assalamualaikum...
ini cerita pasal janggut. tak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg dah meninggal dunia. tapi menarik gak utk diperkatakan. selama ni pun kita dok buat endah tak endah je pasal janggut tapi cuba le kita renungkan semoga yg takde janggut mungkin nak berjanggut. yg dah ada tu mungkin nak memperlebatkannya. yg dah memang takde? takpe...takle dikatakan cacat - jgn khuatir. yg wanita? takde janggut pun takpe...lebih nampak menarik camtu, simpan pun tak dpt pahala.
terdapat perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah). mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut. mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208). dalam satu hadith Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi.
ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib. ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah. Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96). pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.
memang susah nak berjanggut lebih-lebih lg tang nak nampakkannya kemas dan sistematik sentiasa. banyak masa nak dikorbankan...jadi nak bagi senang pegi je kedai gunting bior diaorg je yg 'trim' dan perindahkannya. jgnlah sampai 'berkutu' pulak janggut tu dahle....wallahualam.
p/s: sbhgn dr artikel dipetik dr artikel dlm harian metro.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
7 comments:
Waaa..... banyak juga kisah janggut ni, ekk. Tapi Tie lebih selesa dengan orang yang tiada janggut.. rasa seram laa... kot2 keluar spider dari celah2 janggut tu, hi hi...
Sebenarnya dalam masalah ini melibatkan banyak perkara. Menyimpan janggut bukan bererti harus kusut masai. Itu namanya mereka yang tak pandai jaga kebersihan. Kalau janggut sudah tak mampu diperkemas mcmmana nak handle perkara lain yg lebih besarkan.
Dan hati-hati juga dalam hal ini. Bimbang tersasar kata kerana ia melibatkan sunnah.
Bagi saya, lelaki tak berjanggut kelihatan agak 'jambu'. Tentera yang tak berjanggut nampak lembik mcm tentera US dll.
Sesiapa yang simpan janggut, kena rajin menjaga supaya janggut bersih dan nampak kemas... Saya lebih suka lelaki yang tak berjanggut..
saya tidak pernah menyimpan janggut dan misai. Rasa agak kekok pula agaknya bila nak mula berjanggut ni :)
yg penting bersih.. betul x?
kayteeze..
hehehe...inilah pertama kali saya dgr spider kuar dr janggut.
syeikh farid..
benar tu, bila citer psl janggut & dikaitkan dgn sunnah maka tak perlulah lg nak persoalkan 'kebaikkannya'...cuma ikut dgn tak ikut saja..
rantong..
semuanya bermula dgn 'niat'.
doc sam..
mungkin boleh cuba dgn tanam 'tunggul' dulu cam george michael gitu...pelan2 gitu.
basuhbaju..
benar tu apapun yg penting bersih, kemas dan rapi.
tirana...
mmg ramai gak wanita yg tak suka lelaki berjanggut..pilihan masing2le tu. yg berjanggut mmg kena 'jaga' janggut tu...saya janggut jarang2...jd senang nak jaga...heheh..
Post a Comment