Wednesday, November 18, 2009

larrr...camtu rupanya

assalamualaikum...

di pagi selasa yg indah,


sipolan
sending sms - "wah! bro...gambor ko kuar metro hari ni la"

seketika kemudian..

sipolan
"halo, wa'alaikumsalam...iyee, aku baru baca kat metro, sambil tgh
breakfast ni ha"

bro farid
"aku tgh kena curfew..kat K.K. hensem ke gambor aku tuh?"

sipolan
"hensemle jugak...gambor ramai-ramai dgn crew Raja Lawak. ko tgh
berdiri kat belakang dok sandang haversack ko tu. erh?? ko kena
curfew? apahal plak? ko ada menjalankan kegiatan subversif ke kat K.K?"

bro farid
"takdela...aku tak dpt balik K.L, sbb tak boleh naik flight"

sipolan
"tak boleh naik flight?? apsal plak...ko bukan mengandung 7-8 bulan pun...yg aku tau jantina ko pun lelaki kan?...kan?"

bro farid
"kah..kah...kah, aku pun rasa yg aku ni berjantina lelaki. tapi ni sbb lainlah. sebab sakit mata".

sipolan
"ooo'aa laa...sakit mata rupanya. mana plak ko dpt sakit mata ni? abis member sekerja yg lain ko dapat plak balik K.L?"

bro farid
"itula...aku sorang je kena tahan ni.yg lain dpt balik. aku dpt dr anak aku kat rumah. masa dtg sini tak berapa teruk pastu masa nak balik aku pakailah spek panca sitara. tapi masa check-in nak masuk lorong ke flight tu tetiba ada steward suruh tanggalkan. ada ke dia kata - encik kat dlm flight takde silau-silau...tak ada cahaya pun..tak payahlah pakai spek tu. aku pun dgn rasa besar kemaluan tanggalkan je le spek tu. terus le diaorng tahan tak bagi naik flight...pastu suruh aku check doktor dan lepak 3-4 hari makan ubat. bila dah rasa baik pergi check doktor balik utk sahkan boleh naik flight".

sipolan
"yeela..diorng bukan risau kat ko tapi takut penumpang lain kena jangkit sama. abis...ko stay kat K.K tu company flight bayorkan ke?"

bro farid
"company aku kerjale bayorkan...sian diorang. tapi nak buat camna aku memang pekerja kesayangan...kenale diorang bayorkan".

sipolan
"camtu takpele...ko relax le kat K.K tu jap...tapi sian le kat anak-anak ko. dahle sakit mata papa jauh plak".

bro farid
"camtu le citer sadis aku nih. tapi aku nak call org umah aku suruh beli metro pastu framekan gambor hensem giler aku tu...bukan senang nak masuk paper brooo...".

sipolan
"hah...yg tu aku setuju...pastu nanti aku tulun2 le klu ada masa hebahkan pada bos-bos lama dan dgn member...supaya naik lagi saham ko tu."

bro farid
"ok bro...nanti sampai K.L kita sambung".

sipolan
"okla..klu dah satu keluarga sakit mata...mungkin ada anak-anak ko yg besar nanti jadi mata-mata. ok bro..."


p/s: citer ini adalah satu citer benar. yg melibatkan sipolan dgn bro farid shj (tidak berkait dgn yg lain samada yg masih hidup atau yg telah tiada) tapi sedikit 'special effect' telah ditambah utk memperisakan lagi alunan citernya...wallahualam.

1 comments:

maiyah said...

sakit mata takpe jgn sakit hati :)