Monday, August 27, 2007

sekolahku batu-batu

assalamualaikum...

pernahkah anda terlihat akan iklan 'MySchool Rocks'?...School Musical Dance Competition... apa ntah? rasanya kalau sesapa yang ada astro mesti selalu come a cross iklan ni kan? perhh! boleh kata selalu lah kuar iklan ni. kira macam pertandingan menari antara sekolah lah gituu.... bagus juga kalau bebenda camni selalu di adakan kerana ikut kata mereka boleh menjauhkan remaja terutama anak dan adik-adik yang masih bersekolah dari gejala tak sihat seperti dadah, lepak, gangsterism, buli, rempit dan sebagainya. memang murni niat tu...cuma kalau dikaji secara mendalam sikit, langsung tak kena cara. niat tidak menghalalkan cara. camna bagus dan murni pun niat tu ia tetap tak boleh menghalalkan cara!!? betulke dengan melibatkan diri dengan pertandingan yang berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dengan kaedah menari dan bersuka-suka, girang gumbire seperti ni boleh menjauhkan remaja dan pelajar sekolah dari perkara-perkara tak sihat seperti yang dinyatakan di atas tadi? betul boleh ke?

untuk jangkamasa sekejap dia nampaknya macam satu kaedah penyelesaian tetapi untuk jangkamasa panjang tetap akan timbul gak problem sosial. bila mereka dah pandai menari tu kat mana esok-esok mereka nak menari? kalau tak di disko dan pusat-pusat hiburan yang sekarang melata. bila masuk selalu tempat camni apa pengaruh pulak yang mereka hidapi? sikit-sikit lama-lama jadi bukit...kepada mereka yang came-out dengan ide ni rasanya cubale cadangkan atau cari ide lain yang lebih 'ketimuran' kalau susah nak cari yang 'keislaman'. cubalah...kekadang kita ni terlalu mengikut, sedangkan untuk mengikut atau untuk memimpin keduanya ada 'their own rules of thumb'.

takkanle kita nak pakai cara-cara yang memang bukan ciptaan kita dan selalunya yang bukan ciptaan kita payah nak 'sesuai 'dengan kita malahan kekadang boleh 'merosakkan' pulak. sekolah dah banyak masalahnya...cikgu-cikgu pun dah banyak tugasnya. janganlah kita nak serasikan sangat-sangat 'pendidikan' dengan 'hiburan' walaupun 'learning should be 'fun' tapi fun tu maksudnya menyeronokkan bukan hiburan yang keterlaluan. alangkah kalutnya negara kita ni bila semua sekolah dah terlalu ambil serius untuk 'join' pertandingan yang sebegini...lebih-lebih lagi bila sekolah tinggi agama pun terlibat sama. karut sesangatlah bila kelihatan ustaz dan ustazah tengah tergedik-gedik mengajar anak-anak muridnya melakukan 'moondance' , 'breakdance', salsa atau ntah apa-apa dance lagi. kesiannya kita bila gambaran camtu jadi satu realiti....wallahualam.

0 comments: