Wednesday, January 02, 2008

mari ramai-ramai kita buat azam....

assalamualaikum.....

bertemu lagi kita dan kali ni bukan lagi di tahun 2007 tapi di 2008. panjang gak umur kita kan?....sampai dapat jumpa 2008. alhamdulillah...syukur. bila masuk tahun baru selalu yang ramai orang buat ialah buat ’azam’ baru...walaupun kekadang azam baru dengan azam lama tu macam serupaa je.. tapi takpe le asal bahagia, asal ceria. nak buat azam 113 kali dalam setahun pun takpe takde sapa-sapa nak marah dan halang, malahan tak menyalahi hukum syariah dan civil pun. Lord Reid yang buat perlembagaan Malaysia tu pun kalau dia masih hidup takkan marah punya....walaupun sedikit heran dengan 113 kali tu. saya kekadang tu pun sehari je buat 3-4 azam lebih-lebih untuk hari cuti, sebab saya taknak hari cuti tu berlalu dengan kita takde buat apa-apa pun terutama yang memberi sedikit faedah kepada samada diri kita atau keluarga. tapi 3-4 perkara tu bukanlah tugas-tugas ’kerja pejabat’ yang tak habis di ofis dibuat di rumah...itu tak main leerr. tak aci brotherrr...!!

jadi ceritanya...buatlah azam dan azam tu pun bukan yang kita perlu hadkan untuk tahun je...bulan, minggu, hari dan jam pun kita boleh buat. mungkin panggilannya berlainan bukan guna perkataan ’azam’ tapi tujuannya sikit lebih kurang sama je. kepada brother yang kata tak pernah buat azam tu jangan tipule...tiap-tiap hari anda semua buat azam tanpa disedari, jadi untuk buat azam tahun baru kaedahnya pun sama cuma ’scale’ nya besarle sikit. atau kalau ada le yang betul-betul tak pernah buat azam maka berazamlah yang anda akan buat azam untuk tahun 2008 ni...

sesama le kita renungkan sejenak perkara-perkara yang terbengkalai dan yang ’tersilap’ buat di tahun-tahun lalu untuk kita perbetul dan perhebatkan pula di tahun baru ni. ini merupakan kaedah betul dan terkini untuk kita buat azam sebenarnya. insyaAllah azam yang canggih akan terhasil untuk tahun baru ni. soal-soal boleh ke tidak tercapainya azam itu kena tanya dirile samada..."betul ke aku ni mempunyai ’azam’ yang kuat untuk merealisasikan azam aku tuh". azam satu hal dan merealisasikan azam pulak satu hal lain. yang selalu jadi ialah kita senang sangat buat azam tapi merealisasikan azam selalu kita tak terbuat. camna tu? tapikan orang cerdik pandai ada kata bila kita buat ’azam’ kita pakai fikiran bawah sedar (sub-conscious mind) kita dan bila kita nak merealisasikannya kita kena pakai fikiran sedar (conscious mind) kita. hmmm...mungkin ada benarnya....wallahualam.

1 comments:

karim said...

An insightfull post. Will definitely help.

Thanks,
Karim - Positive thinking