Tuesday, August 21, 2007

setelah 50 tahun merdeka

assalamualaikum....

setelah 5o tahun negara merdeka, ada lagi rakyat yang 44 tahun tersisih tanpa mengecapi pembangunan...alaahaaiii.... walaupun mereka ni orang asli takkan le kita nak bagi kehidupan yang serba-serbi asli? mereka jugakan rakyat negara bertuah ni. tak gitu? sebak juga bila melihat anak-anak mereka berlajar beramai-ramai mengelilingi lampu pelita (dalam hati bertuahnya anak aku) tapi di mulut apahallah wakil-wakil rakyat atau mereka yang bertanggungjawab tak buat sesuatu. ini bukan baru 4 bulan negara merdeka dan bukan baru 4 tahun mereka hidup camtu....ini mereka dah hidup camtu selama 44 tahun - 44 tahun beb?!!

peka dan put some extra effort la brother wakil-wakil rakyat. tinjau-tinjaula kawasan dan jengok-jengok mereka yang bermastatutin di kawasan tu. sedih dan sebak terasa....yeela mereka tu kan sahabat senegara. yang paling pelik wal ajaib ialah mereka tu bukan jauh pun dari KL ni...kat belakang Zoo Negara tu je di Ulu Kemensah. melihatkan anak-anak orang asli yang kecil-kecil tu kekadang tak terbayang yang mereka tu hidup di negara nih...macam mereka tu rakyat negara miskin dunia ketiga je bila di lihat sekali lalu. adusss..

sempena negara yang akan menyambut 50 tahun kemerdekaan ni di harap masyarakat orang asli di Ulu Kemensah tu pun akan 'dimerdekakan' dari kehidupan serba daif dan kekurangan. mereka tidak boleh di anggap sebagai melukut di tepi gantang atau golongan rakyat kelas ketiga atau sebagainya sebab kebanyakkan mereka telah ada sebelum kita datang ke bumi bertuah ni lagi...mungkin tidak mereka tetapi sahabat atau kaum-kaum yang seangkatan dengan mereka. mereka generasi yang terdahulu maksud saya. jadi bila kita melaungkan merdeka dan mereka turut sama melaungkannya pastinya laungan itu akan jadi lebih bertenaga, kuat dan bersemangat...tak gitu? saling lengkap melengkapi kan?....wallahualam.

0 comments: