Wednesday, January 09, 2008

menyambut 1429 dengan kesyukuran...

assalamualaikum...

1 muharram 1429 Hijriah insyaAllah akan kita temui hari Khamis ni. tahun baru masihi baru saja kita lalui (atau kepada yang menyambutnya - baru sahaja menyambutnya!), pejam celik kita nak bertemu pula dengan tahun baru hijriah. sebagai nak berkongsi akan ’keceriaan’ bertemu dengan 1429 ni, maka tatapilah cerita pendek yang diekstrak dari buku La Tahzan ini. mungkin kita dapat berkongsi kemenafaatannya bersama-sama...insyaAllah.

dalam buku Al-Wuzara karangan Ash-Shahabi, Al-Muntazhim karangan Ibnul Jauzi, mahupun Al-Faraj Ba’dasy Syiddah karangan At-Tanukhi, terdapat satu cerita yang begini kisahnya. bahawa Menteri Ibnul Furat, selalu ingin mencelakakan Abu Ja’far bin Bashtam dan memerangkapnya. tetapi untuk melaksanakannya ia menghadapi banyak kesulitan. kerana sejak kecil Abu Ja’far telah dibiasakan oleh ibunya untuk menyimpan sepotong roti di bawah bantalnya. pagi harinya, roti itu di berikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

setelah sekian lama rancangan Ibnul Furat itu berjalan, Abu Ja’far menemui Ibnul Furat untuk satu keperluan. kata Ibnul Furat kepadanya: ”apakah engkau mempunyai masalah dengan ibumu berkaitan dengan sepotong roti itu?” Abu Ja’far menjawab: ”tidak!” Ibnul Furat mendesak: ”kau harus jujur kepadaku.” Abu Ja’far pun bercerita tentang ibunya dengan gaya yang mengundang tawa kerana lebih mirip gaya bicara orang wanita. Ibnul Furat menyela: ”jangan kau lakukan itu. malam tadi aku tidur. sebelum tidur aku merencanakan sesuatu yang bila berhasil engkau akan celaka. kemudian aku tidur. aku bermimpi bahawa aku sedang memegang pedang terhunus, dan berlari ke arahmu untuk membunuhmu. namun ibumu yang saat itu sedang memegang sepotong roti mencegahku dengan menjadikan roti sebagai perisai dari libasan pedangku hingga pedangku tidak dapat menyentuhmu. dan aku pun terjaga.”

kemudian Abu Ja’far memakinya atas apa yang terjadi antara keduanya. oleh Abu Ja’far, peristiwa ini dijadikan sebagai pendorong untuk kembali bersahabat, dan dia pun berusaha untuk membuat Ibnul Furat patuh kepadanya. dengan perubahan sikap seperti itu, Ibnul Furat berubah sikap kepadanya, dan keduanya menjadi teman. setelah itu, Ibnul Furat berkata kepada Abu Ja’far: “demi Allah, engkau tidak akan lagi melihat kejahatan dariku.”

lihat saja ‘hijrah’ Ibnul Furat dan juga Abu Ja’far yang dari dua orang yang bermusuh menjadi dua orang yang bersahabat demi kerana satu ‘mimpi’. dan adakah kita juga memerlukan satu mimpi untuk berhijrah?...tepuk bantal tanyalah mimpi dan tepuk tilam tanyalah 'dustmites'….wallahualam.

0 comments: