assalamualaikum...
huahaa...ha..hah..ha.ha, ada citer yg menceria dan menggelihatikan (mungkin pada aku je) hari ni di Star. di samping berita sensasi pasal menteri kesihatan kita yang terlibat dengan perkara yang kurang 'sihat' ada satu cerita yang amat kelakar. tak percaya? cuba bukak StarTwo mukasurat T3 section 'Making resolutions'. cuba baca apa yang bebudak tu punya azam tahun baru...dan baca azam budak pelajar nama Aminuddin Roslan umur 13 tahun. dia kata " I want to start a new life...I just broke up with my girlfriend. next year, I want to be prepared for PMR". adusss...umur 13 tahun dah hampir hilang panduan arah hidup disebabkan terputus dengan teman wanita?...hmmm..in the first place kalau umur baru 13 tahun tak payah le lagi bercintat...muda terkonteng sangat...banyak masa lagi dikk..
kekadang tu memang le lucu sesangat baca citer camni tetapi bila dah lama makin letih pulak bila memikirkan generasi harapan kita ni. tak nak pikir tapi teringat juga. lama-lama terpikir le juga. 13 tahun dah tahu patah hati dek kerana bercinta? alaahaaaii...rapuhnya jatidiri. aku masa umur camtu tengah sibuk main polis sentri lagi tauu...tengah sibuk 'memperkuatkan' gasing untuk di bawa ke medan 'pertempuran'. kalau umur 13 tahun untuk bebudak miskin di negara seperti India dan Indonesia (mungkin juga di tempat lain di negara kita ni) tengah kalut menjalani hidup sebagai buruh hanya untuk sesuap nasi. untuk teruskan kehidupan - bukan sibuk untuk teruskan kehidupan bercinta.
rasanya cam adik Aminuddin ni elokle sekali sekala buka TV3 tengok rancangan Bersamamu tu. bebudak dalam program tu yang sebaya dengan adik tengah bergelut untuk hidup, untuk bersekolah, untuk menolong kedua ibubapanya mencari nafkah, mencari rezeki. untuk 'bercinta' masih terlalu banyak masa untuk itu. bahkan esok lusa bebenda 'melodramatik' camtu akan datang dengan sendirinya....jangan khuatir. tumpukan dulu pada pelajaran, pada pengukuhan jatidiri, pada kecintaan pada agama, bangsa dan negara. itu yang penting. tahan sikit gelodak cintan tu....fokus pada bebenda lain. sebenarnya adik tak payah pun nak start a new life sebab your life tu dah memang tengah masih 'new' pun....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment