Monday, August 20, 2007

pungkoq persona mengancam?

assalamualaikum…

bolehke dengan pungkoq yang termenonjol 9-10 inci ke belakang tu Persona menguasai pasaran kereta sekelasnya di Malaysia ini? payah gak nak kata. dengan pasaran yang sekejap naik sekejap turun susah juga nak kata. kalau di tinjau-tinjau dari segi bentuk memang kereta tu sebenarnya kereta Gen-2. depan seperti biasa berubah sikit dari segi kosmetiknya seperti di bahagian logo dan grile depannya, perubahan lain yang ketara memang lebih di pungkoqnya. ada sekali baru-baru ni semasa saya sedang memandu melepasi tol damansara menuju ke rawang tetiba terlihatlah pada cermin pandang belakang akan kelibat Persona ni....memang stylish...tapi yang lain tak de sangatle ’istimewanya’ mungkin sebab dah biasa nengok Persona.

saya bukanlah pakar nak kata akan aspek teknikalnya, cuma soalan saya adalah seperti diatas. bolehke Persona menguasai pasaran atau memperolehi jualan yang menggalakkan? soalan kedua saya mengapa agaknya Proton tak launch Persona dahulu dan kemudian Gen-2 sebab setahu saya dari dulu lagi hampir semua model kereta akan dilancarkan model ’sedan’nya dahulu dan kemudian diikuti oleh model ’hatchback’nya. memang dah gitu gayanya dan selalunya teknik jualan sebegini memang berjaya menghasilkan jualan yang baik. why change something that’s work?. mungkin zaman berubah maka kaedah pemasaran pun turut berubah atau they really bold enough to try something that are new.

Persona ni mungkin akan lebih mempersonakan jika harganya benar-benar dalam julat boleh dibeli oleh kebanyakkan orang. ini juga satu benda yang boleh dipertimbangkan lebih-lebih lagi bila semua orang dah tahu akan lambakkan kereta Proton untuk model-model lain yang belum dapat dijual lagi. ada orang yang sebelum membeli kereta model baru-lancar akan memikirkan dulu kenapa kereta-kereta model terdahulu tu berlambakkan tanpa dibeli? mungkin kerana harga? birokrasi pinjaman? kualiti? perkhidmatan selepas jualan yang lemah? alatan ganti yang mahal dan susah untuk didapati? dan berbagai lagi... dan ini melibatkan credential syarikat pengeluar tak gitu? apapun mudah-mudahan pungkoq yang baru ni bukanlah sebarang pungkoq, gitule....wallahualam.

0 comments: