Saturday, March 06, 2010

nantikan kemunculannya...

assalamualaikum...

lagi citer pasal cinta. setelah asyik-masyuk kita dgn citer 'ayat-ayat cinta' sekarang kita di hidangkan pula dgn citer bersiri 'tasbih cinta'. ayat-ayat cinta pun ada lagu yg sama title dgn ayat-ayat cinta tu dan meletup-meletup kat radio. saya mmg tak berkesempatan menonton filem tu. teringan gak nak tengok...yeela...nak juga tau ayat-ayat cinta yg power yg boleh dijadikan 'modal' tapi tak berkesempatan. cuma yg dpt dengor lagunya sahaja.

citer yg 'tasbih cinta' tu pun saya tak dpt nak mengikutinya. dengor kata pun 'best' juga. tak tahulah. tengoklah..kalau esok-esok dpt tengok. cuma apa yg saya terdetik...camana producer tu boleh dpt title drama dgn nama 'tasbih cinta'? tapi bila kita mendengar je title drama tu tentu kita ada juga keinginan syahdu yg merasuk kalbu utk kita cuba-cuba menontonnya. jadi respeklah kat produser yg namakan tajuk dramanya dengan 'tasbih cinta'.

saya rasa lepas ni tentu akan ada nama-nama filem atau drama yg menggunakan nama komersial syahdu yg lain yang akan dipersembahkan ke persada seni. nama-nama seperti 'sejadah cinta', 'telekong cinta', 'jubah cinta', 'kain pelikat cinta' dan sebagainya. kita nantikan saja kemunculannya. cuma ada satu yg saya dah cop, sbb kalau ada rezeki saya pun nak kuarkan drama atau buat buku dgn title ni iaitu....'kopiah cinta'. jadi tulun jgn ganggu akan title ni yee...wallahualam.


8 comments:

Yunus Badawi said...

Wah tangkap syahdu nampak.
Skrg dah ada "Cinta Tikar Sejadah" di Astro.
Awak bolehlah book Kopiah Cinta tu. Ingin jugak saya nak tengok bila dah keluar kat tv nanti.

psst - awak nak kumpul ayat cinta yg power ini nak tujukan kat siapa? ahaks

arryani said...

Jangan kacau tajuk saya plak ta,'"CINTA SI KAPET NEPAL..."

Mcm complicated tak tajuk tu?? Ada commercial value tak??hehe

Abd Razak said...

Pasti nanti kopiah out of stock :)

maiyah said...

sokong3

DrSam said...

saya baca tajuk-tajuk drama spt yang dinyatakan tu pun memang dah shahdu...tu belum tengok ceritanya lagi. syahdu mahdu!

Tie said...

Teringat lagu puisi cinta.... masa tengah sibuk-sibuk nak bersiap untuk akad nikah dulu, hehe...

zue said...

x suka nengok citer cinta2 dari indo ni sbb klu org nyer jahat dia akan kenakan org baik mengila-gila..tapi lagunya aku suka.

nahmy said...

YB..
biasele YB...syahdu & sedan sekali sekala baguih gak..kan?

arryani...
citer tu masuk dlm kategori syahdu gak ke? mesti ada adegan nyanyi pki 20-30 psg baju kat pergunungan nepal tu

bro razak..
itu yg penjual kopiah tu suka sgt tu..

maiyah..
yea..yea...yea!

drsam..
syahdu mahdu ke...syahdu 'madu'...yg mana satu doc??

tie..
puisi cinta?...wah!! ni mesti lagu aniversary nih....kan?

zue..
sama le tuh...tapi nanti citer kopiah cinta tu ala james bond tauu...