Tuesday, December 28, 2010

menghampiri 2011...

assalamualaikum...

3 hari lagi tahun masehi 2011 akan menjengah. pada sesetengah orang mungkin ada 'istimewa'nya 1 Jan itu. pada sesetengah yang lain ini hanya seperti hari-hari biasa kecuali di hari ni kita tak le bekerja. saya mungkin tergolong dlm golongan yg kedua tu. tahun baru...hijrah 1432 yg lalu pun tahun baru gak...jadi 2011 hanya pertambahan angka. bertambah angka tahun...bertambahlah angka umur, bertambah angka umur...maka bertambah singkatlah jangkamasa hidup kat dunia. jadi paham-paham aje larr..



kita mungkin rasa 3 hari tu macam masih lama lagi...tapi tup-tup nanti kita dah nak masuk plak 2012. jadi sebelum kita masuk 2011..kena kita pakat-pakat tanya apakah bebenda yg lain-dari-kebiasaan yg telah berlaku pd kita di 2010 ni? sbb pada saya yg marhaen ni takde gunanya kita masuk 2011 tanpa kita 'acknowledge' apa yg 2010 dah 'laku atau berikan' pada kita. kita hanya 'acknowledge' je ye....sbb apa yg telah kita tempuh atau kita perolehi sebenarnya adalah ketentuan-Nya.

bukan kita nak mengenang masa lalu...dan ye kita kena tengok ke hadapan. tapi menoleh ke belakang sebentar akan dapat memberikan kita sedikit 'panduan' supaya tak le dua kali kita di panah petir. cam diorang dok kata...'once is mistake,...twice is a silly one...more than that is stupidity'. apapun....'Selamat Tahun Baru 201111....ooopps! terlebih satu pulak....wallahualam

7 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Bertambahnya angka tahun tu maka makin berkurang masa untuk kita menyediakan bekalan untuk ke sana...

abah aman said...

salam nahmy,
sama-sama kita menghitung hari...

Afida Anuar said...

ahaa...betul juga tu... apa jua khilaf yang boleh kita betulkan..kita betulkan...jangan asyik ulang khilaf yang sama..

Salam tahun baru 201111 juga buat Nahmy sekeluarga....:D

Admin P@P said...

Salam.

Selamat Tahun Baharu.
Tahun ini ada cuti ekstra kerana pasukan bola kita menang piala AFF.

TQ

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru,
Dah siap ke barang-barang sekolah anak-anak ?

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

Selamat Tahun baru.. moga tahun ini lebih menyinar..

nahmy said...

w'salam syeikh abd razak..
gitule..tp bila ingat bab bekalan akhirat ni...ana jd gusar amat sgt

w'salam abah...
mcm lagu tu plak...'menghitung hari..'

fida...
ye..sesama kita bagi straight yg mana bengkok-bengkok tu

admin p@p..
salam tahun baru juga pd tuan...t.kasih atas kunjungan ke blog marhaen ni

kayteeze..
selamat tahun baru...tgh menggigil kuar duit ni...bayar-bayar mcm!

maiza..
wa'alaikumsalam. begitule hendaknya...insyaAllah