Saturday, July 17, 2010

alahaii...semua dah naik

assalamualaikum...

terpanggil saya nak citer bab gula, gas masak, petrol dan barang-barang lain yg naik harga tu. terpanggil bukan sbb prihatin tapi sbb 'geram'. rakyat sepatutnya 'terjaga dan terpelihara' dgn sesapa jua kerajaan atau pemerintah yg dipilih mereka bukan rakyat nak kena jaga kerajaan atau pemerintah yg mereka pilih supaya kerajaan/pemerintah tu sentiasa 'berduit'.




nampak mmg mcm kecik kenaikkan tu...terutama petrol tapi benda-benda ni kan ada 'chain reaction'nya. mcm yg kita belajar dlm ekonomi dulu-dulu. dari kilang ke kedai..kan kena naik lori barang-barang tu. bila petrol naik harga maka brg dlm lori tu tak naik harga ke??

letih...letih...itulah reaksi saya bila dpt tahu benda ni. dlm kita sibuk nak berjimat kita masih terbeban. golongan atasan dan yg kaya raya tu memanglah tak terasa sgt tapi yg golongan menengah ke bawah...makin letihle jadinya. apa sebenarnya utk rakyat pun saya tak tahu...dulu bila dinaikkan harga petrol kata kenaikkan tu dpt digunakan utk improve sistem pengangkutan awam...tapi tak nampak improve-nya tu. habis...mana yg kata nak beri rakyat tu?? adusss...letih & wallahualam.

9 comments:

Afida Anuar said...

rakyat didahulukan nahmy...

yang depa tu takpe la...minyak, gula, makan pakai,semua rakyat tulun bayarkan...senang lenang..tu pun nak cekik lagi tengkuk rakyat..

saya pun geram sebenarnya... tapi sebagai orang yang tiada kuasa, setakat geram je la yang boleh dihamburkan..

KTS said...

nanti pak menteri puna keluarlah kat berita;

"jangan naikkan harga barang2 lain. Jangan bebankan pengguna"


.
.


ate.. sape yg naikkan rege minyak?? lori yg angkut brg tu guna air agaknya!!

Abd Razak said...

Salam..

Memang geram tapi nak mengadu kat sapa erk..?

Tirana said...

Kalau betul, malaysia ni miskin, saya tak kisah sangat tapi Malaysia ni sebenarnya berduit cuma duit tu dibazirkan ke lain dan ke tempat yang tak menasabah sbb tu la subsidi semua kena kurangkan dan yang menanggung kosnya kita la...padahal kita dah bayar cukup dah segala income tax. Kerajaan yang tak amanah!

warna kreatif said...

~~MARI MAKAN COKLAT DAN ORDER KAT SINI
~~XPERLU MAKAN GULA =)

Anonymous said...

Haa.. bila gula dah naik, puas hatilah tokey gula tu. Tak perlu nak sorok-sorok lagi gula. Mesti dah berlambak kat kedai.

Tie sebenarnya tak risau sangat tentang gula ni, tapi bingung dengan kenaikan semua harga barang dapur .

Kalau tak ada RM100 dalam poket, tak berani nak ke kedai runcit.. kalau ke hypermarket, lagilah takut. Jumlah belanja dapur dah berganda dalam tempoh 2 tahun ni. Tu pun mujur anak-anak dah tak pakai pampers lagi....

zue said...

semua harga brg naik...'gaji' bila nak naik.

MaizaC'Joe said...

semua naik.. ada yang naik angin.. klu sebelum ini rm 40 utk seminggu utk minyak keta.. now.. rm 50 - 60 seminggu bg yg berulang alik tempat krj yg ambil masa 45 untuk sampai office..

nahmy said...

afida...
entah 'rakyat' yg mana satu diorng dahulukan pun saya tak tahu..

cik KTS..
memang kita baliklah yg pikul beban hasil tindakan 'bijak diorng tu..

abd razak...
pertama mengadu pd Dia. kemudian mengadu pd 'kertas undi' la

tirana..
mana ada miskin kak..mak-mak datin termasuk 'bik mama' buat rambut je boleh cukup belanja dapur keluarga kecil cam saya ni

warna kreatif..
coklat pun dah mahal...sbb pakai gula

kayteeze...
betulle tu kak...sekarang saya shopping brg dapur pun dah tak pakai troley tp pakai beg plastik je

zue..
gaji naik pastu diornag naikkan pulak 'cukai taksiran'...hehehe

maiza...
naik angin dah pasti...jgn makan angin dahle...nanti kembung