Monday, March 15, 2010

2 hooreyy!! utk Malaysia

assalamualaikum...

dua berita kejayaan utk M'sia di bidang sukan baru saja tercipta. satu - juga adalah kejayaan peribadi si pemenangnya. satu lagi - kejayaan yg belum 'betul-betul berjaya' utk si syarikatnya. tp dua-dua adale kaitannya dgn Malaysia. setelah 7 tahun memburu akhirnya dptlah Dato Chong Wei menggenggam piala All-England. syabas! tapi dalam apa jua perkara...pulun utk mendptkannya sedikit 'senang' jika dibanding dgn 'mempertahankannya'...jadi paham-paham je le Dato yehh!.







Lotus F1 Malaysia pulak, setelah hampir setahun pulun...dgn jumlah pelaburan yg bukan 'kecil anak' akhirnya di perlumbaan pertama di litar Bahrain berjaya juga 2 biji kereta Lotus F1 tu menghabiskan perlumbaannya. satu di tempat ke 15 dan satu lagi ke 17. utk team & kereta yg baru masuk F1 ni...dpt habiskan perlumbaan pun dah kira ok dah tu...jadi syabas gak le!







Dato Tony Fernandez, penghulu team Lotus F1 Malaysia kata dia teringin nengok bendera Malaysia di naikkan diiringi dgn alunan Negaraku bila team dia tu menang mana-mana sirkit F1. saya pun teringin gak! cuma yg tak teringin bila di samping bendera & Negaraku tu...tetiba ada acara memancutkan 'champaigne' oleh pemandu-pemandunya kelak. kalau dah itu pun ada sama...maka 'haru-birulah' Malaysia jadinya. kalau di ganti acara tu dgn acara makan nasi minyak beramai-ramai pun lagi baguih gitu....wallahualam

3 comments:

maiyah said...

bangga2 jugak nih

MAZEMIE MAZ said...

salam,
tahniah dato chong wei

nahmy said...

maiyah...
ok le tu...sikit@ dah le, yg masyuk bukannye kita pun

bro maz..
w'salam, ye...tahniah2