assalamualaikum...
sempena dgn cuti hujung minggu semalam dan dgn saya yg tengah ada 'free' sikit maka dapatlah kami sekeluarga bawa pak mertua (bapa isteri) pi jalan-jalan. walaupun dia pun dah kurang sikit gagahnya utk berjalan-jalan tapi sebab cucu ada yg memimpin maka di'okay'kan jee..
anak sulung dgn 'grandpa'-nya
kami bawa atuk bebudak ni pi makan steamboat (kapal bertenaga wap??!). anak sulung pun mmg suka bebenor makan bebenda stimbot (adakah ini ejaan yg betul??...wallahualam)ni. di pulun sakan apa yg datang ke meja kami tu. isteri dan bapanya (iaitu pak mertua saya)pun ikut pulun gak. anak yg nombor dua tu...slow sikit bila bab makan. puteri bongsu pulak pulun sakan bab aktifnya. seperti biasa saya dan isteri bila tiba bab makan camni mmg kena bergilirle...sorang pegang dulu yg bongsu ni, dan sorang makan dulu...pastu pass the 'baton' plak.
anak nombor dua dgn mamanya
lepas makan masa dok bergelewang tu ternampaklah pulak geng-geng 'osim' tgh buat promosi....maka apa lagi anak-beranaklah kami termasuk pak mertua sekali mencuba mesin-mesin urut yg diorang dok promosi tu. pak mertua yg kaki tak gagah pun jd gagah lepas hampir 40 minit diurut mesin pengurut kaki tu. saya yg pekne hampir setengah jam... terus rasa cam nak lari 100 meter plak. kaki jadi ringan. kira ok gak mesin tu....cuma kalu nak beli...belum le nak mampu lagi buat masa ni. al-maklumlah beribu reganya beb...! nanti-nantilah kot...
puteri bongsu dgn abahnya
lepas bergelewang, kami keluar dari kompleks tu dan terus pi cari 'tongkat' baru utk pak mertua. bukan apa bila ada tongkat maka senanglah sikit proses berjalannya itu. pastu...cari 'goreng pisang' utk makan petang dan terus balik rumah pak mertua. gitule...program 'kemasyarakatan & ukhuwah silaturrahim' yg sempat kami anak-beranak lakukan di hujung minggu ini. semoga akan ada lagi Allah berikan kesempatan dan kemudahan utk kami melakukannya lagi di masa-masa akan datang....wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
10 comments:
Salam...
Bestnya santai..
Hujung minggu sibuk rasa tak bernafas
meriah le tu
Keluarga bahagia, dan calon anak2 yang soleh dan solehah insyaAllah...
untung ada promosi osim... bertenaga balik pak mertua ;D
Salam Nahmy,
Hargailah masa sementara masih ada ibu dan ayah mertua. Kita akan menyesal tak sudah bila mereka telah tiada.
Salam nahmy
Seronok bila dapat berjalan2 dgn keluarga di hujung minggu mcm ni. Kalau nak ikutkan sibuk pasal kerja sampai bila pun tak habis.
wah..bestnya mkn steamboat...sy pun suka nak2 klu dpt kuahnya tomyam.
ni dinamakan org melayu masak sendiri.
Alhamdulillah.....
Tetiba rindu nak bawa ayah dan mak jalan-jalan dan makan-makan... sedihnya... Nak balik Kota Tinggi jauh pulak, anak-anak sibuk dengan sekolah...
abd razak...
alhamdulillah...Allah berikan kelapangan
maiyah...
mmg tak terkata meriahnya!
afida..
insyaAllah...begitulah yg didoakan
cik KTS...
OSIM...penyegar kaki!...hehehe
abah...
benar...bila mereka adalah kita perlu menghargai mereka
YB...
curi-curi masa sikit YB...alhamdulillah
zue...
saya pun jadi pandai masak plak bila ...bersteamboat nih
tie..
insyaAllah niat yg baik akan Allah perkenankan...esok-lusa dptlah balik ke Kota Tinggi tu
Aktiviti macam ni lah yang membuat kita 'HatiCeria'
Betul tuan?
Post a Comment