Monday, June 15, 2009

catatan lepas isteri bersalin....

assalamualaikum..

ini cerita lepas isteri bersalin.
sudah hampir 9 hari usia anak kecilku. namanya pun sudah kudaftarkan. pemeriksaan susulan pun dah dilakukan. bermula dari beberapa malam yg lepas aku bertukar 'shift' utk waktu tidor. bila sikecilku tidor aku suruh isteri tidor sama. sbb itu sajalah waktu rehatnya. aku? berjaga...

lagi cerita lepas isteri bersalin.
bila 'terjaga' je sikecilku...aku cuba nak 'tackle' dia. nak suruh dia diam atau dia tidor balik tapi selalunya tak menjadi sbb yg sikecilku nak takde pada ku. eh'heemm...pikir sendirile apa bendanya tuh. aku? terkebil-kebil memerhati atau terpejam lena..

satu lagi cerita lepas isteri bersalin.
siang aku akan jadi 'supir' dan bibik. melayan anakku yg lain, mengambil org memandikan anakku dan memasakkan makanan isteriku. mujur kak pengurut boleh datang sendiri. bila ada je kesempatan dapatlah aku 'bermanja' dgn sikecilku...mengadu nasib!. tapi dia tak paham...hanya terkebil-kebil dgn lidah terjelir-jelir memandangku. aku?...tetap gumbire..

lagi-lagi cerita lepas isteri bersalin.
maaf...inilah dunia ku, paling tidak utk seminggu dua lagi. jadi inilah saja 'modal terbaik' ku sekarang utk catatan blog marhaen ni. yg kutunggu sekarang ialah terpisahnya tali pusat sikecilku tu. jadi org yg memandikan tu mungkin tak payah lagi ku jemput. kurangle tugas 'supir' ku sikit. isteriku mmg nampak penatnya...aku? walau sibuk semacam + kurang tidor namun belum nampak kurusnya...

wallahualam.

16 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah........ bertuah isteri tu, punya suami yang perihatin.

Teringat masa Tie bersalin anak bongsu, suami pun nampak teruja... siap buat ikan haruan panggang.. masakkan nasi, hmm... sedap pulak! Rasa bahagia bila suami tolong, rasa diri amat disayangi... :)

Yunus Badawi said...

Suami mithali lah ko ni!!
Dah lebih seminggu belum tanggal pusat lagi? Sehari dua ni tanggal lah tu.

Kalau nak mengelat, bab bagi susu baby lah yg senang nak jadikan alasan kalau baby cuma minum susu ibunya ngeh 3x

Iliana said...

SELAMAT HARI BAPA..

bain said...

masa 2-3 minggu pertama kita akan bnyk luangkan masa dengan si baby, bila kita dah memulakan aktiviti harian seperti biasa akan terbau2 bau baby....adussss...tak tahan nak tinggalkan baby rasa nak cium dia 24jam, rasa tenang je hati....

InsyaAllah akan ku kecapi nikmat tu pada pertengahan bulan Dec ni.

pB said...

Salam

Tahniah ..

Berbahagia lah isteri yang mendapat jodoh yang baik dan prihatin seperti anda

Farid Rashidi said...

Salam,

Mabruk dan tahniah atas kelahiran cahaya mata..semoga ianya menjadi penyeri rumah tangga encik sekluarga ya..moga dia menjadi anak yang solehah nanti :)

Tirana said...

Pengalaman manis menjaga baby..Penat tapi menyeronokkan..

KTS said...

masa ni la suami kena tunjuk keprihatinannya sbg suami dan bapa..


ehem ehem.. apa yg kamu tiada ya??

hikkssss

Pyanhabib said...

tahniah!
selamat hari bapa.
(salam kat isteri)

Unknown said...

waaaaa.. mithali sungguh yekk??

tahniah2 dpt bb baru... apa yg takdek arrr?? keh3.. :P

Basuh Baju said...

selamat hari bapa!

anda memang bapa yg cool!

MAZEMIE MAZ said...

selamat hari bapa...

Anonymous said...

Selamat menyambut hari bapa...!!

Semoga bahagia bersama keluarga tersayang...

Sifu Mirza said...

tahniah lah..

dapat tahu pun dari ayahanda awak di ulu yam..

syahidah said...

salam,

tahniah dan selamat hari bapa.

nahmy said...

kayteeze..
t.kasih...tuah? tak tahula tp perihatin? hanya jlnkan amanah & tanggunjwb je.

pak YB..
mithali? belum lg tp tgh nak cuba-cuba le ni.

iliana..
t.kasih & kpd bapa2 yg lain gak

arbain..
mula2 rindu pd bau baby...dah lama sikit rindu pd bau mama baby plak...hehehe.

pB..
t.kasih & baik sikit2 je saya nih.

syeikh Farid..
syukran...& mmg anak yg solehahlah yg menjadi harapan.

tirana..
semasa melaluinya mmg penat, bila dah lps baru terasa seronoknya.

cik kutaksemp..
nak tunjuk2 takde la...mmg dah tanggungajawab. yg takde tu ialah??..susu cap...

pak pyan..
dah sampaikan salam tu. selamat hari bapa juga pada pak pyan..

cik conf..
belum mithali lg...tgh mmg cuba nak jd camtu je. yg takde tu ialaahh??...susu cap...

basuhbaju..
ni pun tgh basuh baju sendiri nih..sampai sejuukkk (cool) tgn halus-mulusku ini.

maze..
sesamala kita.

kayteeze..
t.kasih & semoga bahgia itu berkekalan..

fu..
syukran..gitule fu, bukan awak je sahabat2 lain & ada sedara yg masih tak tersempat dihubungi.

syahudah..
t.kasih & t.kasih.