Tuesday, June 30, 2009

bila perginya MJ...

assalamualaikum...

hmmm...susah gak nak cakap, cuma Al-Fatihah didulukan pd beliau. belangsungkawa MJ? bolehla tu. walaupun kekadang tu kurang sgt nak nampak sumbangan 'terusnya' kpd bidang kesenian di negara kita. yg saya nampak, bebudak yg teruja dan meniru 'moondance'nya. yg saya nampak mereka yg teruja sampai tangkap nangis dgn lagunya. saya juga sukakan lagu 'man in the mirrow'nya. suka dlm ertikata bila terdgr je lagu tu takdelah sampai nak terkinja-kinja tak menentu. sekadar dengar dan menghibur diri...itu aje.



bagi sesetengah orang terutama yg peminat 'hardcore' MJ, mungkin byk bebenor pengaruh MJ ni yg berlaku dlm hidupnya. takpe lah, itu pilihan masing-masing...cuma tak terpikirkan pilihan lain ke? minat sekadar minat dahle...pengaruh tu yg mana baik ambil, yg tak baik kita letak kat tepi je. pd diorng ni, MJ tu bukannya tak penting tapi ada lagi bebenda penting yg perlu kita pentingkan dlm hidup kita nih.

bagi saya yg daif ni, kalau setakat nak kata sumbangan kpd bidang seni ni...sikit pun MJ tak terlawan dgn allahyarham P.Ramlee. dgn filemnya ramai kita yg 'terdidik' samada secara langsung ataupun secara tidak langsung. bukan setakat memberikan 'warna' kpd bidang seni ni bahkan mengangkatnya ke persada antarabangsa. jumle kita pikirkan...antara yg penting dan yg lebih penting tu...wallahualam.

Thursday, June 25, 2009

cerita pasal janggut

assalamualaikum...

ini cerita pasal janggut. tak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia. tapi menarik gak utk diperkatakan. selama ni pun kita dok buat endah tak endah je pasal janggut tapi cuba le kita renungkan semoga yg takde janggut mungkin nak berjanggut. yg dah ada tu mungkin nak memperlebatkannya. yg dah memang takde? takpe...takle dikatakan cacat - jgn khuatir. yg wanita? takde janggut pun takpe...lebih nampak menarik camtu, simpan pun tak dpt pahala.

terdapat perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah). mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut. mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208). dalam satu hadith Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi.



ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib. ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah. Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96). pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.

memang susah nak berjanggut lebih-lebih lg tang nak nampakkannya kemas dan sistematik sentiasa. banyak masa nak dikorbankan...jadi nak bagi senang pegi je kedai gunting bior diaorg je yg 'trim' dan perindahkannya. jgnlah sampai 'berkutu' pulak janggut tu dahle....wallahualam.

p/s: sbhgn dr artikel dipetik dr artikel dlm harian metro.

Monday, June 15, 2009

catatan lepas isteri bersalin....

assalamualaikum..

ini cerita lepas isteri bersalin.
sudah hampir 9 hari usia anak kecilku. namanya pun sudah kudaftarkan. pemeriksaan susulan pun dah dilakukan. bermula dari beberapa malam yg lepas aku bertukar 'shift' utk waktu tidor. bila sikecilku tidor aku suruh isteri tidor sama. sbb itu sajalah waktu rehatnya. aku? berjaga...

lagi cerita lepas isteri bersalin.
bila 'terjaga' je sikecilku...aku cuba nak 'tackle' dia. nak suruh dia diam atau dia tidor balik tapi selalunya tak menjadi sbb yg sikecilku nak takde pada ku. eh'heemm...pikir sendirile apa bendanya tuh. aku? terkebil-kebil memerhati atau terpejam lena..

