will definitely able to guide you from expressing something that might make people dislike you....and avoid them from cursing you then....and finally might avoid you from getting the bad things back. being empathy is definitely meant being 'mr. nice guy'. basically, nothing's wrong with that.

3. pure intentions. things said with a pure kind intention will protect you from being harrass by the bad things. you can be that vocal and outspoken and you seems like a hard-tempered person but if down deep in your heart you intentionaly meant well, than believe me...people you spoken to wouldn't get or feel offended easily. without you knowing it they might say that....all that are actually your style of giving advices or talks...wallahualam.