Monday, March 29, 2010

jalan-jalan bawa pak mertua

assalamualaikum...

sempena dgn cuti hujung minggu semalam dan dgn saya yg tengah ada 'free' sikit maka dapatlah kami sekeluarga bawa pak mertua (bapa isteri) pi jalan-jalan. walaupun dia pun dah kurang sikit gagahnya utk berjalan-jalan tapi sebab cucu ada yg memimpin maka di'okay'kan jee..





anak sulung dgn 'grandpa'-nya




kami bawa atuk bebudak ni pi makan steamboat (kapal bertenaga wap??!). anak sulung pun mmg suka bebenor makan bebenda stimbot (adakah ini ejaan yg betul??...wallahualam)ni. di pulun sakan apa yg datang ke meja kami tu. isteri dan bapanya (iaitu pak mertua saya)pun ikut pulun gak. anak yg nombor dua tu...slow sikit bila bab makan. puteri bongsu pulak pulun sakan bab aktifnya. seperti biasa saya dan isteri bila tiba bab makan camni mmg kena bergilirle...sorang pegang dulu yg bongsu ni, dan sorang makan dulu...pastu pass the 'baton' plak.




anak nombor dua dgn mamanya






lepas makan masa dok bergelewang tu ternampaklah pulak geng-geng 'osim' tgh buat promosi....maka apa lagi anak-beranaklah kami termasuk pak mertua sekali mencuba mesin-mesin urut yg diorang dok promosi tu. pak mertua yg kaki tak gagah pun jd gagah lepas hampir 40 minit diurut mesin pengurut kaki tu. saya yg pekne hampir setengah jam... terus rasa cam nak lari 100 meter plak. kaki jadi ringan. kira ok gak mesin tu....cuma kalu nak beli...belum le nak mampu lagi buat masa ni. al-maklumlah beribu reganya beb...! nanti-nantilah kot...





puteri bongsu dgn abahnya





lepas bergelewang, kami keluar dari kompleks tu dan terus pi cari 'tongkat' baru utk pak mertua. bukan apa bila ada tongkat maka senanglah sikit proses berjalannya itu. pastu...cari 'goreng pisang' utk makan petang dan terus balik rumah pak mertua. gitule...program 'kemasyarakatan & ukhuwah silaturrahim' yg sempat kami anak-beranak lakukan di hujung minggu ini. semoga akan ada lagi Allah berikan kesempatan dan kemudahan utk kami melakukannya lagi di masa-masa akan datang....wallahualam.

Thursday, March 18, 2010

hati atau otak...yg mana satu pilihan 'hati'??

assalamualaikum...

semua org tahu. hati lebih utk 'perasaan' manakala otak lebih kepada 'akal'. tapi kekadang terpikir plak saya (mesti guna otak nih!)...kenapa adakalanya yang terjadi adalah yg terbalik di mana, otak di guna utk perasaan dan hati di guna utk berfikir. dan seperkara lagi, yg mana lebih 'superior'...otak ke hati? akal ke emosi?



sering juga terjadi di mana, memang kita nak guna akal utk berfikir...tapi sebab menebalnya kecelaruan emosi pada masa itu...maka akal pun jadi lemah dan hati pula yg menguasai. dan bila hati yg menguasai...adakah kita hilang keseimbangan? khayal dan hanyut di buai emosi? kalau emosi membawa kita kpd kebaikkan maka baik le jadinya, tapi bagaimana kalau emosi masa itu nak bawa kita kepada perkara yg tak elok?



saya sendiri pun tak tahu nak kata yg mana lebih elok...mengikut hati atau mengikut akal. tapi satu benda yg saya tahu, akal susah utk di pengaruhi nafsu...tapi hati mudah untuk nafsu mempengaruhinya. jadi yg mana memerlukan perhatian dan didikan kita? hati ke akal? nabi juga ada bersabda, "jika baik hati seseorang itu, maka baiklah keseluruhan orang itu". jadi...yg mana perlu di baikkan dahulu?...tepuk dada tanyalah...otak?...erhhrk...hati?....wallahualam

Monday, March 15, 2010

2 hooreyy!! utk Malaysia

assalamualaikum...

dua berita kejayaan utk M'sia di bidang sukan baru saja tercipta. satu - juga adalah kejayaan peribadi si pemenangnya. satu lagi - kejayaan yg belum 'betul-betul berjaya' utk si syarikatnya. tp dua-dua adale kaitannya dgn Malaysia. setelah 7 tahun memburu akhirnya dptlah Dato Chong Wei menggenggam piala All-England. syabas! tapi dalam apa jua perkara...pulun utk mendptkannya sedikit 'senang' jika dibanding dgn 'mempertahankannya'...jadi paham-paham je le Dato yehh!.







Lotus F1 Malaysia pulak, setelah hampir setahun pulun...dgn jumlah pelaburan yg bukan 'kecil anak' akhirnya di perlumbaan pertama di litar Bahrain berjaya juga 2 biji kereta Lotus F1 tu menghabiskan perlumbaannya. satu di tempat ke 15 dan satu lagi ke 17. utk team & kereta yg baru masuk F1 ni...dpt habiskan perlumbaan pun dah kira ok dah tu...jadi syabas gak le!







Dato Tony Fernandez, penghulu team Lotus F1 Malaysia kata dia teringin nengok bendera Malaysia di naikkan diiringi dgn alunan Negaraku bila team dia tu menang mana-mana sirkit F1. saya pun teringin gak! cuma yg tak teringin bila di samping bendera & Negaraku tu...tetiba ada acara memancutkan 'champaigne' oleh pemandu-pemandunya kelak. kalau dah itu pun ada sama...maka 'haru-birulah' Malaysia jadinya. kalau di ganti acara tu dgn acara makan nasi minyak beramai-ramai pun lagi baguih gitu....wallahualam

Saturday, March 06, 2010

nantikan kemunculannya...

assalamualaikum...

lagi citer pasal cinta. setelah asyik-masyuk kita dgn citer 'ayat-ayat cinta' sekarang kita di hidangkan pula dgn citer bersiri 'tasbih cinta'. ayat-ayat cinta pun ada lagu yg sama title dgn ayat-ayat cinta tu dan meletup-meletup kat radio. saya mmg tak berkesempatan menonton filem tu. teringan gak nak tengok...yeela...nak juga tau ayat-ayat cinta yg power yg boleh dijadikan 'modal' tapi tak berkesempatan. cuma yg dpt dengor lagunya sahaja.

citer yg 'tasbih cinta' tu pun saya tak dpt nak mengikutinya. dengor kata pun 'best' juga. tak tahulah. tengoklah..kalau esok-esok dpt tengok. cuma apa yg saya terdetik...camana producer tu boleh dpt title drama dgn nama 'tasbih cinta'? tapi bila kita mendengar je title drama tu tentu kita ada juga keinginan syahdu yg merasuk kalbu utk kita cuba-cuba menontonnya. jadi respeklah kat produser yg namakan tajuk dramanya dengan 'tasbih cinta'.

saya rasa lepas ni tentu akan ada nama-nama filem atau drama yg menggunakan nama komersial syahdu yg lain yang akan dipersembahkan ke persada seni. nama-nama seperti 'sejadah cinta', 'telekong cinta', 'jubah cinta', 'kain pelikat cinta' dan sebagainya. kita nantikan saja kemunculannya. cuma ada satu yg saya dah cop, sbb kalau ada rezeki saya pun nak kuarkan drama atau buat buku dgn title ni iaitu....'kopiah cinta'. jadi tulun jgn ganggu akan title ni yee...wallahualam.


Tuesday, March 02, 2010

cinta....di manakah dikau?

assalamualaikum...

semakin lama berkahwin, semakin mendalam cinta. atau semakin lama berkahwin semakin dah 'take for granted' akan cinta. pernyataan pertama mmg semua kita nak jadi atau nakkan ianya berlaku pd kita, tapi di mana usaha dan inisiatif kita? yg pipih tak dtg melayang, yg bulat takkan bergolek. contoh & teladan yg baik byk kita boleh ikuti. nasihat dan teguran juga byk boleh diberikan pada kita...jadi takde alasan sebenarnya klu pernyataan yg pertama tu tak boleh terjadi pada kita.









tapi herannya, pernyataan kedua yg selalu terjadi. betul juga dgn kata-kata orang, belum dpt - lembut gusi dari gigi, bila dah saling dapat laarr...buat tak heran plak dah. atau cam org putih kata - achieving goal is easy but to maintain being always at the peak is another. rasanya..its applies bukan pada cinta-mencintai sahaja tapi hampir semua perkara.

joom...le..sesama kita suburkan cinta. kita paksa diri...if we've to. mula-mula paksa lepas tu mungkin aktiviti mensuburkan cinta akan berjalan dgn sendirinya. adakah cinta akan lebih subur bila ianya berlaku secara timbal-balik? eehh...itu sudah tentu. hatta kalu kita cintakan binatang peliharaan kita...tentunya kita dpt rasakan 'cinta' mereka pd kita. tetapi, pastikan dulu kita mencintai Allah dan Rasul terlebih dahulu kerana mencintai Allah & Rasul akan memudahkan kita mencintai yg lain - insyaAllah. dan yg paling bestnya...Allah & Rasul sentiasa mencintai kita walau kita masih kurang atau masih 'tercari-cari' cara utk mencintai Allah & Rasul itu....wallahualam.