satu lagi cerita lepas isteri bersalin.
siang aku akan jadi 'supir' dan bibik. melayan anakku yg lain, mengambil org memandikan anakku dan memasakkan makanan isteriku. mujur kak pengurut boleh datang sendiri. bila ada je kesempatan dapatlah aku 'bermanja' dgn sikecilku...mengadu nasib!. tapi dia tak paham...hanya terkebil-kebil dgn lidah terjelir-jelir memandangku. aku?...tetap gumbire..

lagi-lagi cerita lepas isteri bersalin.
maaf...inilah dunia ku, paling tidak utk seminggu dua lagi. jadi inilah saja 'modal terbaik' ku sekarang utk catatan blog marhaen ni. yg kutunggu sekarang ialah terpisahnya tali pusat sikecilku tu. jadi org yg memandikan tu mungkin tak payah lagi ku jemput. kurangle tugas 'supir' ku sikit. isteriku mmg nampak penatnya...aku? walau sibuk semacam + kurang tidor namun belum nampak kurusnya...

wallahualam.

Tuesday, June 09, 2009

zahra adrini

assalamualaikum...

9.09 pagi, 13 Jamadilakhir 1430 bersamaan dgn 7 Jun 2009...maka berdebuk-debuklah jatuhnya rasa cemas yg amat sangat, bebanan dan tekanan di bahu, berhentinya degupan kencang di jantung, tiada lagi rasa mcm nak pitam, lutut yg lembik pun kembali kuat..segala-galanya hilang sekali harung, serentak dgn tangisan puteriku yg kedua - anakku yg ketiga. tangisannya yg bergema di seluruh pelusuk 'labour room' itu hanya kusambut dgn ucapan 'alhamdulillah' sambil menggenggam erat tangan isteri yg masih belum reda 100% tahap traumanya. alhamdulillah...berulang-ulang kusebut sbg syukurku padaNya sebab segalanya dipermudahkan.

hampir lagi anakku yg ketiga ini lahir di hospital 'kereta' tapi Allah perkenankan doaku dan dia lahir di hospital, di tangan doktor. kedua anakku sebelum ini yg sulung walau di hospital tapi tak sempat disambut doktor, yg kedua aku dan isteri menyambutnya di dalam keretaku dulu dan yg ketiga ini...alhamdulillah di tangan doktor.



bermulalah era baru, kalau dulu berempat sekarang dah berlima. cabaran baru dgn keceriaan yg semakin bertambah-tambah. amanah yg semakin berganda dan rezeki yg insyaallah turut bertambah. setiap anak ada 'magical'nya yg tertentu. 9 bulan telah berlalu dan insyaAllah jika umurku panjang...9 saat atau 9 bulan atau 9 tahun yg ke depan sedang menunggu. setiap saat ku pohon padaNya agar segalanya dipermudahkan...wallahualam.

Wednesday, June 03, 2009

finding 'peace'...

assalamualaikum..

it's final. the world most peaceful nation is New Zealand. why so? I believe because of so many things and one of it was the low crime rate. as Muslim it definitely caught me by surprise, they're not practicing Islamic law..in fact the Muslim there were so tiny in numbers. I'm saying this not in the intention to downgrade Islamic law. for me 'Islamic law' is undeniably the BEST law for mankind. but its the man whose wrong-upholding it.



honestly, we should learn from them. they really make full-used of what they have. apparently, they believe in it and the've have faith in it. they seriously make it work for them. so now, there's the result. we shouldn't copy theirs, just how they work. that's it...we should fully utilized the one that we actually have. I believe and I've faith that what we have is far more greater, more beautiful and far more effective than theirs. the shitty part is we seem to forget this. we seem 'intentionally' try to ignore and try to forget this. may Allah have mercy on us!!










we'd read the success story of kalifah Umar Abdel Aziz's era and the eras beyond that. the era whereby they fully understand and fully-used the Islamic law. we know the Arabs were concluded with so many races (or 'puak') but still the caliph has succeed in uniting them and brought them into prosperity. again! hasn't we learn something? the history has told us...so let's believe and have faith. wallahualam.