Monday, January 28, 2008

maju..jangan tak maju...

assalamualaikum...

apakah perniagaan yg rasa-rasanya sentiasa 'maju'?. payahlah untuk tak maju...selalunya memang maju. 4 saat dari sekarang...jawapannya...ialah restoran mamak. tak percaya cubale tengok-tengok sambutan pelanggan pada restoran mamak ni. hampir semuanya yang kita tengok mesti ramai pelanggannya. walaupun tak semua tapi kira 90%, semuanya mendapat sambutan yang baik. herannya sambutan pelanggan restoran mamak ni...bukan datangnya dari 'mamak' tapi kebanyakkanya dari kaum-kaum lain bukan mamak. hebatkan?! apa resepi masakan diorang? rasanya sama je...antara satu restoran mamak dengan satu restoran mamak yang lain. tapi yang kelass adalah servisnya yang sentiasa pantas dan 'down-to-earth'. kita mintak je mamak yang amik order tu untuk buat apapun mesti dia sanggup punya...ada kekadang tu saya nampak muka diorang tu 'selamba dog' je bila kena marah-marah dengan pelanggan. malahan lepas tu dia tetap layan pelanggan yang 'kecoh tu...tabik le pada diorang.

saya pun ada sekali kes tu sampai 3 kali tukar telur 3-suku masak. sebab saya mintak 3-suku dia bagi yang suku dan separuh masak...maka tak nak lah saya. 3 kali tu kalau restoran orang 'kita' le agaknya dah tak dapat layanan dah. tapi mamak....dia tetap setia...sampailah dia dapat deliver apa yang kita mintak. lepas tu dia dah hafal muka kita...jadi bila kita datang mintak telur 3-suku je...dia dah tahu. kita senang - dia pun senang...walaupun hakikatnya kita 'susah' juga keluar duit nak bayar dia...tapi dia tetap 'senang' terima duit kita.

satu lagi yang tabik dengan restoran mamak ni adalah kekadang tu nampak macam diaorang ni tak pernah tutup. kalau tak percaya pergi le cari petang-petang raya pertama....kedai diorang ni dah bukak. dah beroperasi macam biasa dah. bahkan ada yang bukak dengan penuh ikhlas walaupun di siang hari di bulan puasa. respekla..!! macam diorang tahu je ada 'demand'...sebab tu diorang buat 'supply' kan? atas sebab-sebab ini rasanya mereka ni memang selalunya maju...macam ada satu deretan 2 blok kedai di rawang ni. ada lebih kurang 10 lot kedai untuk satu blok dan di situ je ada 4 restoran mamak saling bersaing...fahim maju, hakim maju, hazim maju dan rahim maju..tapi diorang semua ada pelanggan setia masing-masing. jadi janganle kita ni tak memasal nak buka satu lagi kedai makan yang berkonsepkan makanan mamak juga di deretan fahim maju, hakim maju, hazim maju dan rahim maju tu...bukan apa..cuma takut tak 'maju-maju' pulak restoran kita tu....wallahualam

Tuesday, January 22, 2008

Syauqi telah pergi...

assalamualaikum...

al-fatihah. jam 11.20 malam tadi syauqi telah pergi menemuiNya. beliau akan dikebumikan hari ini di kampung kuala sawah negeri sembilan. sebaik mana tempatnya di dunia ini pastinya lebih baik tempatnya di 'sana'. aku terduduk sebentar bila mendapat berita ni. bercelaru perasaan. syukran jazillah pada Ija yang menghantarnya. juga aku hargai usaha Ija yang initiated menyebar berita mengenai anak Miza ni kepada rakan-rakan kami. pada Miza sekeluarga, bersabar dan tabahkanlah diri segala yang berlaku adalah atas ketentuanNya. pastinya syauqi telah amat beruntung mendapat ibu-bapa dan keluarga yang concern mengenainya sehingga akhir hayatnya. pasti...

masih terlihat-lihat syauqi di mata aku, ketika melawatnya di HKL minggu lepas begitu juga foto semasa dia sihat. walaupun dia tak melihat aku dan rakan yang menziarahinya kerana berehat dan tidur, walaupun dia tidak mengenali sangat kami namun itu bukanlah penyebab untuk tidak berdoa agar rohnya ditempatkan bersama roh para solihin dan muqarrabin. entahle...kekadang 'tersentuh' bila mengenangkannya. Allah maha mengetahui. mungkin kita tidak nampak 'aturan' dan 'hikmahnya' sekarang tetapi insyaAllah akan diperlihatkan juga pada kita suatu hari nanti.

berat mata memandang berat lagi bahu memikul..namun kehidupan perlu diteruskan. pada Miza dan keluarga takziah dari aku dan keluarga. walaupun agak 'singkat' tempoh waktu syauqi bersama kalian...namun aku pasti itulah tempoh waktu paling bermakna buat syauqi. mati adalah ketentuan Allah. walau jasad dan rohnya tidak bersama kita, kenangan dan memori pasti berada sentiasa di ingatan. suburkanlah ingatan itu dengan fatihah dan doa....dan tanpa kita ketahui insyaAllah kalian akan bertemu lagi dengan beliau di 'sana'. tidakkah bagi Allah tiada satu pun yang mustahil??...al-fatihah

SAGA baru, menjentik kalbuuu...

assalamualaikum...

dah tengok SAGA baru? perrgh!...manthop gitu. saya memang sentiasa mengalu-alukan mana-mana model baru Proton yang pakai mould baru...mesti 'mengcipan' gitu. semalam saya ke showroom Proton...mula-mula tu tak nak singgah tapi sebab tak ramai orang masa tu maka singgah le juga. pada saya ini adalah proton kedua yang 'mengkagumkan'. yang pertama ialah WIRA dan sekarang ni yang ni pulak (as to me). SAGA baru ni antara yang 'mengasyikkan' adalah pertama harganya...kira harga rakyatlaah..lingkungan 30k ke 40k rasanya...ramai boleh layan. kedua adalah bentuknya...yang agak sekelas le juga dengan pesaing-pesaingnya. dan yang ketiga adalah teknologinya yang banyak guna teknologi LOTUS.

pada saya Proton dah nak hampir matang (sikit lagi...!) sebab tu lah dia dah mula consider who's actually buying their cars sebelum dia keluarkan model-model baru. dulu mula-mula...masa SAGA pertama keluar, misinya nampak macam nak tulun rakyat dapat memiliki kereta terutama yang bergolongan pendapatan sederhana ke bawah. lepas tu dia mula ada hilang sedikit focus bila terlalu memikirkan profit dan establishment...masa ni rakyat dah tak terlayan. lepas tu dia terikut-ikut nak berfesyen sangat...sebab tu keluarnya Juara, Savvy, Satria GTI, Tiara, Arena dan macam-macam lagi. ada sebilangan rakyat yang sedikit 'fenin' dengan fenomena ini.

alhamdulillah...mereka ada tengok belakang sat sebelum nak ke depan. as for rakyat, kita bukanlah tak nak support all the way...tapi tulunlah kami dulu agar mudah pula kami tulun you all. sikit-sikit letaklah priority pada kami dulu. susukanle kami dulu dari kera di hutan nu. bukan kami nak disusukan dengan susu mahal...tak payah, janji susu cukup. dengan kelahiran SAGA baru ni rasanya Proton akan kembali ke gelanggang. rentak dan bunga silatnya pula kita ramai-ramai pakat tengoklah. takut pekiknya saja yang 'bergempita' tapi rentak dan bunga silatnya terguling mengekel-ngekel silawan sampai senak perut tertawa. apatah lagi bila langkah tarungnya serong terhuyung....wallahualam.

Saturday, January 19, 2008

doa untuk Syauqi

assalamualaikum....

saya dan seorang rakan ke hospital K.Lumpur hari ni. ke wad kanak-kanak (pedaetrik). kami melawat anak rakan lama semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) Arau Perlis. nama rakan kami Hamiza (Puan Hamiza) dan anaknya Mohd Syauqi Putra berusia 6 tahun. kami tiba awal sebelum waktu melawat tapi alhamdulillah rakan yang bersekali datang tadi dapat menghubungi Hamiza dan dengan panduan darinya kami dapatlah masuk awal. Syauqi sedang tidur dengan salur oksigen terlekat untuk membantunya bernafas dengan baik. Hamiza pula sedang menyiapkan ubat yang hendak diberikan pada anaknya. sayu. itulah first impression saya bila terlihatkan Syauqi. bayangkan badan sekecil itu menanggung sakit yang sebegitu hebat! (...ya Allah ringankanlah penderitaannya!). berat mata memandang berat lagi bahu memikul. tertujahlah soalan kepada diri..."besar mana masalah aku masalah orang lain lagi besar". sebagai bapa yang dikurniakan dua orang anak…saya ‘tersentuh’ juga. kita sayangkan anak kita dan begitu juga orang lain sayangkan anak mereka.

Syauqi dah masuk final stage barah yang telah menyerang saraf tunjang dan organ lain. peratusan baik – kosong, itulah kata doktor. apa yang dibuat Hamiza ialah memberikan keselesaan pada anaknya sementara menunggu ’harinya’. Syauqi adalah anak bongsu dari empat beradik dan tahun 2008 ni adalah tahun pertama untuk dia bersekolah dan adakah dia dapat untuk bersekolah?...itu tak dapatlah saya nak jawab. sambil berbual-bual dengan Hamiza saya sempatlah membelek buku log rawatan anaknya dan dapatlah menengok wajah Syauqi semasa sihat. bila terlihat je foto Syauqi ni maka terbayanglah anak sulung lelaki saya. lagi sekali rasa sayu dan ’tersentuh’ kembali menyelubungi diri. 6 tahun dahulu Syauqi datang ’mengetuk’ pintu rumah emak dan ayahnya, untuk bersekali merasai kehidupan bersama...dan 6 tahun selepas itu dia mohon untuk ’kembali’meninggalkan emak dan ayahnya. dia menumpang sebentar selama 6 tahun.

kalau nak difikirkanlah adakah kita nak benarkan dia menumpang untuk selama tu saja? walaupun peratusan untuk baik kosong, tapi itu hanya kata doktor dan bukan kata Allah. doa, ikhtiar dan harapan perlu diteruskan tidak kira apa pun yang berlaku. ya...orang akan kata pada saya...”senang berkata dari membuatnya” betul!! tapi seseorang kena ’berkata’ dan untuk masa sekarang saya yang ’berkata’. doktor adalah doktor...mereka ada justifikasi mereka sendiri tapi mereka bukan tuhan. saya kalau sakit pun jumpa doktor...saya tahu peranan dan kemahiran mereka. tapi kita tak bolehlah nak serah dan percaya bulat-bulat pada doktor. kita berserah hanya padaNya. sedih dan sayu...itu memanglah dah pasti, macam saya cakap tadi saya pun ada anak dah tentu-tentu saya pun turut ’tersentuh’ bila melihatkan Syauqi tu. namun ikhtiar perlu diteruskan. pencarian penyelesaian kepada kekusutan ini perlu terus berjalan sebab ketentuan Allah tiada siapa dapat tentukan.

sebagaimana kiriman doa dan ’energy’ dari saya untuk Syauqi begitulah juga saya harapkan dari rakan-rakan lama yang membaca....kirimkanlah doa agar Syauqi mampu mengharungi ujian ini dan kembali sihat...sebab percayalah bagi Allah tiada yang mustahil....wallahualam.

Sunday, January 13, 2008

eating is an art?....hmmm..

assalamualaikum...

syeeannggrshhhh.....the sound goes more or less a little bit like this. the sound of my wife deep-frying the chicken. 1st you mixed the uncooked chicken with a bit of tumeric powder, salt and let it be for a while (2-3 minutes). then fry it into the hot cooking-oil. it is a normal-everyday recipe...and I believe everyone does know it. the smell whilst its being fried is something that can make your saliva druelling especially when you are feeling hungry! I don't know about you but for me enjoying the smell is far greater than eating it (particularly if the smell no longer exist whilst eating it). so as for me I have to eat it while the smell still there...or what they say...eating it whilst its still hot! it'll surely enhance my appetite.

are we need to 'enjoy' our eating? I think partly yes. some people do have eating problems...they can't eat even for a basic reason (to be alive). they need something that they can enjoy, by then they'll eat. but this group of people I believe can seldomly be seen. the larger eating group that will catch your eyes most are the one that 'eating is so joyful'. for them doesn't matter what type of food being served before them...everything just seem so delicious. they feel hungry most of their times. I too can sometime be concluded into this type of eating group, when I feel really damn hungry...the tendency of being 'choosy' has lessen. you'll eat whatever you can get. its normally happen to me whenever the time gaps between my meals is big.

those days, the food that I really 'enjoy' are whatever that being cooked by my mother...but now it's my wife cooked-food that I enjoy most. yeahh...certain exclusive dish still I need my mother to cook it. but as time goes by...with the technology-transfer being practiced within our family, who knows that dish can also be cook by my wife too. as to those who want their cook-food being 'enjoy to eat' by the people, first of all you just need to 'enjoy' the cooking. believe me...whenever you 'enjoy' your own cooking obviously people will definitely 'enjoy' eating it. it does feels good if you can cook while smiling?!!...wallahualam.

Wednesday, January 09, 2008

menyambut 1429 dengan kesyukuran...

assalamualaikum...

1 muharram 1429 Hijriah insyaAllah akan kita temui hari Khamis ni. tahun baru masihi baru saja kita lalui (atau kepada yang menyambutnya - baru sahaja menyambutnya!), pejam celik kita nak bertemu pula dengan tahun baru hijriah. sebagai nak berkongsi akan ’keceriaan’ bertemu dengan 1429 ni, maka tatapilah cerita pendek yang diekstrak dari buku La Tahzan ini. mungkin kita dapat berkongsi kemenafaatannya bersama-sama...insyaAllah.

dalam buku Al-Wuzara karangan Ash-Shahabi, Al-Muntazhim karangan Ibnul Jauzi, mahupun Al-Faraj Ba’dasy Syiddah karangan At-Tanukhi, terdapat satu cerita yang begini kisahnya. bahawa Menteri Ibnul Furat, selalu ingin mencelakakan Abu Ja’far bin Bashtam dan memerangkapnya. tetapi untuk melaksanakannya ia menghadapi banyak kesulitan. kerana sejak kecil Abu Ja’far telah dibiasakan oleh ibunya untuk menyimpan sepotong roti di bawah bantalnya. pagi harinya, roti itu di berikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

setelah sekian lama rancangan Ibnul Furat itu berjalan, Abu Ja’far menemui Ibnul Furat untuk satu keperluan. kata Ibnul Furat kepadanya: ”apakah engkau mempunyai masalah dengan ibumu berkaitan dengan sepotong roti itu?” Abu Ja’far menjawab: ”tidak!” Ibnul Furat mendesak: ”kau harus jujur kepadaku.” Abu Ja’far pun bercerita tentang ibunya dengan gaya yang mengundang tawa kerana lebih mirip gaya bicara orang wanita. Ibnul Furat menyela: ”jangan kau lakukan itu. malam tadi aku tidur. sebelum tidur aku merencanakan sesuatu yang bila berhasil engkau akan celaka. kemudian aku tidur. aku bermimpi bahawa aku sedang memegang pedang terhunus, dan berlari ke arahmu untuk membunuhmu. namun ibumu yang saat itu sedang memegang sepotong roti mencegahku dengan menjadikan roti sebagai perisai dari libasan pedangku hingga pedangku tidak dapat menyentuhmu. dan aku pun terjaga.”

kemudian Abu Ja’far memakinya atas apa yang terjadi antara keduanya. oleh Abu Ja’far, peristiwa ini dijadikan sebagai pendorong untuk kembali bersahabat, dan dia pun berusaha untuk membuat Ibnul Furat patuh kepadanya. dengan perubahan sikap seperti itu, Ibnul Furat berubah sikap kepadanya, dan keduanya menjadi teman. setelah itu, Ibnul Furat berkata kepada Abu Ja’far: “demi Allah, engkau tidak akan lagi melihat kejahatan dariku.”

lihat saja ‘hijrah’ Ibnul Furat dan juga Abu Ja’far yang dari dua orang yang bermusuh menjadi dua orang yang bersahabat demi kerana satu ‘mimpi’. dan adakah kita juga memerlukan satu mimpi untuk berhijrah?...tepuk bantal tanyalah mimpi dan tepuk tilam tanyalah 'dustmites'….wallahualam.

Thursday, January 03, 2008

lucu + letih = 'fenin'

assalamualaikum...

huahaa...ha..hah..ha.ha, ada citer yg menceria dan menggelihatikan (mungkin pada aku je) hari ni di Star. di samping berita sensasi pasal menteri kesihatan kita yang terlibat dengan perkara yang kurang 'sihat' ada satu cerita yang amat kelakar. tak percaya? cuba bukak StarTwo mukasurat T3 section 'Making resolutions'. cuba baca apa yang bebudak tu punya azam tahun baru...dan baca azam budak pelajar nama Aminuddin Roslan umur 13 tahun. dia kata " I want to start a new life...I just broke up with my girlfriend. next year, I want to be prepared for PMR". adusss...umur 13 tahun dah hampir hilang panduan arah hidup disebabkan terputus dengan teman wanita?...hmmm..in the first place kalau umur baru 13 tahun tak payah le lagi bercintat...muda terkonteng sangat...banyak masa lagi dikk..

kekadang tu memang le lucu sesangat baca citer camni tetapi bila dah lama makin letih pulak bila memikirkan generasi harapan kita ni. tak nak pikir tapi teringat juga. lama-lama terpikir le juga. 13 tahun dah tahu patah hati dek kerana bercinta? alaahaaaii...rapuhnya jatidiri. aku masa umur camtu tengah sibuk main polis sentri lagi tauu...tengah sibuk 'memperkuatkan' gasing untuk di bawa ke medan 'pertempuran'. kalau umur 13 tahun untuk bebudak miskin di negara seperti India dan Indonesia (mungkin juga di tempat lain di negara kita ni) tengah kalut menjalani hidup sebagai buruh hanya untuk sesuap nasi. untuk teruskan kehidupan - bukan sibuk untuk teruskan kehidupan bercinta.

rasanya cam adik Aminuddin ni elokle sekali sekala buka TV3 tengok rancangan Bersamamu tu. bebudak dalam program tu yang sebaya dengan adik tengah bergelut untuk hidup, untuk bersekolah, untuk menolong kedua ibubapanya mencari nafkah, mencari rezeki. untuk 'bercinta' masih terlalu banyak masa untuk itu. bahkan esok lusa bebenda 'melodramatik' camtu akan datang dengan sendirinya....jangan khuatir. tumpukan dulu pada pelajaran, pada pengukuhan jatidiri, pada kecintaan pada agama, bangsa dan negara. itu yang penting. tahan sikit gelodak cintan tu....fokus pada bebenda lain. sebenarnya adik tak payah pun nak start a new life sebab your life tu dah memang tengah masih 'new' pun....wallahualam.

Wednesday, January 02, 2008

mari ramai-ramai kita buat azam....

assalamualaikum.....

bertemu lagi kita dan kali ni bukan lagi di tahun 2007 tapi di 2008. panjang gak umur kita kan?....sampai dapat jumpa 2008. alhamdulillah...syukur. bila masuk tahun baru selalu yang ramai orang buat ialah buat ’azam’ baru...walaupun kekadang azam baru dengan azam lama tu macam serupaa je.. tapi takpe le asal bahagia, asal ceria. nak buat azam 113 kali dalam setahun pun takpe takde sapa-sapa nak marah dan halang, malahan tak menyalahi hukum syariah dan civil pun. Lord Reid yang buat perlembagaan Malaysia tu pun kalau dia masih hidup takkan marah punya....walaupun sedikit heran dengan 113 kali tu. saya kekadang tu pun sehari je buat 3-4 azam lebih-lebih untuk hari cuti, sebab saya taknak hari cuti tu berlalu dengan kita takde buat apa-apa pun terutama yang memberi sedikit faedah kepada samada diri kita atau keluarga. tapi 3-4 perkara tu bukanlah tugas-tugas ’kerja pejabat’ yang tak habis di ofis dibuat di rumah...itu tak main leerr. tak aci brotherrr...!!

jadi ceritanya...buatlah azam dan azam tu pun bukan yang kita perlu hadkan untuk tahun je...bulan, minggu, hari dan jam pun kita boleh buat. mungkin panggilannya berlainan bukan guna perkataan ’azam’ tapi tujuannya sikit lebih kurang sama je. kepada brother yang kata tak pernah buat azam tu jangan tipule...tiap-tiap hari anda semua buat azam tanpa disedari, jadi untuk buat azam tahun baru kaedahnya pun sama cuma ’scale’ nya besarle sikit. atau kalau ada le yang betul-betul tak pernah buat azam maka berazamlah yang anda akan buat azam untuk tahun 2008 ni...

sesama le kita renungkan sejenak perkara-perkara yang terbengkalai dan yang ’tersilap’ buat di tahun-tahun lalu untuk kita perbetul dan perhebatkan pula di tahun baru ni. ini merupakan kaedah betul dan terkini untuk kita buat azam sebenarnya. insyaAllah azam yang canggih akan terhasil untuk tahun baru ni. soal-soal boleh ke tidak tercapainya azam itu kena tanya dirile samada..."betul ke aku ni mempunyai ’azam’ yang kuat untuk merealisasikan azam aku tuh". azam satu hal dan merealisasikan azam pulak satu hal lain. yang selalu jadi ialah kita senang sangat buat azam tapi merealisasikan azam selalu kita tak terbuat. camna tu? tapikan orang cerdik pandai ada kata bila kita buat ’azam’ kita pakai fikiran bawah sedar (sub-conscious mind) kita dan bila kita nak merealisasikannya kita kena pakai fikiran sedar (conscious mind) kita. hmmm...mungkin ada benarnya....wallahualam.