assalamualaikum...
makin maju cara hidup kita makin 'terperangkap' lak kita dalam keadaan yang membahayakan. dulu masa takde lrt...kita takde berdepan dgn risiko terperangkap dalam tren dalam keadaan berhimpit-himpit dan melemaskan kan? masa takde telefon mudah-alih takde plak kita berisiko 'terbakar' beberapa ribu saraf halus di otak kita kan? (klik sini) masa takde alat penghawa dingin dan yang seumpama dgnya takde le kita berisiko hidup di bawah lapisan ozon yg semakin nipis, masa takde kemudahan perbankan on-line takde plak berisiko nombor akaun kita di 'hijack' oleh orang lain kan? dan senarai ini terus bertambah...
jadi kenapa kita nak berdepan atau sanggup membebankan diri dgn risiko-risiko camni? sebabnya...adalah kerana kita nakkan 'kemajuan' tu kan? takpelah tanggung risiko sikit tapi yang penting kita boleh jadi maju, boleh diri sama tinggi...duduk sama rendah dgn negara-negara maju yang lain. itu yang penting...pertambahan pesakit mental sebab saraf otak 'terbakar' tu kurang penting....atau tak penting langsung! lagipun kalau ada ramai pun pesakit-pesakit camtu kita ada banyak hospital-hospital yang 'maju' dan berteknologi tinggi utk merawat mereka...kan dah kata...memang kita maju.
hmmm...entahle, kita berpatut-patutlah. untuk apa perkara pun. seperti orang lain saya pun nakkan kemajuan tapi kalau ianya sampai ke tahap saya membahayakan orang lain, keluarga atau diri sendiri rasanya perlu kita tarik 'hand-brake' kejap dah pikir-pikirla balik. kemajuan tak sepatutnya dibayar dengan harga 'ancaman' kepada nyawa dan kehidupan itu sendiri.
ini belum dikira kemajuan yang dibayar dengan ancaman kepada agama, sosio-budaya dan adat-resam kita lagi. ini topik kedua. taklah sepenting ancaman kepada 'nyawa'. satu perkara yang mungkin pelik tetapi mungkin juga ada benarnya yang saya tahu sejak suatu masa dulu ialah apa yang sebilangan pakar perubatan katakan iaitu....migrain hanya bermula semasa Thomas Edison berjaya mencipta dan 'mengkomersialkan' lampu, iaitu masa rehat dan tidur manusia telah dirompak oleh cahaya-cahaya lampu itu sendiri....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment