Saturday, January 19, 2008

doa untuk Syauqi

assalamualaikum....

saya dan seorang rakan ke hospital K.Lumpur hari ni. ke wad kanak-kanak (pedaetrik). kami melawat anak rakan lama semasa menuntut di ITM (sekarang UiTM) Arau Perlis. nama rakan kami Hamiza (Puan Hamiza) dan anaknya Mohd Syauqi Putra berusia 6 tahun. kami tiba awal sebelum waktu melawat tapi alhamdulillah rakan yang bersekali datang tadi dapat menghubungi Hamiza dan dengan panduan darinya kami dapatlah masuk awal. Syauqi sedang tidur dengan salur oksigen terlekat untuk membantunya bernafas dengan baik. Hamiza pula sedang menyiapkan ubat yang hendak diberikan pada anaknya. sayu. itulah first impression saya bila terlihatkan Syauqi. bayangkan badan sekecil itu menanggung sakit yang sebegitu hebat! (...ya Allah ringankanlah penderitaannya!). berat mata memandang berat lagi bahu memikul. tertujahlah soalan kepada diri..."besar mana masalah aku masalah orang lain lagi besar". sebagai bapa yang dikurniakan dua orang anak…saya ‘tersentuh’ juga. kita sayangkan anak kita dan begitu juga orang lain sayangkan anak mereka.

Syauqi dah masuk final stage barah yang telah menyerang saraf tunjang dan organ lain. peratusan baik – kosong, itulah kata doktor. apa yang dibuat Hamiza ialah memberikan keselesaan pada anaknya sementara menunggu ’harinya’. Syauqi adalah anak bongsu dari empat beradik dan tahun 2008 ni adalah tahun pertama untuk dia bersekolah dan adakah dia dapat untuk bersekolah?...itu tak dapatlah saya nak jawab. sambil berbual-bual dengan Hamiza saya sempatlah membelek buku log rawatan anaknya dan dapatlah menengok wajah Syauqi semasa sihat. bila terlihat je foto Syauqi ni maka terbayanglah anak sulung lelaki saya. lagi sekali rasa sayu dan ’tersentuh’ kembali menyelubungi diri. 6 tahun dahulu Syauqi datang ’mengetuk’ pintu rumah emak dan ayahnya, untuk bersekali merasai kehidupan bersama...dan 6 tahun selepas itu dia mohon untuk ’kembali’meninggalkan emak dan ayahnya. dia menumpang sebentar selama 6 tahun.

kalau nak difikirkanlah adakah kita nak benarkan dia menumpang untuk selama tu saja? walaupun peratusan untuk baik kosong, tapi itu hanya kata doktor dan bukan kata Allah. doa, ikhtiar dan harapan perlu diteruskan tidak kira apa pun yang berlaku. ya...orang akan kata pada saya...”senang berkata dari membuatnya” betul!! tapi seseorang kena ’berkata’ dan untuk masa sekarang saya yang ’berkata’. doktor adalah doktor...mereka ada justifikasi mereka sendiri tapi mereka bukan tuhan. saya kalau sakit pun jumpa doktor...saya tahu peranan dan kemahiran mereka. tapi kita tak bolehlah nak serah dan percaya bulat-bulat pada doktor. kita berserah hanya padaNya. sedih dan sayu...itu memanglah dah pasti, macam saya cakap tadi saya pun ada anak dah tentu-tentu saya pun turut ’tersentuh’ bila melihatkan Syauqi tu. namun ikhtiar perlu diteruskan. pencarian penyelesaian kepada kekusutan ini perlu terus berjalan sebab ketentuan Allah tiada siapa dapat tentukan.

sebagaimana kiriman doa dan ’energy’ dari saya untuk Syauqi begitulah juga saya harapkan dari rakan-rakan lama yang membaca....kirimkanlah doa agar Syauqi mampu mengharungi ujian ini dan kembali sihat...sebab percayalah bagi Allah tiada yang mustahil....wallahualam.

0 comments: