Friday, December 29, 2006

tahun baru dah nak datang...

assalamualaikum...

selamat menyambut Aidil Adha dan tahun baru masehi 2007. bercakap berkenaan tahun baru ni....teringat tahun 2006. dulu-dulu masa di hujung tahun 2005 bergegak-gempita kita nak menyambut 2006. tak sabar dan macam-macam azam kita dah buat untuk 2006 tu. bahkan ada tu sampai 23 azam baru dia buat. tapi baru-baru ni saya jumpa le member ni dia kata dah sampai nak tutup 2006 ni baru 4 je dari 23 azam tu yang dia sempat buat...perhh...memang gempita brotherr.. lama-lama gelapgelita dia ni.. apa yang saya cadangkan pada member sorang ni ialah baki yang 19 azam tu dia buat le sebagai azam untuk semasa hidup...jangan hanya untuk satu tahun je. dia setuju gak dengan cadangan saya tuh.

sebenarnya apa yang ada pada tahun baru? takde apa....hanya nombor dan entah-entah tanpa kita sedari tahun 2007 ni dah pun bermula! kita manusia je yang ngada-ngada nak buat sempadan waktu. entah-entah tahun yang dunia ni pakai silap haribulan hanya satu je..hanya satu tahun je... kan ke best kalau macam tu. umur kita pun satu tahun je. muda trang-tang-tang kita ni kan? sampai mati umur kita satu tahun jeee.. apapun brotherr sempena dengan tahun baru yang nak menjelang tiba ni janganle hanya azam kita yang diperbarui bahkan segala-galanya mesti diperbarui, mestilah di buat assessment...mana yang dah berjalan baik biarle ianya berjalan dan mana yang tak baik di baikkan...diperbaikki.

sebenarnya makna lain yang lebih tepat untuk perkataan azam tu ialah 'melakukan perubahan kepada yang lebih baik'. tak kira le dalam bab apa pun. kereta sebuah azam nak dua. yang periksa dapat 5A mesti azam nak dapat 8A pulak. yang kerja gaji rm2000 mesti azam nak dapat rm4000. yang suka jadi roadbully tu berazamlah untuk jadi yang bersopan-santun, yang suka senyum kat orang (senyum itu satu sedekahkan?) takpayah la pulak berazam nak ketawa-ketawa tak bersebab kat orang...tapi berazam untuk perbaikki teknik senyuman tu dan bagi yang tak cukup sorang (si sang suami le ni)...maka boleh le cuba tanam azam untuk tambah (tapi mestila juga untuk kebaikkan), yeela...kot-kot azam tu menjadi...hebatle jadinya kan? akhirkata, jadikanlah tahun 2007 yang nak datang sebagai tahun berubah dari yang baik menjadi yang lebih baik...wallahualam

Wednesday, December 20, 2006

bila yang 'veteran' dilanda asmara....

assalamualaikum...

ketemu lagi kita. Alhamdulillah. bermula dari Isnin lepas hingga ke pagi hari ni (Rabu), saya membawa keluarga ke Melaka. yeela, sempena cuti sekolah dan isteri pun di suruh habiskan cuti campur dengan ada sedikit bajet maka kami pun ke Melaka. di samping menghadiri kenduri rumah baru keluarga ipar di Bukit Beruang antara lain agenda kami ialah ber'union' antara adik-beradik isteri...juga yang termasuk dalam agenda ialah nak setelkan perihal seorang orang 'veteran' dengan 'cinta'nya. setel perihal cinta orang 'veteran' ni maka pening adik-beradik insyaAllah turut reda...gitule. dah lama juga cerita cintatnya memeningkan kepala kami. nak ditegur dia bukan lagi bebudak kecik nak, dibiarkan....kami sekeluarga 'tersegan' dengan orang-orang kampung, sedara-mara dan adik-beradik allahyarham isterinya. diluah mati mak diluah mati bapakle...katakan.

angau level 1, gitu le analisa saya terhadap orang 'veteran' ni. kita sekeluarga sibuk melayan anak-anak, siapkan makan, syok bercerita sesama kami tapi orang 'veteran' ni asyik menekan talifon tangan 'bersms' tak henti-henti. sekejap-kejap terkejip matanya merenung skrin talifon tangan tu...maklumlah spek mata tertinggal plak di rumah!!. sekejap-kejap lari plak ke tempat lain bila talifon tangannya tu berdering. yang saya dapat lihat dengan ketara ialah...bila talifon tangannya berdering je....muka dia pun turut terseringai kegumbiraan...walau semasa beliau terseringai tu...rupawajahnya kurang enak untuk dilihat...(dah 'veteran' brotherr...segalanya serba tak cukup). rupanya ginile yang dikatakan cinta di hujung usia....tapi yang saya tahulah orang bila dah ada 'experience' dan 'skill' dia selalunya relaks, tak terkinja sesangat, 'cool' dan sentiasa dapat mengawal suasana. tapi yang ni memang lain sesangat le. kinja dan latahnya kekadang dilihat kalah remaja 17 tahun bercinta! setelah dibelek dan di siasat rupanya siperawan yang bercintat dengan orang 'veteran' ni berumur baru 34 tahun sedangkan orang 'veteran' tu dah 60 lebih usianya...patutlah kinja dan 'thrill' nya lain sikit...

satu lagi yang kenapa saya kata kami nak setelkan perihal orang 'veteran' ni bercinta ialah kerana duit dia selalunya 'habis'. dan 'habis' tu kebanyakkannya pergi ke siperawan tu. tu yang kami nak cuba setelkan. kami sebenarnya kalau orang 'veteran' tu nak kahwin dengan siperawan tu pun kami tak kisah sangat...yeela kami ni bukan wali dan bukan badan yang nak 'approve' perkahwinan tu cuma kami nak tahu 'background' siperawan. hati budi, tingkah laku, tahap keagamaannya dan berbagai lagi supaya orang 'veteran' tu tak le hanyut atau 'dihanyut'kan bila mereka dah kahwin kelak...itu aje. yang pening biarle disetelkan agar reda pening tu...janganle pulak yang memeningkan esok-esok jadi yang menyusahkan pulak. tak sanggup rasanya.anak sulong biarle yang muda dari kita barule senang kita 'manage' tapi kalau 'anak sulong' dah 60 lebih umurnya...terkehel juga leherku ini....wallahualam

Wednesday, December 13, 2006

letak kaki dalam kasut orang....

assalamualaikum...


jumpa lagi kita, alhamdulillah Allah berikan kesempatan. pujian dan syukur hanya kepadaNya. saya nak bawa satu isu berkenaan 'cari makan' ataupun tentang bekerjalah. baru-baru ada rakan lama dari tempat kerja lama datang jumpa saya. saya seronok dan nampaknya dia pun seronok dapat jumpa saya. kami seperti biasale bila dah lama tak jumpa maka bertukar-tukar ceritala...pasal keluarga dan pasal karier. pasal keluarga nampaknya ok..tapi topik yang agak hangat dan 80% dari perbualan hari tu adalah berkisar tentang karier dan tempat kerja. beliau ceritale sedikit-sebanyak dan kemudian jadi banyak-banyak tentang tempat kerja beliau. setelah berbelas tahun kerja beliau akhirnya membuat kesimpulan yang beliau telah ditipu oleh majikannya. atas dasar apa? atas dasar gaji yang tak dapat. menurut beliau gaji diberi dah bukan penuh, tapi rm500-rm500 ikut bila company ada duit (mana polisi company dia pakai tak tahula pulak saya). katanya gaji dia dapat yang baki akhir untuk bulan 10 tak ikut jumlah kiraan beliau. saya nasihatkan dia 'deal' terus dengan pihat hr, tengok statement.

saya juga dulu-dulu sempatla 'merasa' polisi di beri gaji 'ikut dan' tuu...dan bila mendengar dan menengokkan muka rakan tu memang saya kesian habis...bila terbayangkan anaknya yang tiga orang tu...lagile kesian...bila teringatkan...anak sulungnya yang akan bersekolah tahun depan....mak ooi...mau tangkap nangis bila mengenangkannya. payah...memang payah. apa yang saya boleh katakan pada dia ialah berbanyak bersabar dan di masa yang sama cuba (dengan sedaya-upayanya) cari kerja di tempat lain. kita selagi 'hidup' maka memang kita sebenarnya Allah kata boleh ikhtiar. seperti yang Allah katakan di surah Al-Baqarah ayat 286 : tidak diuji hambanya melainkan mengikut kesanggupannya sahaja. maka rasanya dia memang boleh 'manage' lagi kepayahan itu. ingatla...hidup itu satu amanah dan kehidupan itu satu anugerah.

rasanya bab rakan tu memang ok...sedikit-sebanyak boleh setel...insyaAllah. disetiap kesulitan akan ada kesenangan...2 kali Allah sebut dalam surah Al-Insyirah. cuma saya yang terkilan sesangat ialah bab majikannya...bilalah nak berubah! dah tahu tak boleh nak bayar gaji cakaplah betul-betul, lepas tu cubale cari 'fund' mana-mana untuk bayar sedikit pampasan bersama gaji yang tertunggak tu....dan kemudian dengan resmi lepaskanlah mana-mana pekerja yang memang dah nak berhenti tu. usahalah sikit...mesti boleh. insyaAllah boleh. saya pun bukan pandai sangat dalam mengurus syarikat..tapi kita kalau usaha ke arah yang baik, dengan di dulukan dengan niat yang baik maka hasilnya juga pasti baik...hukumnya begitulah, selalunya. dalam apa hal pun samada rakan tadi mahupun majikannya...cuba kita guna konsep 'empathy' iaitu cuba rasai apa yang orang lain rasa...kita pastinya akan lebih rasional. bila saya katakan begini kepada rakan tadi dia jawab..."asyik-asyik aku je yang kena 'empathy'...bos bila pulak nak 'empathy'kan aku? dengar je benda ni dari mulut rakan tu...maka saya jawab pula...."laarrrr..." gitule...wallahualam

Friday, December 08, 2006

negara mat saleh

assalamualaikum…


pelik bin ajaib. ada tak kekadang tu sedara rasa macam kita ni belum merdeka? saya ada. kekadang tu perasaan sangat kuat. nak tahu masa bila. masa menengok TV. iklan, talkshow, program bola , dokumentari dan sebagainya. semua yang ‘anchor’ dalam rancangan TV ni kebanyakannya ‘mat salleh’. lebih-lebih lagi kalau sedara tengok rancangan dari stesen TV kabel berbayar yg paling dominan. naik pelik saya. dahla stesen TV ni ‘cari makan’ kat tanahair kita yang berdaulat, dapat permit dan lesen dari kerajaan kita tapi yang diorang panggil untuk kendalikan semua rancangan boleh kata kebanyakkannya ‘mat-mat saleh’ ni. itu yang kita nampak dan tengok kat skrin TV belum lagi yang disebalik layer seperti juruteranya, jurutekniknya, perekabentuknya, pereka grafiknya, editornya, penerbitnya dan macam-macam lagi.

saya bukanle anti sesangat akan ‘mat-mat saleh’ ni tapi kekadang tu rasa macam dah terjajah balik kita ni. teknologi, kemahiran yang dok kata nak transfer tu tapi tak transfer-transfer, apa dah jadi. camana tenaga tempatan nak mahir nak boleh hidup dalam tanah air sendiri. itu belum lagi kita kaji di sektor-sektor lain seperti perkilangan, pembuatan kereta, pembinaan, pertanian, perkapalan, perlombongan petroleum dan sebagainya. kalau di kumpul rasanya ramai juga ‘mat-mat saleh’ ni. dah tu buka sikit anak gaji yang kita dok bayar diorang ni...beribu-ribu brother.

iklan TV yang dulunya muka ‘pan-asian’ pun tak boleh masuk sekarang bukan setakat ‘pan-asian’ malahan takde langsung ciri-ciri asia pun dah menakluki iklan-iklan di TV, billboards dan juga di media massa (majalah dan surat-surat khabar). bagi le peluang pada anak tempatan dan pastikan segala teknologi dan kemahiran telah dipindahkan kepada kita. kita lama-lama hilang identiti, hanyut dan tak tahu arah. tak tahu matlamat. hilang dalam keasyikkan. sekarang 2006 cuba bayangkan jika bebenda ni berterusan..dan anda hidup pada tahun 2016. dah jadi negara ‘mat saleh’ agaknya kita nanti. yang kesiannya generasi kita yang seterusnya le brother....wallahualam.

Wednesday, November 29, 2006

suami yang ntah apa-apa...

assalamualaikum…


bertemu lagi kita. cuma akhir-akhir tak dapat sekerap dulu dek kerana tugas yang mem’busy’kan. ada sedikit perkara yang nak saya keudarakan disini. baru-baru ni saya berkesempatan mengendalikan kursus bina insan untuk lembaga zakat selangor bersama rakan-rakan. kursus adalah anjuran lembaga zakat untuk golongan penerima zakat (asnaf) dan untuk sesi kali ni jumlah peserta agak ramai mencecah 62 orang (termasuk 20 orang kanak-kanak). peserta terveteren sekali adalah nenek berumur 70 tahun. seperti biasa peserta wanita lebih ramai dari peserta lelaki...biasa la tu. program berjalan seperti biasa. cuma mungkin sedikit gangguan akibat ‘kekurangan’ kemudahan dari pihak resort. yela...letrik bercatu (pakai generator gitu), tandas kami (pihak fasilitator) di luar bilik (berkongsi dengan penginap bilik-bilik lain...cuma mujur tak berkongsi dengan alam semulajadi), ketiadaan ‘signal’ telefon mudahalih dan kekurangan yang paling agak menyedihkan ialah penginapan peserta yang nun di atas bukit. bayangkanle nenek umur 70 tahun tu nak naik ke biliknya...perrh!!. saya sendiri kekadang tu berdetap bunyi lutut bila melangkah nak ke dewan seminar (yang juga di lereng bukit).

apapun dengan kekuatan dariNya dan izinNya program berjalan dengan baik sekali. di pagi hari kedua pegawai zakat datang melawat dan kemudian minta izin kami untuk membawa seorang peserta wanita balik ke rumahnya di Batang Kali. alasannya? rupanya dia datang kursus tapi dia dah tinggalkan anak-anaknya seamai 8 orang di rumah. di tinggalkan begitu saja. harapnya bekas suami dia akan datang menjenguk...itupun setelah dia bersetuju untuk membayar RM50 kepada bekas suaminya itu untuk ‘cover’ duit petrol dan tol. perrh!!?#...punyalah mithali sang suami!! tengok anak sendiri pun minta upah dari bekas isteri? hukum seligi sampai pengsan je suami-suami macam ni...di samping seligi kita selang-seli sikit dengan tempeleng dan 'karate'. baru best kan??

balik kisah anak yang 8 orang tu...maka pegawai zakat pun datang balik ke tempat kursus bersama peserta tadi juga bersama dengan 8 orang anak-anaknya. yang sulung baru 12 tahun. yang lain dah tentula kecik-kecik. peserta wanita ni umur baru 29 tahun tapi sebab 2 kali dapat kembar itule yang jadi 8 orang tu. suka kami dan peserta lain menengok anak-anaknya. satu bebudak tu dapatlah makan-tidor yang ‘proper’ disamping ibunya dan yang kedua ibunya pun dapatlah mengikuti kursus dengan lebih tenang dan tenteram. kami? lagile tenteram...apa yang dapat kita sedikit sebanyak simpulkan ialah inilah kisah masyarakat dan ini memang perkara ‘real’ bukan lakonan. ibu memang bertanggungjawab bila kami lihat layanannya kepada anak-anaknya. tapi bapa?..haprakk. haprakk peringkat tertinggi!! percayalah kisah-kisah duka yang sebegini hasil dari gedegol sang suami memang banyak berlaku disekeliling kita. jadi pada kaum lelaki, bapa dan suami tolongle jangan jadi gedegol...itukan anak kita, amanah dariNya. sedap dah rasa tapi peranan dan tanggungjawab nak lari...where got road...brotherrr!...wallahualam

Tuesday, November 21, 2006

buka jangan tak buka!

asalamualaikum...

fieww...sikit punya banyak open house sempena raya ni!...setiap weekend kira penuhla. saya sendiri pun sampai susah nak buat open house sebab sibuk sangat menghadiri handai, kenalan, rakan dan jiran-jiran punya open house (alasan je tu..). apapun rezeki brother...takkan nak tolak. lagi satu open house ni memang dipanggil untuk datang makan...tak banyak songeh. datang...makan...sendawa..balik. tak ke simple..habis simple dah tu. bagi mereka yang ada anak, anak-anak diorang tu dapat duit raya lagi tu.. memang bulan rezeki le Syawal ni!! tapikan dalam dok syok bertandang ke open-open house tu jangan plak kita lupa akan makna sebenar open house tu. makan..makan juga tapi makna dan hakikat sebenar di sebalik open house tu kena le kita tau juga. tuan rumah memang baik tapi takkan setakat kita nak kata dia baik je (sebab bagi kita makan free). mari kita cuba secara kasar menyenaraikan sedikit sebanyak maknanya. 1 – silaturrahim. 2- sedekah (amal jariah). 3 – meraikan kemenangan sebulan berpuasa bersama puasa 6 Syawal. 4 – senangle sikit sanak saudara nak datang selepas ni ke rumah kita.

jadinya sesambil kita makan tu bertegur sapalah dengan mereka yang ada sekali kat open house tu. setidaknya terjalinlah silaturrahim. kalu yang buat bisnes tu...ni dah kira satu kesempatan besar. dapat contact...esok-esok boleh buat bisnes sekali. tapikan camna banyak pun kebaikkan kita sebagai tetamu yang hadir open house tu dapat tapi the ultimate kebaikkan tentulah pergi ke tuan rumah. dia lah yang susah payah jadikan rumahnya untuk tempat mengerat silaturrahim, dia la yang beramal bagi orang makan, dia la juga yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. dan pastinya diala juga yang dapat banyak kebaikkan. atau orang korporat panggil - dia la yang ‘score point’. jadi kita yang pergi cuci tangan...makan..sendawa...balik janganlah pula banyak komen. dia dah tungkus lumus cuba memberikan kita yang terbaik...tapi kalau dia tak dapat ‘deliver’ juga relaksla jangan kutuk dia lagipun bukan selalu dia buat majlis cam gini (melainkan kalau dia bisnes catering le!) setahun sekali je dia ‘arrange’ bebenda macam open house ni dan dah tentulah banyak silap dan salah. jangan komen, syukur dan doakan je dia boleh buat benda yang sama next year...habis cerita. sambil tu doa-doa juga agar dia masih jemput kita next year tu.

sedar tak sedar…kalau dilihat dengan mata kasa sekelompok manusia yang turut dapat kebaikan dari aktiviti open house adalah mereka yang bisnes catering dan bisnes khemah. amboii..tak termenang tangan jugak diorang ni. alhamdulillah...semua rezeki Allah. tidak ke makmur semuanya. jadi sambil makan-makan open house tu...sambil-sambil menyuap lemang ke mulut, sambil-sambil kita renungkan sejenak apa makna di sebalik open house tu..hah...barulah lemang yang masuk mulut makin terasa sedapnya. samada membuat atau menghadirinya..apapun...open house ni memang banyak baiknya, maka yang dah buat teruslah membuatnya di masa-masa akan datang dan tambahkan senarai yang dijemput dari saudara, jiran, handai, rakan dan taulan kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik pula seperti golongan-golongan anak yatim, mereka yang cacat, golongan tua, yang miskin dan sebagainya..ini semua kalau nak kira ada kemungkinan memang dah untuk bahagian mereka dari Allah yang di datangkan melalui kita....wallahualam.

Friday, November 10, 2006

kemanakah lelaki-lelaki itu?

assalamualaikum...

isnin dan selasa tempohari saya berada di Hotel De Palma Sepang assisting rakan saya Dr Yus mengendalikan kursus Stress Management untuk Jabatan Pengurusan Kewangan, Sirim Berhad. 2 hari 1 malam kami di situ. 20 orang peserta. 18 wanita dan 2 orang lelaki. walaupun pelik tapi itulah kebenarannya iaitu peserta wanita jauh lebih ramai bilangannya dari peserta lelaki. kenapa jadi camtu? takle saya mengetahuinya. mungkin golongan wanita adalah golongan yang sukakan ilmu atau yang sukakan input-input yang boleh menolong mereka sedikit sebanyak esok-esok. atau mungkin kerana golongan lelaki dah memang cukup ilmu atau memang 'busy' gila akan bebenda lain maka tak jadikan 'pencarian' ilmu itu sebagai sesuatu yang perlu di berikan keutamaan. saya lelaki dan kekadang saya pun ada rasa camtu gak. tapi saya tahu di surau-surau atau di masjid-masjid jemaahnya memang ramai lelaki dan jika ada kuliah/tazkirah yang hadir pun memang ramai lelaki. jadi tak bolehle nak kata kaum lelaki ni memang tak suka cari ilmu...tak boleh brotherr..
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
rasanyalah...kaum lelaki ni kalau tak di suruh/arah mereka memang boleh dengan sendirinya lakukan 'pencarian' itu tetapi bila keluar arahan...maka liatle gamaknya mereka ini. di sini saya nampak uniknya spesies yang nama lelaki ini. kesedaran itu ada...keinsafan pula kena tunggu lama sikit...kesungguhan pula kena tunggu lagi lama. pasal ego lelaki pula kalau nak citer, 3 hari 3 malam pun tak habis. ego besar gunung beb!! tapi kalau kita pandai cangkul sikit-sikit...ratalah egonya tu. teknik menyangkul dan 'tools' yg nak guna pun kena pandai pilih dan guna. ada setengah kakak-kakak kita guna 'makanan' sebagai tools. ada sesetengahnya guna 'senggama'. ada yang guna 'urutan'.
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
pasal teknik plak...cubale teknik-teknik yg terkini dan mempunyai ciri-ciri di luar kebiasaan (bukan luar tabie' ye...!). contohnya dalam hal urutan tadi...gunalah kaedah ururtan rimau ke...urutan musang ke...urutan bokbong ke...apa-apa saja asalkan lain dari kebiasaan...barula 'fresh' sikit dan ngem...gitu. dalam hal senggama plak...carile teknik yang sedikit mencabar dan daring...hah...barulah tercetus satu revolusi!! terlompat paradigma! tapi apapun saya rasa teknik yang paling berkesan adalah 'reverse psychology'....contohnya bila dia bagi duit kat kakak...kakak simpanle jangan dibelanjakan, kumpul dan lepas tu bagi balik kat dia. tentu tergezut cencurut dia...kemudian dia akan beri lagi banyak. atau bila dia beri simply tolak je pemberian tu...hmm pastinya esok-esok dia akan beri lebih banyak lagi (tapi kalau dia terus pengsan...jgnle salahkan saya pulak!). contoh kalau ada suami yg suka tengok bola...bila tiba time cepat-cepat kakak tukar channel ke perlawanan bola tu dan panggil dia untuk tengok bola tu...sediakanle biskut marrie dengan kopi ke...pasti tergezut cencurut-tertelan-ubat-gegat dia. lakukanlah...walau dengar macam ntah apa-apa tapi jika dilakukan hanya keranaNya dan kerana nak jadikan 'hubungan' kekeluargaan lebih erat dan 'bercahaya' maka kesannya pasti marvellous....wallahaualam

Friday, November 03, 2006

ini negara untuk siapa?

assalamualaikum...

apa fungsi negara kepada kita? dan apa pula fungsi kita kepada negara? perhh..! pelik gak soalan tu kan?. tapi rasanya soalan ini tidaklah payah bebenor untuk dijawab. kita dah capai merdeka hampir setengah abad. ada mereka pula yang dah berumur lebih dari tempoh negara merdeka lagi. rasa-rasa mereka ni bolehke jawab soalan-soalan di atas tu? marile kita sesama menjawabnya atau cubale tengok-tengokkan jawapan saya ni...fungsi negara pada kita? tak lain dan tak bukan ialah untuk membolehkan kita 'cari makan' atau mencari kehidupan. negara adalah hamparan untuk kita melakukan ini semua. fungsi kita kepada negara pula adalah untuk menjadikan hamparan ini sentiasa terjaga kemas. kita kena jaga, kita kena pertahankan, kita kena maintain negara kita ni. kalau difikirlah yg mana satu susah? fungsi negara kepada kita? atau fungsi kita kepada negara? bagi saya yang marhaen ni yg susah adalah fungsi kita kepada negara...sebab? negara tu sendiri memang dah terhampar..dah di sediakan Allah untuk kita. negara tak buat apa-apa pun untuk kita tapi Allah yang sediakan segalanya, yg menghamparkan negara itu kepada kita. negara lepas tangan bebb..!! cuba tenungkan sejenak...antara fungsi kita kepada negara adalah ramai-ramai 'memilih' beberapa orang manusia yg kita wakilkan untuk terus melakukan 'jagaan', maintain, pertahan dan sebagainya kepada negara kita. tapi telahke kita jalankan fungsi itu sebaik-baiknya?

marile kita bayangkan macam kita ada tanah seekar. lokasi cantik, subur dan penuh dengan galian tapi takle pula kita usahakan atau lakukan sesuatu yang bermenafaat pada tanah tu....so apa jadi? tak jadi apale jawabnya. last-last penuh bersemak, jadi 'pot' binatang berbisa dan binatang liar. itu contohnya negara tanpa kita yang duduk didalamnya. kemudian kita bayangkan pula kalau kita ni takde 'tempat' atau tanah untuk dijadikan 'pot'..ialah untuk buat rumah atau untuk bercucuk tanam? apa jadi kat kita? jadi cam rakyat Palestine le brother... tapi sesungguhnya masih boleh 'hidup' dan mencari kehidupan. jadi yang mana satu penting, kita ke negara kita? kita boleh tak hidup tanpa negara? boleee... negara jadi apa kalau takde kita?...tak jadi apee...kerajaan? kerajaan tu orang yang kita pilih tadile brotherr...kerajaan bukan negara. cuma kalau tanah tu dah subur, banyak galian, lokasi best dan boleh buat kita makmur maka kenala kita jaga baik-baik tanah tu, kenala kita usahakan dengan baik-baik..tidakkah itu amanah Allah juga?

kita memang sentiasa berusaha untuk jalankan fungsi kita kepada negara sebaik mungkin cuma akhir-akhir kita rasa semakin tertekan sebab kalau negara tak menjalankan fungsinya kepada kita sebagai penduduk ni takpe le juga tapi sekumpulan manusia yang kita pilih untuk jadi ketua, untuk jadi wakil kita pulak telah berfungsi yang bukan-bukan kepada kita. dari segala macam barang keperluan (cth: petrol) yang naik harga, letrik naik harga, sekarang air pun dah naik harga, tol pun dah nak naik, interest bank bila beli keta pun dah naik dan bermacam-macam lagi le yang naik harga sampai darah kita pun kekadang naikle juga. tempelengle...kalau kata kos penyelenggaraan bebenda tu semua naik maka sebab itula harga dan cajnya semua naik. apa!!?..bilangan orang yang bekerja dan dikenakan tax tu tak bertambah dari semasa ke semasa? lagi ramai yang bekerja lagi banyakle kutipan cukai tu. itu belum kira pertambahan syarikat-syarikat perniagaan lagi. simpang-siur kutipan yang masuk ke negara. cukai dapat, perbezaan kenaikan dapat, duti, levi, eksais dan macam-macam lagi la. yang paling terkilan dan sedih ialah kita macam nak rak jalankan fungsi kita kepada negara ni dengan membayar segala cukai dan kos kenaikan caj/harga tu...tapi ada sebilangan manusia (yang kita pilih tuu...) yang kaut masuk segala yang kita bayar tu ke kantung mereka sendiri. tanpa segan-silu...ye le dah pegang 'kuasa' le katakan. apa dah jadi? rasanya janganla kita manjakan sangat negara kita (atau kerajaan kita ni??) sebab nanti takut jadi macam citer 'Anakku Sazali' pulak. sekali sekala kita 'rotan' le jugak. apapun, kalau bebenda camni berterusan la brother maka...negara = bersekutu bertambah mutu, rakyat = bersekutu bertambah kutu le jadinya....wallahualam.

Saturday, October 28, 2006

'little princess' yang semakin kreatif

assalamualaikum dan salam 5 syawal...

"adiiikkk..." mana adik ni? senyap je. aku bila tiba tang bab nih...memang rasa tak sedap je. sebabnya anak aku yg seorang ni kalau senyap je tentu ada 'projek' yang dia tengah usahakan. paling koman pun...meriahle dinding bilik ke, dinding dapur ke, dinding ruang tamu ke…hiss gusar juga memikirkannya. "adiiikk..."sekali lagi aku memanggil. jawapannya masih diam. aku pun bingkas bangkit dari sofa terus menuju ke bilik satu persatu mencarinya. "masyaAllah...adik?". "apa adik dah buat nih?" tanyaku padanya. habis cadar katil abangnya diconteng dengan crayon bercampur warna pensil. aduss....desis ku lagi. "mengapa bisa jadi begini adik? mengapa? mengapa? tanya ku padanya. "hehh"..cakap indon plak aku. aku rasa mungkin kerana terlalu tergezut maka ter'ngomong' indon plak aku. mengusap dada aku. "apa adik buat ni?" dia cuma diam sambil memandangku. agaknya disamping tak tau nak cakap apa kat aku dia juga mungkin sedang menunggu hukuman. aku angkat dia ke depan ke ruang tamu. kemudian aku kemas balik crayon dan warna pensil tu, lepas tu aku cuba plak menghilangkan kesan-kesan kreatif yang ada pada cadar tu. tapi masih tak hilang walau aku dah guna eraser abang. bila dah tak hilang juga aku panggil isteri untuk 2nd opinion. Dia pun ‘tertegun’ sekejap bila menengok kesan contengan tu. "macamnilah...kita biarje dulu camni...esok-esok kita hantar dobi je le"..cadangku. "hmm...okay gak tu" balas isteriku.
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting
aku ke ruang tamu balik. adik hanya terkebil-kebil melihat ku. "adik...kalau adik buat lagi camni..hah..jagala, abah tak beri adik makan lagi". "abah tak nak bawa adik jalan-jalan lagi"..tambahku lagi. adik masih terkebil-kebil. entah faham entah tak aku pun kurang pasti. "adik kalau nak tulis, nak color-color minta kat abang kertas kosong". "hah..abang lain kali tengok-tengok adik, kalau dia buat camni beritahu abah dengan emak cepat-cepat"..gesaku. "abang jangan letak merata crayon dengan warna pensil"..pesanku lagi. kali ni abang pulak yang terkebil-kebil. apapun moga-moga diorang faham le apa yang aku 'ceramah'kan tadi. aku sebenarnya dah tak termampu nak tengok corak awan larat pada dinding-dinding dan kini pada cadar pulak.
Photobucket - Video and Image Hosting
gitula secebis kisah pasal anak-anak. anakku yang dipanggil adik ni adalah little princess aku yang baru berumur 3 tahun lebih. padaku kalau nak kata kreatif rasanya abangnya lagi kreatif cuma adik ni kuat rasa ingin tahu (curiousity) dan lebih 'berani' dibanding dengan abang. sabar aku pada adik pun rasanya kena lebih tebal dibandingkan bila aku menangani siabang. mencabar. bukan setakat sabar je kena tebal, kreativiti dan teknik pun kena update dan apply yang 'terkini' je. psychology pun kena guna gak (yang ni kena guna untuk dua-dua orang sekali). tapi alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah beri. input dari rakan, bahan bacaan dan mereka yang berpengalaman banyak membantuku untuk menangani 'keletah' anak-anak ni. kekadang tu rasa anak-anak ni macam teknologi yang terkini yang sentiasa berubah dengan cepat dan kalau kita gagal equip diri kita dengan teknik dan teknologi terkini maka susah le kita nak catch-up dengan diorang nih. walaupun diorang umpama teknologi yang sentiasa berubah dengan cepat takle pula bermakna diorang ni umpama satu bebanan. mereka adalah amanah dan amanah ini adalah datang dariNya. seperti yang termaktub dalam Al-Baqarah 286.."tidak Aku berikan ujian melainkan sekadar kemampuan mereka". Dia kan lebih mengetahui. maknanya Dia tahu aku boleh maka dikurniakanlah dua orang anak yang kreatif, bijak dan tinggi kemahirannya ini pada ku. untuk aku pulak, amanah perlu terus dipikul dan dijaga sebaik mungkin hanya keranaNya....wallahualam.

Saturday, October 21, 2006

termanggu di pinggir Syawal

asalamualaikum...


Ramadhan semakin menjauh
hiba terasa sebak di dada
entah bila bersua kembali
moga kesempatan terus menjengah

sepurnama memacu diri
mencari taqwa yang kehanyutan
mengharap amalan dikandung barakah
Allah dan Rasul tetap didulukan

takbir dan tahmid sayup di ufuk
Syawal pula datang menyapa
sesalan silap menusuk kalbu
pada yang Esa mengharap keampunan

berlaboh aidilfitri diiring syukur
bahagia dan tenang bersekali
seribu salah memohon maaf
ibu ayah, handai dan rakan

hening Syawal menjadi saksi
pada yang Kuasa disisip doa
mencita Khusnul Khotimah disetiap ketika
agar kepergian bersama bekalan


...wallahualam

Tuesday, October 17, 2006

perjuangan yang mesti diteruskan

assalamualaikum...

dah tinggal tak berapa hari lagi kita nak raya. di radio dan tv dan media bercetak pun tengah hebat iklan-iklan, lagu-lagu dan promosi-promosi raya. panjang umur jumpala kita 1 Syawal insyaAllah. saya kat sini cuma terdetik untuk berkongsi apa yg saya dapat dalam dokumentari jejak rasul 12 yg sekarang tengah disiarkan oleh TV3. banyak-banyak episod ada satu yg saya tengok dari mula sampaile habis. cerita berkenaan peperangan oleh tentera islam dengan tentera kafir (kristian dan yahudi) di tempat bernama Mu’tah di Jordan. Rasulullah sebelum menakluk tempat tersebut telah menghantar utusan khas kepada penduduknya yg terdiri dari golong yahudi dan kristian supaya menerima islam. tetapi apa yang dibuat oleh golongan kafir bukan setakat menolak kedatangan islam malahan utusan nabi tersebut dibunuh mereka dengan kejam. hasilnya bala tentera islam seramai 3000 orang telah nabi persiapkan untuk menyerang tempat tersebut. perundingan pun di adakan untuk melantik ketua perang dan tiga nama telah nabi beri iaitu Zaid al-Harith, Ja’far at-Tayyar dan Abdullah bin Rawahah. jika Zaid gugur, nabi suruh Ja’far memimpin dan jika Ja’far gugur maka Abdullah pula mengganti dan jika Abdullah juga gugur maka nabi menyuruh tentera islam memilih sesiapa yg mereka yakin boleh memimpin sebagai ketua perang mereka. seorang yahudi beragama islam berkata dalam perundingan tersebut bahawa jika nabi telah menamakan ketua perang dengan penggantinya maka kemungkinan besar ketiga-tiganya akan gugur.

bila peperangan terjadi maka betullah ketiga-tiga ketua perang tadi gugur syahid dan yang paling menonjol ialah Ja’far at-Tayyar. semasa Zaid gugur, panji-panji islam hampir jatuh tetapi Ja’far dengan tangkas seperti melayang dengan kudanya menyambar panji tersebut dan terus mempertahankannya. hinggalah bila beliau putus kedua tangannya beliau gunakan pula dagu untuk mengepit panji tersebut. namun akhirnya beliau ditetak dari belakang dan gugur syahid. gelaran at-Tayyar adalah pemberian Rasulullah (bermaksud 'melayang') sebagai gelarannya di syurga dan beliau dapat sebenarnya setelah beliau gugur syahid. bila Abdullah bin Rawahan juga gugur tentera islam berada dalam keadaan kucar-kacir dan tentera kufar seramai 200,000 orang telah mula mengambil kesempatan. setelah semua bersetuju tentera islam dengan segera melantik Khalid al-Walid sebagai ketua perang.

Khalid al-Walid menyusun strategi dan menyerang musuh (yg dalam kelompok-kelompok kecil) di malam hari semasa mereka berehat. akhirnya dengan izin Allah walaupun dengan bilangan 3000 orang melawan 200,000 orang tentera kufar, tentera islam berjaya memenangi peperangan di Mu’tah itu. Khalid al-Walid yang digelar 'pedang Allah' selepas dari itu telah terus diberi kepercayaan untuk menjadi ketua perang dalam banyak lagi peperangan. namun Khalid meninggal di atas pembaringan dan beliau berkata "aku mati seperti seekor himar" (kerana tidak memperolehi syahid). semasa mayatnya dimandikan terdapat lebih 70 liang luka dibadannya. apakah moral dari cerita ini? moralnya ialah islam yang datang kepada kita sebenarnya adalah telah dipermudahkan oleh para syuhadah, sahabat-sahabat nabi dan Rasulullah sendiri. kita tak payah berperang seperti mereka...namun 'kepayahan' dan 'perjuangan' mereka memberikan kita islam yg dah 'mudah' ini amatlah kita pandang rendah malahan disetengah keadaan terdapat golongan islam kini yang 'menjual' islam itu dengan harga serendah-rendahnya. masyaAllah...apalah kita ni kan? maka di hari baik bulan baik ni sesamalah kita renung dan kita ambil iktibar dari peristiwa-peristiwa dahulu dan sebenarnya 'peperangan' menegakkan islam juga terletak di tangan kita walaupun ianya datang 'mudah' kepada kita namun janganla sesekali kita dengan mudah pula membiarkannya 'dihina' dan 'dijual'...wallahualam.

Thursday, October 12, 2006

Ramadhan semakin meninggalkan kita...

assalamualaikum...

tup-tap, tup-tap...dah 18 hari kita berpuasa. sikit punya cepat masa berjalan kan? tetiba dah nak raya. 18 hari apa sebenarnya yang telah kita rasa? lapar? dahaga? saya tak taulah anda tapi saya memang rasa ngantuk memanjangg...bawak keta tu pun kekadang macam dalam mimpi je (bahaya ni...jgn sesekali tiru/buat). ngantuk tu bukanle sebab berjaga beramal pada malamnya tapi saya rasa sebab angin perut pi ke kepala...membelai dan menerpa manja kepala otak yg separuh kosong tu! apalagi tangkap ngantuk le. tapi bila bersembang hatta dgn orang-orang mahir agama pun diorang kata ada problem yg sama - ngantuk, tak kira malamnya tadi berjaga atau tidak. mungkin inilah nama sindrom berpuasa akhir zaman kot? 18 hari yang dilalui tu sudah ke di'pack'kan dgn amalan? kalau rasa-rasa tak berapa pack tu - jgn runsing kita ada 12 hari lagi itupun kalau umur panjang le (...ini juga berpesan pada diri sendiri).

sesimple amalan adalah zikir, terutama di siang hari bahkan yang paling simple dan ada barakahnya adalah 'tidor'. yeela...dari dok mengata orang, menyebar gosip, kata yg bukan-bukan (yang largho), menengok yang bukan-bukan, membohong maka lebih afdalla tidorkan aje diri tu. dapat juga pahalanya! bila dah tinggal lagi 12 hari puasa ni apa yg ketara adalah kesibukan menyambut raya pulak yang mengambil alih. surau dan masjid dah mula reda senarai kedatangannya. tempat membeli-belah dah start padat. bunyi orang bukan-tutup oven dah mula kedengaran di malam-malam hari/di dinihari. bunyi mesin jahit pun dah semakin riuh. cuma janganle kita dok bior 'bunyi-bunyi' ni mengganti tasbih, zikir dan tadarus dahle. raya-raya juga tapi yang dikira amalan yang besar adalah apa yang dibuat semasa di bulan Ramadhan ni.

kita sebenarnya kena cari cara macamana nak syok beramal semasa di bulan Ramadhan dan raya tu dgn sendirinya akan datang tak kiralah kita bersedia atau tak - jgn runsing pasal raya tu. kita pun sebenarnya tak tahu samada kita akan jumpa the next Ramadhan. jangan kata saya ni keras tapi sedap kuih, cantik rumah, cantik baju raya, banyak duit semasa di 1 Syawal tu bukanla penentu kepada kehidupan yang selamat dan bahagia di akhirat. malahan kita beramal banyak camana pun sebenarnya turut tidak boleh di jadikan sandaran utk kehidupan akhirat yang selamat dan bahagia inikan pula tak de langsung amalan. akhir kata, 10 Ramadhan yg akhir ni kita sesamalah persiapkan diri utk memperbanyakkan amalan mana yg dapat..moga-moga amalan yang tak seberapanya ini dapat sedikit sebanyak menolong kita di akhirat kelak....wallahualam.

Sunday, October 08, 2006

ehh...ada tugas rupanya kita nih!?

assalamualaikum...

kita lahir, kita hidup, kita dibesarkan..kemudian kita membesar dengan sendiri, dewasa dengan sendiri kemudian kita membesarkan pula (anak-anak) dan kemudian kita sudah tiada. walaupun proses ni mengambil masa kekadang hampir 80 tahun atau ada yang 90 tahun dan ada juga yang 14 tahun namun jangan kita fikir kita terpacul di dunia ni tanpa sebarang tugas. apa - sesaja ke Allah turunkan kita ke dunia hanya untuk bersantai? rasanya dah tentu tidak sesaje kita dilahirkan ke dunia ni.

ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِنسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ
Tidak dijadikan jin dan manusia tu melainkan untuk beribadat kepadaKu.
Az-Dzariyat : 56

itulah dia tugas utama kita yakni beribadat kepadaNya. kita abdul...kita hamba dan Allah tuhan, bukan setakat tuan tapi tuhan!. kita Dia yang jadikan, yang cipta dan diciptanya kita untuk beribadah kepadaNya. apakehel yang kita sering terlupa tugas…yang bestnya bila kita tengok perkataan ‘beribadat’ tu mesti yang kita teringat solat, puasa, bayar zakat, pergi haji, zikir, tahlil, sembahyang malam, bersedekah dan sebagainya. jarang sangat yang kita nampak jadi anak yang baik kepada kedua ibu-bapa kita, jadi pelajar kat sekolah/universiti, jadi pekerja kat tempat kerja kita, jadi drebar teksi, jadi jaga kat kilang, jadi tok siak dan macam-macam kerja lagi itu sebagai ibadah. jarang bebb..! tapi itulah hakikat sebenarnya. maha suci Allah walaupun Dia tuhan dan Dia suruh kita beribadat kepadaNya tapi ibadah itu tidak hanya tertumpu pada amalan-amalan khusus semata-mata...bahkan bila kita bermuamalat (melakukan kerja-kerja baik) sebagai manusia itu juga di anggap sebagai ibadah. kalau di kira hukum dunia mana ada tuan yang beri banyak kebebasan kepada hambanya? ini Allah bukan tuan tapi tuhan tau...Tuhan! (maha tinggi, maha berkuasa, maha segala-galanya dari jawatan ‘tuan’ yang seciput tu)

bukan itu saja, kahwin ibadah, buang air ibadah, memasak untuk suami dan anak-anak ibadah, menyangkul ibadah, bawa keluarga berekreasi ibadah, bersenggama ibadah, merenung langit ibadah, makan ibadah dan macam-macam lagi. aduss...yang lagi bestnya bila ibadah-ibadah yang kekadang nampak tak macam ibadah ni bila kita buat baik-baik keranaNya kita dapat lagi imbuhan (ingat brother..kalau bebenda semua tu di buat tidak keranaNya maka tidaklah dikira ibadah). ambil contoh makan le brother..disambil kita terasa kesedapan makanan tu..kita dapat pula on top of it imbuhan ibadah (pahala). tak syok ke? satu lagi macam berdoa. kita mengharapkan sesuatu dariNya tapi bila lakukan saja doa tu imbuhannya dah kita dapat. yang diminta mungkin dapat dan bila meminta saja dah dapat imbuhan – 2 kali dapat tu. yang sudah tu sudah la brother...marile kita tenung-tenung balik, berubah dan cuba kita selesaikan tugas kita kat dunia ni..tak selesai tak mengapa, Allah tahu kita dah cuba sedayanya untuk selesaikannya. mati berusaha lebih mulia dari mati tak buat apa-apa....wallahualam.

Wednesday, October 04, 2006

'berkeinginan' yang susah nak padam

assalamualaikum…

berapa lamakah agaknya bagi seorang suami boleh hidup tanpa isteri di sisi? berapa lama pula seorang isteri boleh hidup tanpa suami? rata-rata rasanya mesti akan menjawab isteri boleh bertahan lebih lama dari suami. saya? secara peribadi pun bersetuju bahawa isteri boleh hidup lebih lama tanpa suami dari si suami yang tak boleh bertahan lama tanpa isteri di sisi. kita tengok je nenek, opah atau grandmother kita...bila atuk atau grandfather meninggal dia pun dudukle berseorangan hingga ke akhir hayat. gitu le selalunya namun ada juga beberapa kes yang bila atuk meninggal maka nenek pun kahwin lagi cuma kesnya jarang-jarang. saya sendiri melihat sendiri bagaimana nenek sebelah emak dan sebelah abah yang bila suami-suami (atuk-atuk saya le tu..) mereka meninggal maka mereka terus kekal berseorangan hingga ke akhir hayat. apakah sebab gerangannya takle saya tahu tetapi mungkin juga salah satu sebabnya adalah ‘kesetiaan’ dan satu lagi sebab ialah malas nak ‘berkhidmat’.

kita lihat sajale kejadian Adam dan Hawa. setelah sebegitu lama berseorangan tiba-tiba terlihatlah akan Adam sepasang burung (jantan & betina) yang terbang sambil bersendaloka. maka mohonlah akan Adam kepada Yang Maha Berkuasa agar dirinya dijadikan pasangan. diperkenankanlah permohonannya maka wujudlah Hawa. berkatalah Adam kepada Hawa, "engkau milikilah apa-apa yang kau suka di syurga ini...tetapi engkau adalah milikku." (kita tahu semua kejadian adalah kepunyaan Allah) di sini saja kita tengok betapa Adam memang sentiasa mahu memiliki Hawa dan betapa atas rasa ‘keinginan’ yang begitu tinggi menjadikan Adam memohon untuk dicipta Hawa sebagai pasangannya. maka asasnya adalah lelaki itu memang sentiasa ‘berkeinginan’ sebab itulah lelaki tidak boleh hidup lama tanpa ada pasangan. tapi kalau dalam kes ‘gay’...itu saya no komen le. diorang ni dah menyimpang dari fitrah. pelik dan no komen.

"Dan diantara tanda-tandanya, bahawa Dia menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu), supaya kamu bersenang-lenang kepadanya dan Dia mengadakan sesama kamu kasih-sayang dan rahmat." - Ar-rum : 21. maka apabila isteri tercinta meminta pandangan berkenaan bapanya (bapa mertua saya le tu..) yang mahu berkahwin lagi apabila perginya ibu mertua saya ke rahmahtullah, saya pun terus menyatakan agar di usahakanlah saja. teruskan saja niat yang baik tu. yeela...mungkin terlalu cepat tapi bila kita membicarakan berkenaan ‘keinginan’ maka memang susah untuk menahan tujahan ‘keinginan’ yang sebegitu. lebih-lebih lagi apabila tiada salahnya disisi Allah. jika dilihat dari satu perspektif, alhamdulillah sebab akan terpeliharalah lagi seorang wanita, kurangle bilangan wanita yang tidak berpunya/bersuami. dari satu lagi perspektif..bertambah besar dan cerialah keluarga. dari satu lagi perpektif...teruruslah kehidupan bapa mertua saya tu dan bila dikaji lama-lama memang semua perspektif adalah perspektif yang positif...maka teruskanlah! cuma baru-baru semasa kami sekeluarga berkereta untuk bersiar-siar saya terjelingle kepada isteri tercinta yang begitu ceria dan tergelak-gelak bila saya menyanyi-nyanyi kecil lagu "bapaku kahwin lagi" (konon khas untuk bapanya) tetapi seketika kemudian dia tetiba diam dan memuncung mulutnya...bila anak lelaki saya pula ikut menyanyikan lagu tu. sekarang saya pula yang ceria dan tergelak-gelak...walaupun hanya di hati....wallahualam.

Saturday, September 30, 2006

suami cemerlang, isteri gemilang dan....

assalamualaikum...

An-Nisa’ ayat 19: "Bergaullah dengan isteri dengan (cara kehidupan) yang baik". sebenarnya garis panduan untuk menjadi suami yang baik semuanya sudah Allah berikan bahkan Rasulullah pun banyak memberikan panduan dan nasihat bagaimana untuk menjadikan hubungan suami-isteri, ibubapa-anak ataupun hubungan kekeluargaan itu berjaya. berjaya bukan setakat bahagia tiada sengketa dan gaduh-gaduh tetapi bahagia dalam ertikata mendapat rahmatNya, bahagia di dunia dan insyaAllah bahagia juga di akhirat kelak. tetapi apa yang nak saya nyatakan kali ni adalah lebih kepada perhubungan suami-isteri. kita rasanya memang dah sedia maklum akan peranan suami yang sebagai ketua keluarga dia perlu mengemudi keluarganya agar sentiasa berada di jalan yang benar. tugas memangla berat tetapi imbuhan dari tugas yang berat selalunya lumayan. percayalah.

bagi isteri pula, tugas pada keluarga juga tak kurang beratnya tetapi yang penting bagi seorang isteri adalah suaminya. Abu Umamah menegaskan bahawa aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Kalau dibolehkan kepada sesiapa untuk sujud kepada orang lain nescaya akan ku suruh isteri sujud kepada suaminya." jadi kepada para isteri layanlah suami tu. suami pun bukannya ramai, seorang je. bila dah seorang tu selalunya permintaannya (permintaan untuk diri sendiri) pun bukannya banyak, bahkan suami yang waras dan baik rasanya insyaAllah tidak akan meminta benda-benda yang ntah apa-apa. habis kuat mintak makan-minum, minta baju yang bersih untuk dipakai atau digosok. yang selebihnya adalah layanan batin. itu je. kalau dia minta rumah yang bersih dan kemas, anak-anak di jaga baik dan sebagainya itu semua sebenarnya adalah permintaan untuk kebaikkan keseluruhan keluarga bukan untuk dia seorang je.

antara sabda Nabi lagi "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan dari mu, maka bererti telah gugurlah amalnya". lihatlah betapa perlunya isteri ‘mensetiai’ suami. di hadith lain pula Rasulullah pernah bersabda bahawa bagi isteri jika mereka menunaikan solat, berpuasa , mentaati suami dan menjaga kehormatannya maka dibenarkan dia untuk memasuki syurga melalui pintu mana yang dia suka. isteri adalah golongan yang paling mudah untuk ke syurga tetapi masih golongan yang paling sedikit bilangannya di syurga - renungkanlah. apapun, bukanlah di ruang yang terhad ni saya hanya nak memenangkan si suami sahaja, tidak sekali-kali. cuma kekadang seperti si suami, isteri juga terlupa menjalankan peranannya manakala untuk suami (yang memang kerap terlupa peranan), seperti saya katakan tadi tugas memang berat. accountability dan responsibility bukan setakat dirinya sahaja tetapi isteri, anak-anak dan keseluruhan keluarga. bila suami dah cemerlang, isteri pasti akan gemilang dan insyaAllah anak pun akan tak ‘terbilang’ ramainya....wallahualam.

Tuesday, September 26, 2006

apabila Ramadhan tiba lagi

assalmualaikum...


suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasulullah s.a.w bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?"

lantas sahabat tadi menjawab: "Ya Rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku."

"apa dia?" kata Rasulullah.

"hutang yang membelenggu diriku, dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

lantas baginda s.a.w bertanya: "apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"balaa ya Rasulullah. sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah."

lantas baginda mengajarkan sepotong doa. "wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insyaAllah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT; setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT."

Doanya: Allahuma inni a’uzubika minal hammi wal hazzan. Wa’uzubika minal ngajzi walkasal. Wa’uzubika minnal jubni walbukhli. Wa’zubika min ghalabatid dainni wakhahril rijjal

Ertinya: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepadaMu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah dari sifat penakut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu ya Allah daripada beban hutang dan tekanan (oleh orang lain)."

ada lapan penyakit yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith tersebut. al-ham, humum – keresahan, gelisah. resah, gelisah kepada sesuatu yang akan berlaku. al-hazan – dukacita, sedih. dukacita, sedih akan perkara yang telah berlaku. al-‘ajz – lemah. al-kasl – malas. al-jubn – sifat takut. al-bukhl – sifat kedekut. ghalabatid dainni – beban hutang. al-rijjal – tekanan perasaan.

lihat bagaimana Rasulullah s.a.w menyampaikan (dengan sifat tablighnya) dan tidak sesekali memperlekehkan masalah sahabat baginda malahan mengajarkan satu doa yang boleh menyelesaikan lapan penyakit.

akhirkata, marilah kita semarakkan ibadah dan perhebatkan amalan kita bukan setakat dengan doa yang di ajar Baginda s.a.w di atas tapi dengan ibadah dan amalan apapun yang insyaAllah bila dilakukan dengan ikhlas maka akan bergandalah rahmatNya mengiringi ibadah dan amalan kita itu. sekecil manapun kebaikkan jangan ditinggalkan dan sekecil manapun dosa jangan dibuat kerana barakahnya hidup kita di dunia dan di akhirat kelak hanyalah ditentukan dengan rahmatNya....wallahualam.

Sunday, September 24, 2006

bebenda pelik di Kluang

assalamualaikum...

sabtu malam ahad lepas, tepat pukul 11.47 malam aku sampai balik kat rumah. setelah 2 malam 2 hari di Kluang kerana tugas bersama Bro Mirza. kami bertolak ke Kluang pada pukul 8.35 malam jumaat dan alhamdulillah sampai di Ayer Hitam pukul 12.43 pagi. sampai je terus cari tempat nak mengisi perut – lapar bebb..! lepas tu sebelum nak check-in kami pi cari tempat yang akan kami buat kursus tu (Clay Industries) dan setelah hampir 5 minit cari maka jumpale tempat tu (itupun mungkin sebab mamat yang tempat kami makan tadi beritahu). lega. bila dah tahu tempat tu kami pun memulakan pencarian mencari tempat untuk bermalam. di pekan Ayer Hitam memang takde rumah tumpangan lagile hotel 5 bintang maka nak tak nak kami pun terus ke Kluang. Ayer Hitam ke Kluang lebih kurang 15 km.

lepas masukkan petrol ke dalam pacuan empat roda Bro Mirza dan dengan tunjuk ajar dari juruwang di stesyen petrol tu maka akhirnya dapatlah kami jumpa sebuah hotel bernama Naga... Inn. kami pun check-in dan terus ke bilik di tingkat satu. masuk je terus relaks jab lepas tu tunaikan le apa yang tertunggak. tengah dok relaks tu..."kedegangg!". tergezut jab aku...tapi relaks je sebab bunyi datang dari bilik air (Bro Mirza ada dalam tu..). lepas dia keluar aku pun masuk..tetiba "kedegangg"!. laa...aku ingat apa ke bendenya yang bunyi camtu rupa-rupanya toilet bowl tu jenis terjongkit (dah rosak le tuu..), jadi bila duduk atasnya maka berbunyile bahagian bawahnya berlaga dengan lantai simen bilik air tu. fuhh..tahule aku sekarang!!. esok pagi kami pun check-out, sebenarnya kami kena check-out dan pindah bilik ke bilik yang di booking oleh Clay Industries tetapi masih di hotel tu. penyambut tetamu kat situ kata barang-barang kami dalam bilik tu akan dipindahkan ke bilik yang di booking oleh Clay Industries tu jadi tak payahle kami nak kena angkut barang-barang tu masuk ke pacuan empat roda Bro Mirza balik.

dipendekkan citer setelah habis kursus di Ayer Hitam hari tu kami pun balikle semula ke hotel di Kluang. masuk bilik baru le kali ni. bilik okay tetapi satu lagi benda baru kami temui. gambarnya ada kat dalam blog ni. yang pertama ialah kesan sterika panas yang terdapat pada cadar Bro Mirza. Photobucket - Video and Image Hosting heran juga kami..macamana ada orang yg guna cadar sebagai alas kain untuk sterika baju? mungkin penghuni yang dulu kot. tetiba satu lagi benda pelik tetapi benar kami temui iaitu almari tergantung (gambar pun ada tuu..). Photobucket - Video and Image Hosting rupanya bukan setakat di Babylon je ada taman tergantung tapi di Kluang pun ada almari tergantung. dahsyat bebb!!. Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting apapun benda pelik yang kami jumpa namun hari-hari di Kluang dan Ayer Hitam telah kami lalui dengan baik dan dengan izinNya telah kami jalankan tugas secemerlang yang mungkin. mungkin apa yang diketemui ini akan menjadikan kami lebih berdaya maju di masa akan datang....wallahualam

Thursday, September 21, 2006

ujikaji ringkas

assalamualaikum...


kita rasanya payah sungguh nak tinggal satu benda ni...apa agaknya tu? menengok TV. saya sendiri masyaAllah memang rasa susah sungguhlah bila nak tinggal dari menengok TV ni. macam-macam kita dapat dari TV dari benda yang baik hinggalah ke benda yang tak berapa baik malahan kekadang tu kita pun sendiri heran pertama: macammana benda yang tak baik ni boleh terlepas masuk TV dan yang kedua; macamana kita pulak boleh menengok benda-benda tak baik ni...heh. jawapannya? tanyalah diri sendiri.

adalah satu buku yang saya dah berjaya menghabiskan membacanya. buku berkenaan motivasi pengarangnya orang putih (dia ada karang buku-buku lain). salah satu cara nak motivasi diri katanya ialah dengan berhenti tengok TV. mula-mula tergezut jugaklah bila saya baca...tapi bila baca apa yang dia ‘explain’ maka nampaklah kemunasabahannya. kita tengok TV, kita tengok orang berlakonlah, kita tengok gelagat binatanglah, kita tengok peristiwa yang terjadi di seluruh dunia…kita ‘concern’lah gitu...baguss. tapi kita yang penengoknya tak pernah ke teringin ke untuk sendiri berlakon atau untuk tengok lakonan sendiri? atau rasanya orang yang kita tonton dalam TV ada ke ‘concern’ kat kita yang dah sampai terjojol bijik mata, dah beribu ringgit habis bayar letrik (sebab tengok TV la) menengok lakonan diorang semua tu?. yang sedihnya menurut orang putih tu lagi..kita kekadang sampai terlupa tugas dan tanggungjawab bila menengok TV. masa kualiti bersama keluarga habis sebab TV. masa nak beribadah pun dah jadi singkat sesangat. apatah lagi masa nak buat kerja-kerja rumah (menyangkul ke, mengecat ke, lipat baju ke, basuh simen ke, repair sinki ke, tengok homework anak ke, basuh keta ke dan macam-macam lagi) dah tentu tak sempat punya.

jadi bagi saya apa pun yang kita buat biarlah bersederhana…termasuklah dalam bab tengok TV ni. percayalah kekadang tu rasanya bila kita tak sempat tengok citer kegemaran kita rasa ralat sesangat..macam ada yang tak kena lah. sebenarnya itu semua hanya ilusi mainan perasaan dan sedar-tak sedar bila kita ralat tu maka sebenarnya yang berjaya adalah penerbit rancangan yang kita minat tu. kita? berjaya? hmmm....susahlah nak kata. saya bagi satu ‘test’ yang menarik jika anda ingin buat. cari satu malam...dan bermula dari pukul 7.00 malam hinggalah sampai habis siaran kira pukul 12.00 tgh malam atau pukul 1.00 pagi anda tutup TV di rumah anda. cubalah. saya dah cuba dan sekarang menutup TV jika saya, isteri atau anak-anak nak siapkan kerja rumah bukanlah lagi sesuatu yang pelik dan susah. kalau saya sekeluarga boleh rasa ‘miracle’nya bila ujikaji ni dilakukan...insyaAllah anda juga akan turut rasa....wallahualam.

Sunday, September 17, 2006

otak oh otak atau otak-otak

assalamualaikum...


otak kita yang kecil ni selalu sangat tanpa kita sedari kita bebankan dengan pelbagai isu. yang lagi tak patut bila isu-isu yang kita nak otak kita proses adalah isu-isu kecil, yang remeh malahan bagi separuh orang mungkin itu bukan pun satu isu. tak patut- tak patut...kita bila disuruh kerja lebih masa lebih-lebih lagi kalau takde bayaran lebih apalagi mulalah nak merungut, nak bagi alasan dan kadang-kala nak dipukulnya orang yang suruh kita kerja lebih masa tu. apakehelnya brother...bila tang bab fizikal tahu plak letih le, takde tenaga le, nanti demam le, umur dah lanjut le, kederat takde le...macam-macam lagi le. tapi di masa yang sama tanpa kita sedari kita dok memikirkan hal yang tak sepatutnya kita fikirkan dan kadang-kala melalut sampai berhari-hari...takle pula rasa terbeban malahan syok gitu. contoh: bila member ofis lambat balik...mulalah kita dok fikir yang dia tu ada masalah kot kat rumah. yang dia tu sebenarnya nak bodek bos tu..yang dia tu tengah nak tunggu girlfriend baru call ajak keluar..macam-macam lagi kita fikir. seperti saya katakan tadi kekadang tu sampai berjam-jam dan berhari-hari kita fikir. yang bestnya bukan dapat bayaran pun...apa yang kita ‘extra’ fikir tuu..

otak pun sebenarnya adalah sebahagian dari organ badan kita...memanglah fizikalnya otak takdelah buat apa-apa yg 'extra' tapi cara organ yg satu ni bekerja adalah dgn berfikir dan kita pulak dengan rasa tanpa segan-silu dok belasah dia buat kerja yang ntah apa-apa tu. kesianle sikit kat organ yang satu ni. jagalah otak tu banngg...rasanya semua kita sedar bahawa walaupun otak ni kecik tapi sumbangan dan peranannya dalam kehidupan kita teramatlah pentingnya. otakla yang buat kita tak makan rumput macam lembu, yang buat kita bila nak terberak cari tandas...yang menjadikan kita boleh cipta macam-macam teknologi yang ada disekeliling kita ni. yang PASTINYA menjadikan kita manusia. orang yang dah mereng otaknya memangla masih bole dipanggil manusia tapi manusia macam pulak dia tu? manusia yang hampir pupus fitrahnya.

otak sebenarnya walaupun sangat dahsyat kemampuannya hingga boleh cipta bom nuklier (betulke ejaan n?!), boleh hantar manusia pergi ke bulan namun ketahuilah bahawasanya dia beroperasi masih mengikut kawalan kita. dia tak boleh sendiri-sendiri fikir macamana nak cipta kapalterbang, dia perlukan arahan. dia perlukan gesaan. dia perlukan dorongan dan dia perlukan didikan. namun percayalah macam kita dia pun kekadang curi tulang gak..nak tahu masa bila?. masa tidur le brotherrr..kita tak arahkan pun dia dah ‘terbang’ ke macam-macam tempat. dan satu lagi ketika yang paling bahaya yang dia boleh ‘terbang’ tanpa arahan kita ialah semasa bila? semasa kita solat...angkat je takbir bussssh...dia pun’take-off’ ntah kemana-mana..kekadang tu bukannye jauh pun..cuma pergi rumah jiran sebelah je...itupun sebab terbau tumis sambal yang jiran tu masak. mengembaralah si otak sambil memikir-mikir sedaple orang sebelah makan malam ni..lauk sambal tumis tuu. jadi jomla kita guna otak kita tu untuk kita ‘fikirkan’ bersama bende 'simple' ni sambil dok makan otak-otak tu...wallahualam.

Sunday, September 10, 2006

suara bingit yg membahgiakan

assalamualaikum...

Photobucket - Video and Image Hosting
teruk aku kena jam hari ni. dari 5.30 petang hingga ke 7.00 malam. dimana? di Rawang di kawasan nak ke Templer Park. kami dah hampir 5 tahun bermastautin di Rawang. perhh...hari ni punya jam..memang teruk seteruknya. mungkin sebab hari Jumaat dan orang pun turut sibuk nak balik kampung ikut jalan lama (untuk ke utara). sabar dah memang hilang, cuma ada sedikit kewarasan yang menghalang aku dari park kereta tu kat tepi (atau di tengah-tengah jalan) dan berjalan kaki balik! Rawang kalau bab jam ni sebenarnya dah boleh di masukkan ke dalam senarai tempat-tempat menarik untuk dilawati sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 – hanya kerana jamnya sahaja!! macam kita tahu Larut adalah kawasan paling lembab dengan hujan yang kerap maka Rawang adalah kawasan yang hebat dengan jamnya..mungkin pelancong boleh pakat-pakat duduk tepi jalan masa berlangsungnya jam tu dan tengoklah gelagat pemandu-pemandu kenderaan yang sedang menghadapi jam tu. malahan diorang boleh amik gambar lagi.

yang aku sedikit gusar adalah anak-anak, lambat lagi le mengambil diorang dari nursery dan hari ni memang lambat teruk pukul 8.00 malam baru kami tiba menjemput mereka. adusss...kesian menengok diorang ni.. dalam kereta semasa nak sampai di nursery tu..sikit punya resah, geram, panas hati, rasa tak puas hati dan bermacam rasa lagi dah aku luahkan dek kerana lambat berbangat mereka membesarkan jalan yang jam tu (termasuklah JKR, PBT juga Kerajaan dan kontraktor yang sibuk dok buat kerja pada waktu puncak camni). yang jadi mangsa isteri disebelah..nasib baik dia jenis yang senyap je. namun aku memohon padaNya agar sampai selamat, dapat jemput anak dan dapat pula kejarkan Marhgrib.

masuk je anak-anak ke dalam kereta lega aku rasa. penat hilang, gusar pun hilang. dada yang sedikit sakit mungkin sebab tension hilang serta-merta bila dengar anak aku yang perempuan (my little princess) tu mengomel..” adik dah patah kepalala abah...tunggu lama abah dengan mama “....(dia cakap ada bunyi lain sikit sebab pelat). patah kepala?..he,he..he agaknya sakit leherla tu sebab terjenguk-jenguk di tingkap nursery tu untuk melihat samada kami dah sampai ke belum. Lepas dari ayat pertama tu...maka tak habis-habisla mengomel, mengadu dan bercakap tak henti-henti. yang abang dok relaks je...(dia jenis diam). menyanyi pulak si adik ni...membingitkan telinga aje! ntah apa-apa yang di nyanyi aku pun tak tahu butirnya..tapi yang penting yang bingit itulah yang menbahagiakan. yang lagi best bila sampai je kat rumah aku terus peluk si adik tu...tenang rasanya..yeelaa.. budak sekecik dia memang syok di peluk sebab kita ni orang dewasa banyak cas-cas negatif dan bebudak cam dia banyak cas positif (sebab dia takde sifat/penyakit mazmumah seperti dengki, khianat, iri-hati, panas-baran dan macam-macam lagi). bila cas negatif yg banyak tu jumpa cas positif maka balance le balik cas-cas negatif tu. itulah keagungan Allah Azza Wajalla dan bila dah lepas peluk anak-anak, mak pada anak-anak tu pulak le kita peluk...cuma malam-malam sikit le... wallahualam.

Wednesday, September 06, 2006

kemahiran yg kita terlupa kita ada

assalamualaikum....

kita selalu teringin nak buat 2-3 benda sekali gus tetapi terbantut bila memikirkan benda-benda tu tak mungkin terjadi sesempurna mungkin. tapi pernah kita teringat yang kita satu masa dulu semasa berumur 1-2 boleh melakukan 2-3 benda serentak. masa emak kita suap kita makan, masa tu la kita berlari-bermain, masa tu la juga kita 'memenuhkan' lampin dan masa tu la juga kita menjerit-jerit memanggil abang/kakak/adik. semuanya kita buat dgn sempurna....ye tak? apa nak fikir masa tu....tak da apa. jadi kenapa sekarang kita susah nak buat balik? susah nak buat 2-3 benda serentak pada satu-satu masa? ianya adalah kerana masa kecik tu kita tak fikir....just buat guna 90% kemahiran otak rasa yg disebelah kanan tu. bila besar gedebak cam sekarang kita guna 10% otak fikir di sebelah kiri tu. sebab tu la kita susah nak buat. kita fikir itu, kita fikir ini....fikir-fikir-fikir tak sudah-sudah.

satu contoh orang dewasa yg boleh buat 2-3 benda serentak adalah emak-emak kita dulu. diorang ni boleh tengok citer hindustan, sambil hayun buaian (sambil menyanyi mendodoikan anak tidor) dan di masa yg sama melipat kain. hebat brotherr...hebat! bila lepas tu kita tanya pasal apa citer hindustan tu dia boleh citerkan balik. kita mesti kena asah balik kemahiran dahsyat yg kita ada ni...rugi sebab benda ni semua dah ada kat kita, kita dah memilikinya...cuma kita lupa nak asah nak berikan keutamaan padanya.

cuma apa yg perlu kita ketahui ialah bila buat 2-3 benda serentak kita perlula juga berikan keutamaan - antara 2-3 kerja tu yg mana nak di dulukan dan yg mana nak di jadikan nombor dua, nombor tiga dan seterusnya. yeelaa....macam masa budak-budak dulu masa kita tengah 'memenuhkan' lampin maka masa itu terhentilah seketika dari mengunyah makanan. sama macam emak kita tu...sebab yg dia boleh citerkan storyline citer hindustan tu adalah kerana 1st priority adalah mengikuti citer tu dan 2nd priority adalah menidorkan anaknya...dan seterusnya. 1st priority dan 2nd priority sebenarnya terpisah antara jarak masa 1-2 saat (atau nanosecond je)dan kerja-kerja 2nd priority dan 3rd priority dan seterusnya sebenarnya dilakukan dgn menggunakan 90% kemahiran rasa yg di sebelah otak kanan kita tu.....wallahualam.

Monday, September 04, 2006

bendungan pecah di Sabak Bernam

assalamualaikum...

tanggal 2 dan 3 sept baru-baru ni saya ke sabak bernam untuk bersama rakan. tujuan? mengendalikan kursus perkhidmatan pelanggan untuk perpustakawan-perpustakawan yang berkhidmat di bawah PPAS (perb. perpustakaan awam selangor). segala bendungan mental telah kami cuba terobos dan kami pecahkan. hasil? insyaAllah...semua faham dan semua bersedia untuk berubah ke arah kecemerlangan disamping meningkatkan kualiti kerja. walau tugas hanya untuk dua hari tapi bukanlah sebarangan dua hari tapi dua hari yang mencabar. Photobucket - Video and Image Hosting
kami mencari dan meneliti kaedah terbaik untuk memecah bendungan tersebut dan akhirnya dengan izin Allah telah sedikit-sebanyak kami temui cara dan bagi saya sendiri peribadinya..cara dan sesi kali ini juga turut telah berjaya menolak diri sendiri untuk menerobos sempadan diri dan memperkuatkan semangat untuk terus memperhebatkan perjuangan.
Photobucket - Video and Image Hosting

apakah dia perjuangan ni? sesi yang sebegini sebenarnya adalah satu medan perjuangan, satu bentuk dakwah, satu cara menyampai dan menyebarkan ilmu-ilmu Allah. perjuangan itu adalah dalam bentuk untuk menjadikan mereka (dan diri sendiri)mengenali kembali diri, menjadikan mereka (dan diri sendiri) agar lebih fokus pada yang positif dan yang penting menganjurkan mereka untuk sesama melakukan penyerahan hanya kepadaNya. bila elemen-elemen ini telah sedikit-sebanyak dipenuhi maka insyaAllah..kecemerlangan bukan sahaja ditempat kerja malahan dalam konteks yang lebih besar lagi iaitu kecemerlangan dalam hidup dapat mereka kecapi.
Photobucket - Video and Image Hosting

kepada rakan-rakan yang memberikan kesempatan untuk saya bersama sesi kali ni..amatlah saya berterima kasih. brother roy, mirza dan sesapa jua. sesungguhnya perjuangan memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan keberanian..dan dari mana keberanian, kekuatan, ilham, semangat dan kekuatan ini datang? tidak lain hanya dari Allah. saya panjatkan syukur padaNya. walau agak terasa kepenatan dan sekali-sekala terasa juga kepeningannya...tapi bila memikirkan apalah sangat penat dan pening jika dibandingkan dengan menjalankan amanahNya – membangunkan jiwa-jiwa yang lesu dan yang didalam kekaburan, Photobucket - Video and Image Hosting
maka hilang le penat dan pening itu malahan yang terpenting di sini adalah bila...jiwa sendiri turut ‘terbangun’ dan ‘melonjak’ menuju kepada hakikat ‘pencarian’ yang selama ini diselindungi oleh ‘kekaratan’ angkara ‘kebenakan’ sendiri...wallahualam

Friday, September 01, 2006

susahke nak cemerlang?

assalamualaikum...

ketemu lagi kita. semoga kita sentiasa cemerlang. cemerlang-cemerlang ni... sebenarnya apa? pada saya skop cemerlang ni sebenarnya tersangat luas. tapi sekarang ni orang dok fikir pasal hasil dan keputusan (result or outcome) sahaja. maknanya kalau hasil atau keputusan cemerlang maka cemerlangla orang tu....betul ke? kita tengok budak dok skor SPM dapat 16A...bila dia dah dapat 16A (keputusan dah diumumkan) barulah kita sibuk nak tahu camna cara dia belajar atau mengulangkaji pelajaran, sebelum result 16A tu keluar apa sangat yang kita nak tau...tapi terfikirke kita bahwasanya masa dia dok menelaah pelajaran (sebelum menghadapi peperiksaan tu) hanya dia seorang tahu yang dia memang dah cemerlang. cemerlang sebenar walaupun boleh tapi jangan diletak sangat pada ukuran. kalau tak percaya kita tengok Bill Gates (manusia terkaya didunia)...dulu dia pun drop-out dari universiti dia belajar....maknanya belajar tak habis. tapi bila dia dah dapat sikit ilmu...dia berhenti dan buka microsoft. hahh...sekarang! universiti yang dia tak habis belajar dulupun dia boleh beli kalau dia nak.

sebenarnya mereka yang dah tersangat usahanya tapi tak mendapat keputusan yang baik juga sebenarnya adalah mereka yang cemerlang...cemerlang berusaha tapi mungkin dari segi teknik dan pemahaman mereka kurang maka keputusan mereka tidak le baik jadinya. dan kekedang tu mereka ni boleh pula cemerlang dalam bidang lain....macam kes Bill Gates tadi. lagi satu orang kata cemerlang hanya bole pada satu-satu kemahiran sahaja tak boleh pada banyak kemahiran...betul ke? lagi sekali kita masukkan sangat elemen ukuran...apalah sangat kita...nak tentukan segala-galanya. kalau ada orang boleh cemerlang dalam lebih dari satu maka itu dah kira okay le tu... kita ambil contoh atlit olahragale...kalau dia dapat emas dalam 100m, emas dalam 400m tetapi perak dalam 200m adake boleh kita kata dia tak cemerlang dalam 200m tu? macam nak terkeluar lutut dia berlari, berlatih berbulan-bulan...tetiba dia cuma dapat perak dalam 200m orang dah kata dia tak cemerlang....boleh ke? pada saya dia tetap cemerlang kerana usaha dia untuk dapat emas dalam 200m, dalam 100m dan dalam 400m tu sama sahaja. sasarannya tinggi dan usahanya juga tinggi. cemerlangla tu...

bila sasarannya tinggi usahanya juga tinggi maka pada saya dia dah cemerlang. dia dah ada kecemerlangan prestasi tahap tinggi(KPTT). kptt adalah satu perkara yang saya baru jumpa dan sedang di'explore'. kptt menolak ketepi sekejap hasil dan keputusan. ia lebih mementingkan sasaran yang tinggi (satu manifestasi fikiran - sebab bendanya takde lagi) dan proses 'usaha' yang sentiasa kekal tinggi.
walaupun keputusan tidak diambil kira tapi cuba kita tengok selalunya apakah yang terhasil bila : sasaran yang tinggi + usaha yang kekal tinggi = hasil yang tinggi/cemerlang kan?. tetapi jika sasaran yang tinggi dan usaha yang kekal tinggi telah/sedang dilakukan maka individu itu pada saya adalah seorang yg telah mempunyai kecemerlangan prestasi tahap tinggi (KPTT) tidak kirala dalam apajua bidang yang diceburinya. saya menolak ketepi ukuran (yg menggunakan 'hasil' dan 'keputusan' itu tadi). lagi satu bila sasaran dah tinggi....kalau di terkantol pun mungkin sasaran berikut yg akan dia singgah masih ditempat yg tinggi. jadi adakah susah untuk cemerlang?...tarik nafas dalam-dalam, hembus dan fikirkan sejenak....wallahualam

Wednesday, August 30, 2006

jaga anak

assalamualaikum...

sudah 2 hari aku dok di rumah jaga anak yg bongsu yg dilanda penyakit chickenpox atau campak air. yg bongsu ni perempuan umur baru 3 tahun lebih. dek kerana isteri yg payah nak dapat cuti dan maid pun memang kiteorng takde maka aku rela menjaganya. sebenarnya takde apa yg nak dikatakan membebankan yeela...jaga anak sendiri. aku pun dah selalu jaga diorang bukan le kata bapa mithali tapi entahle kekadang tu rasa syok juga menjaga diorang ni. yang peliknya bila aku yg jaga isteri aku pun heran menengok bebudak ni..sikit punya tertib dan mengikut kata. mungkin sebab aku jenis straight-to-the-point takde hanky panky. anak-anak pun jadi susah nak melenggok atau nak mengada (macam apa yang orang dok kata tu..). aku lapkan badan (doctor tak bagi mandikan), aku buat susu, aku bagi makan ubat, aku bagi makan (macam bela kucing lak bunyinye...yek!), aku tidorkan, aku tukarkan baju dan macam-macam lagi. aku kekadang terasa makin ‘emotionally and spiritually bounded’ bila buat benda-benda ni dengan anak...dan bila dibuat hanya dengan niat menjalankan amanah yang Allah beri atau kerana Allah lagi le nikmat rasanya. syok...bebb!.

letih? memangle letih tapi berbaloi..korang yang ada anak tu cuba le buat...tak tipu punya. anak-anak pulak insyaAllah akan ingat sampai besar akan benda-benda yang kita buat untuk diorang dan jangan lak pulak pasang niat besok bila diorang besar diorang akan memberi balasan atau pulangan (macam tiap-tiap bulan bagi duit kat kita), itu dah tersalah konsep brother. kita buat ni semua hanya kerana Allah. Tapi esok bila diorang bagi tu...ambik je la. rezeki tu. cuba kita renungkan sejenak...ingat sesaje ke Allah amanahkan kita anak-anak ni. We’re the chosen one brother. ramai yang dah berpuluh tahun kahwin tak dapat-dapat anak...amacam?. Dia dah tahu dah bila kita di amanahkanNya anak kita mesti boleh membesarkan anak-anak tu…dalam wirid kan kita ada baca
la yukallifullah nafsan illa wus’aha
(al-baqarah 286) ertinya - Allah tidak memberati manusia, sekadar tenaganya sahaja.

lagi satu, kalau nak dikira betul-betul menjalankan amanahNya ni boleh le dikatakan setakat sampai diorang umur 17 tahun je...lepas tu kalau dah sure didikan yg diberi sebelum ni adalah yang terbaik dan ikhlas kerana Allah, insyaAllah diorang akan berjalan dan membesar dengan baik secara automatik je lepas tu. tak payah risau dah!. seperkara lagi bila kita dok jaga dan besarkan anak-anak kita ni sebenarnya ‘exercise’ ni turut juga ‘membesar’ kan kita. membesar = mendewasakan. banyak juga ilmu yang kita perolehi semasa menjalankan tanggungjawab yang Allah amanahkan ni...tak gitu? jadi kan ke betul kalau tak kita ni istimewa mana mungkin Dia nak beri amanahNya pada kita. ini bukan sebarangan amanah brotherr....wallahualam

Thursday, August 24, 2006

fikir dan rasa

assalamualaikum...

cuba terus anda lakukan ini...tarik nafas dengan agak laju sedikit ttp bila nafas di tarik melalui hidung dilepaskan pula melalui mulut. buat 3X. kemudian cuba buat camni pulak..tarik nafas perlahan dan bila nafas masuk sila pastikan yg abdomen (perut tu kembung)dan keluarkan nafas perlahan-lahan dan bila lepas pastikan perut tu kempis. buat 3X. kemudian cuba buat pernafasan yg perlahan tu 3X lagi ttp kali ni dengan pejam mata pulak. selepas tu buat pula dengan mata pejam ttp dengan kiraan 2 semasa tarik nafas, kiraan 4 semasa menahan nafas (dan perut juga tgh kembung) dan kiraan 2 semasa melepaskan nafas tu (perut terus kempis). sekarang buat sesi yg sama seperti diatas ttp semasa menarik nafas bayangkan anda menyedut segala kebaikan dan semasa menghembus keluar bayangkan anda membuang segala keburukan...juga buat 3X. amacam? apa rasa? ada relaks sikit..ada tenteram sikit. anda sebenarnya telah mendapat sistem bernafas tahap 'advance level'. kalau tak rasa apa-apa pun jangan risau. terus buat dan yakin. cuba buat sesi ni masa anda tengah betul-betul sibuk, tension, pening, dan semasa suasana keriuhan. insyaAllah anda rasa dia punya 'best' tu...kalau saya dapat merasanya kenapa tidak anda?

isnin dan selasa lepas saya menghadiri satu sesi kursus. tajuk kursus? mindpower. perkara yang di ketengahkan dalam kursus ini adalah berkenaan fikir dan rasa. fikir dilakukan oleh otak kiri kita (kalau anda mengadap monitor maknanya di otak sebelah kiri anda sekarang)dan rasa dilakukan oleh otak kanan anda. tahukah kita bahwasanya kita dilahir dengan 90% kebolehan rasa dan hanya 10% kebolehan fikir? ttp yang kita dok belasah pakai selama 30 tahun (kalau umur dah 30 tahun laa) ialah yang 10% tu le. pernah kita tengok budak 1-2 tahun terus boleh buat kira-kira matematik atau boleh membaca? rasanya tak pernah bukan (melainkan yg genius le...tpp mereka ni selalunya pendak umur) tetapi pernah kita tengok budak 1-2 tahun boleh lukis yg bukan-bukan ttp mengatakan pada kita yg dilukisnya tu adalah abang dia, emak dia, bapa dia atau rumah dia... atau pernah kita tengok budak camtu main masak-masak lepas tu bagi kita makan kuih yg dalam piring mainan tu (yg kita tengok kosong - takde apa-apa pun)

bermakna budak tu sebenarnya sedang menggunakan kemahiran rasa mereka dengan sangat kuat sehingga bila kita tengok diaorang makan kuih halimunan tu macam betul-betulkan? ttp sayangnya bila kita semakin meningkat dewasa segala kemahiran rasa telah kita tutup dengan kemahiran fikir yang 10% tu. ttp ada mereka yang masih menggunakan kemahiran rasa 90% mereka tu dan mereka dapat banyak kebaikkan dengannya. antara kebaikkan - berani, tenang, kreatif, tegas, energetic dan bermacam-macam ciri positif lagi....bila kita dapat sikit-sikit buat benda yg positif ni kita sebenarnya dah dapat menggunakan (juga sikit-sikit) kemahiran rasa 90% kita tu dan bayangkan kalau anda guna terus (atau banyak-banyak) kemahiran rasa ni....agak-agak apalah kehebatan yang akan terhasil? dan bila saya kata bayangkan (anda sebenarya di minta menggunakan kemahiran rasa anda).....wallahualam

Saturday, August 19, 2006

EPL oh EPL

assalamualaikum...

EPL datang lagi...memeriahkan suasana, tapi yeelaa..cuma pada mereka yg bergelar suami (ada juga isteri yang menggila minatnya pada bola ni..) dan pada mereka yang minat bola jela atau yg spesifik pada mereka yg minat EPL la, sebab dalam dunia ada macam-macam liga lagi..Spanish Primera League, Bundes League, Serie A (Itali) dan M-League (Malaysia la tu...). kalau cakap pasal England ni aku bukan suka sangat negara dia, ialah bila diorang join dengan Amerika dok hentam orang seagama dengan aku dan tuduh macam-macam Islamic Facist la..terrorist la..lepas tu dok sekongkol dengan Israel belasah Palestine dan Lubnan. memang setiap detik dan saat aku dok mencilakakan diorang tapi bila tiba bab EPL ni bolele sikit aku suka. team yg aku minat? Chelsea brotherrr..

dulu sebenarnya aku minat kat Hotspur tapi beberapa tahun kebelakangan ni jadi minat lak kat Chelsea. mungkin diorang tengah menang jadi sebab tu la yang aku minat....he,he,heh. menengok pada barisan pemain terbaru yg diorang ada sekarang ni pehhh...gila beb, star ramai tuu.. aku memang teringin sangat nak menengok si Sheyvchenko (harap betulla ejaan ni) tu main tetiba dia masuk Chelsea lak hemmh…okla tu dapat aku menengoknye. kat world cup dulu pun mamat ni main sat je…tapi memang power juga le! sebenarnya kalau Chelsea ni tak dapat johan liga Inggeris kali ketiga pun takpe...cuma aku nak menengok diorang menang Champions League plak. barule tak nama jaguh kampung.

seperkara pasal bola tak kirale mana-mana perlawanan pun..kita sebenarnya kene tengok macam mana strategi, skil, taktik dan yang paling penting ‘teamwork’ diorang. semuanya tu kita boleh belajar dan sikit-sikit mungkin kita boleh apply kan ke dalam kehidupan kita. menyusun strategi dan planning tu kan ke penting? jadi takdela bila menengok tu tengok buta je.. tapi brother, tengok bola tengok juga - urusan seharian yang lebih utama jangan lupa. ibadat jangan lupa...tengok seadanya dah le. kita sorak sampai tersembul kerongkong tapi apapun tak dapat bahkan diorang yang kaya. kalau anak merengek kene juga tengok (bagi mereka yg ada nak kecil tu) kalau isteri merengek lagi le kene tengok…lelebih lagi bila isteri merengek sebaik anak-anak tu semua dah tido...mesti kot mana pun kene pi tengok siisteri tu. mana la tau silap-silap kita pulak boleh ‘score’...heh,he,he.. bola oh bola....wallahualam.

Thursday, August 17, 2006

believe and confident

assalamualaikum...


believe and confident. 2 normal ordinary words. we read it all the time, we saw it so often and we used to say it probably more than once in a day. how about the meanings? definitely it has difference meaning isn't? these 2 words actually is not words that we let them pass us just like that. they are special. believe - we apparently do not have problem when come to apply it in our normal everyday life. we believe in this, we believe in that...so on and so forth. some will say they strongly believe and some would probably say they're not so much believe in whatever things that they supposedly to believe in. many difference level of believes.

actually believe is like a statement. a statement that we instill and we stick it into our mind. we would'nt questioning the truthness. upon to simply believe, it appears that there must be series of events has taken place where the results are all the same. or the series of tests we conducted (might be in our brain) has gave us one similar result. or the undevided undertandings that we got it from our God. we can easily do the 'believe' thing.

but what about confident? is it that simple and that easy to become confident. take this as example : we believe we can arrive in Johore in 3 hours...but are we confident enough that we will definitely reach Johore in 3 hours? some would say yes to this...okay. but there are some would say, " i don't have confident that the journey will take 3 hours to finish ". confident - is something that not that easy to apply comparing to believe. these 2 words actually need to be adopted side by side. if we strongly believe, no matter what we must also strongly have confident. we cannot strongly believe in whatever we're doing and at the same time do not have confident in it. or we cannot say we really do not believe in whatever we're doing but we confident it will bring success to us (actually you're confident to what?).

if we believe that the journey to Johore will be finished in 3 hours, we must have confident that the journey will end-up in 3 hours. if we really-really 100% apply this...you'll see that the journey ultimately will take 3 hours. if we believe that God is the One who's giving us wealths and prosperities we must have confident that if we sincerely ask we'll get it from Him sooner or later. we would not be knowing the exact time but if we believe and we have confident...we (by His consent)will get it.....wallahualam

Tuesday, August 15, 2006

tiada rahsia.....ye ke?

assalamualaikum...

tempeleng le....kalau semua yg rahsia dah jadi tak rahsia lagi...sebenarnya rahsia ni takpayah cakap yg perkara tu rahsia. kita selalu beranggapan perkara yg tak nak di beritahu itu adalah rahsia...rasanya kurang tepat. kita amik contoh camni..ada artis kahwin dua. bila reporter tanya betulke dia kahwin dua. dia kata dia tak nak jawable soalan tu...maka adakah dia dikatakan berahsia? bagi reporter tadi bila si artis tu taknak beritahu maka dia kata artis tu berahsia. betul ke gitu? artis itu cuma cakap dia taknak beritahu itu je.. cuba kita beritahu rahsia tu macam kita beritahu bende-bende lain tentu takde rahsia kan? yeela..dalam sibuk-sibuk beritahu bende-bende lain kita saja cakap sekali ‘perkara’ yang sepatutnya rahsia tanpa labelkan yg ‘perkara’ tu rahsia...tentu orang yg menanya tak tahu pun perkara yg kita beritahu sebenarnya ada antaranya adalah perkara rahsia. rahsia sebenarnya tak boleh di beritahu oleh orang yg menyimpan rahsia. adale sebab dia nak perkara itu jadi rahsia...tetapi rahsia perlu dibongkar oleh orang lain. dan bila dah terbongkar maka orang tadi (yg menyimpan rahsia tu) hakikatnya tak boleh marah sebab dia yg labelkan ‘perkara’ tu sbg rahsia jadi dah tentu ia akan menarik orang untuk melakukan pembongkaran...amacam ada fening ka? tetapi jika ada orang yang menghebahkan sendiri ‘perkara’ yg dulu dia kata rahsia maka orang tu mesti saja nak cari publisiti...hehehe.

untuk mengelakkan kontroversi orang yg menanya tu kena le cakap ‘boleh beritahu…’ bukannya ‘boleh ceritakan rahsia...’jadi sama-sama tak terkedu. tapikan selalunya yg ‘sedap’ untuk dikontroversi atau di gegak-gempitakan adalah rahsia yg telah kononnya terbongkar kan? bunyinye glamour dan sensasi tak gitu? jadi bila tiba tang ni..orang yang menanya tu le yang pandai. disensasikan perkara biasa (yang mulanya orang tu taknak beritahu) menjadi rahsia yang dah terbongkar! orang yang menanya dapat nama (popular) yang ditanya bertambah juga popularitinya. kita yang ikut seronok pun kekedai membeli majalah untuk membaca rahsia sensasi tu…maka syarikat penerbit majalah pun semakin berat kantung mereka. jadi sapa yang untung sapa yg tak dapat apa-apapun? konon nak tahu perkara rahsia...tetapi sebenarnya ‘perkara’ tu bukan rahsia pun. cuma disensasikan menjadi rahsia yang sudah terbongkar melalui kepandaian sipenanya itu tadi. sesama le kita fikirkan.

perkara rahsia selalunya adalah untuk pengetahuan sendiri je...dan kekadang tu disimpan sampai bila-bila hingga lupa le. ‘rahsia’ dengan ‘perkara yang tak mahu diberitahu’ sebenarnya adalah dua bende berbeza. lagi satu...apa yang seronoknya dapat tahu rahsia orang? adakah ini akan menambahkan duit poket kita? dapat menambah perisa dalam makanan yang kita masak? dapat menjadikan kemahiran menjahit kita semakin dahsyat? semakin lawas buang air besar kita? apa sebenarnya yang kita dapat? lagi sekali - sesama le kita fikirkan....wallahualam.

Friday, August 11, 2006

mari memberi sumbangan

assalamualaikum...

hari jumaat dah pun tiba, sekejap je kan? dah seminggu. so apakah sumbangan yg dah kita beri kepada agama, bangsa dan negara dalam seminggu yang lepas? gini le kita cakap pasal sumbangan kepada kumpulan terkecil le iaitu 'keluarga' kita. apakah sumbangan yang telah kita beri kepada keluarga kita? tak kira le samada dalam keluarga tu kita ni ayah. ibu, anak, adik, abang, kakak dan sebagainya. sebenarnya keluarga ni penting...di barat pun dah ada 'culture' mementingkan keluarga. kita kat sini pulak yang terbalik...dah mula untuk tidak mementingkan keluarga. ayah abai anak, isteri abai suami, suami abai isteri, anak melawan kata - lawan makbapak dan berbagai-bagai lagilah. cubale kita bayangkan mereka yang dah kahwin berbelas tahun tapi tidak mendapat anak lagi...kalau ditanya mereka sanggup buat apa saja untuk memperolehi anak. maknanya mereka nakkan sangat anak, nakkan 'complete family'...tapi yang dah ada anak pulak dok abai anak....amacam? apa cerita ni?

jadi berbalik kepada persoalan apa sumbangan kita kepada keluarga kita seminggu yg lepas ni...kenele kita pikirkan bersama, kalau rasa-rasa takde sumbangan maka startla buat planning utk beri sumbangan pada keluarga kita untuk minggu yg akan datang ni. sebenarnya apa sumbangan, besar atau kecil perlula kita beri...ialah bukan untuk orang lain untuk keluarga sendiri jugak. sumbangan kecil? sumbangan seperti balutkan buku sekolah anak, repair pintu bilik air yang dah herot tu..., jirus air pada bunga-bunga dilaman tu, belikan barang keperluan dan macam-macam lagilah. ingat! bagi setengah orang sumbangan setakat jirus air ke pokok bunga tu mungkin sumbangan yang terlalu remeh dan kecil tapi mungkin tidak pada isteri kita. balutkan buku sekolah anak mungkin kecil pada orang lain tetapi besar pada anak kita. kalau tak kita yang buat atau beri sumbangan pada keluarga kita sendiri takkan orang lain nak buat bende yg sama? takkan jiran kita nak datang balutkan buku sekolah anak kita sedangkan kita ada..

seperkara mengenai sumbangan pada keluarga kita....pada anak, isteri atau pada makbapak kita atau dari isteri kepada suami jangan la sesekali kita 'become so calculative about it'. beri sumbangan tu semua mestilah ikhlas dan kerana Allah dan yg paling penting janganla mengharap balasan!. insyaAllah jika semua sumbangan di beri hanya keranaNya maka pulangan yg lebih besar akan Dia berikan 'without we knowing it'. kita pula jangan pulak mengharap sangat sumbangan tetapi kalau sumbangan tu dah nak orang beri pada kita apalagi...terima je la...wallahualam.

Wednesday, August 09, 2006

nak kurus bebb...!

assalamualaikum...

telah hampir seminggu saya tak menjamah walau sebutir nasi pun...sebabnya terasa nak cuba kurangkan berat badan walaupun ada rakan-rakan yg kata saya ni takle berat sangat. mencabar? memangle mencabar beb!....nasi kan ke makanan asasi. menengokkan anak-anak makan nasi briyani lagile tercabar, tapi kerana nakkan berat badan ideal maka tetap ditahan gelojak nafsu tu dulu. orang kata dengan tahan makan nasi boleh turun beberapa kilo berat badan....maka dek kerana tu la saya nak mencubanya ni. apa yang di makan sekarang ni? tak lain dan tak bukan roti le....apa lagi. tapi satu bende yang saya notice bile melakukan diet dgn tak makan nasi ni ialah...belanja makan jadi makin bertambah lak. yeela....sebungkus wholemeal bread tu pun dah rm3.80. belum campur sayur dan buah-buah. menasabahle pusat-pusat jagaan badan caj harga sampai ratusan malahan ada yg ribuan ringit kepada pelanggan mereka hanya semata-mata untuk menurunkan berat badan disamping utk dapat 'figure' yg menarik gitu. yang menariknya mereka bukan setakat dapat sorang dua customer malahan berpuluh tuu...maknanya ramai betul orang berduit yg ada problem obesiti tu kan?

sebenarnya kan...kita kalau makan bersederhana rasanya tak mungkin dapat problem obesiti ni. macam makan buffetle...kita kena pukul round makan semua serba-serbi yg dihidangkan tu...tapi ambille sikit-sikit. jadi semua bende dpt rasa dan kenyang pun boleh terasa. ini kita belasah makan nasi lepas tu amik semacam dua lauk kegemaran kita tu banyak-banyak...akhirnya kekenyangan tapi tak dpt rasa masakan dan sajian-sajian yg lain...kan ke rugi. ada sahabat kata makan ni jgn terlalu 'get personal'...citer makan adalah citer nak memuaskan 2 inci yg di leher tu je....kekadang yg dileher nak tapi yg diperut tak nak...2 inci tu le yg sangkut rapat dgn nafsu. jadi sebenarnya kalau nak makan kenalah ikut perut bukan ikut nafsu 2 inci yg di leher tu.... macam makan durianle...kalau ikut nafsu mau dibedalnye berbiji-biji tapi kerana takut perut memulas, badan jadi panas dan berbagai masalah kesihatan lagi yg mungkin boleh timbul maka makanle bersederhana....janji yg 2 inci tu dah rasa serba-sikit.

bagi yang islam tu...kita ada 'role model' terbaik iaitu Rasulullah maka ikutle cara dan adab makan seperti yg baginda ajar dan nasihatkan. antara yg senang - berhentilah makan sebelum kenyang (sebelum sendawa). antara nasihat nabi lagi - bahagikanla perut kamu dengan sepertiga dengan air, sepertiga dgn makanan dan sepertiga dengan udara....wallahualam

Monday, August 07, 2006

ditahap mana pencapaian kita?

assalmualaikum...


salam hari isnin, hari yg menceriakan, hari yang akan mencorakkan hari-hari berikutnya. monday blues? mana ada monday blues...kita adalah apa yang kita sendiri fikir berkenaan kita tak gitu?. kekadang tu memang ada betulnya. saya tengah membaca satu buku....tajuknya something about being positive le...(tak payah beritahu tajuk betulla...) walaupun masa mula-mula baca tak le rasa interesting sangat ttp bile terus dan terus rasa okay jugak. satu bende yang mungkin dapat saya kongsi di sini ialah berkenaan pencapaian kita. penulis buku tu mengatakan kebanyakkan orang tak pergi jauh pencapaian mereka sebab mereka mencapai hanya setakat dapat cover hutang-hutang dan bayar bil-bil mereka. maknanya apa yang mereka lakukan kalau setakat dah boleh 'cover' hutang dan bayar bil-bil itu pada mereka itu dah kira hebat le tu....sedangkan kalau setakat boleh bayar hutang dan bil itu sebenarnya bukanle boleh dipanggil 'pencapaian' ttp hanya satu 'keperluan' sahaja.

untuk jadi hebat dengan pencapaian yang sangat dahsyat kita kene pikir lebih kurang camni.....sekarang pakai keta waja je, tapi kalau dalam 6 bulan akan datang ni aku tak dapat pakai mercedes 200 sel mampus aku...maknanya letakkan tekanan untuk mendapatkan apa yang diimpikan.

saya ada terfikir malam tadi kenapa ramai bijak pandai agama seperti ustadz-ustadz ada kata bahawa solat 5 waktu yang wajib tak perlu dipersoalkan...tapi yang sunat perlu di buat selalu, diperhebatkan amalannya. cuba kaitkan dengan cerita pencapaian di atas tadi!. maksudnya 5 waktu yang wajib tu memang tak boleh ditinggalkan...tiada kompromi disitu....tapi untuk jadi lebih hebat yang sunat perlu dicari, dibuat dan diperhebatkan....ukuran pada 5 waktu tu macam dah fixed le....tapi yang meninggikan graf amalan adalah yang sunat-sunat tu.....cuba fikir. apapun jika ini baik maka ianya datang dari Allah dan jika tidak baik ianya adalah kerana silap dan salah saya sendiri....wallahualam.

Friday, August 04, 2006

tuhan lebih menyayangi mereka

assalamualaikum...


al-fatihah untuk azlini azmi yang dibunuh kejam di sg. way baru-baru ini. takziah kpd keluarga beliau. juga my condolence to the family of Lee Kean Yip. apa nak jadi dgn kita ni? semakin maju kita nak jadi makin mengarut pulak jadinya. semakin ramai orang kejam yang cilaka tak berhati-perut melakukan bende-bende ganas dan tak berperikemanusiaan. aduuhh....bagaimana cara nak kita buat dengan orang yang macam ni? membunuh sesuka hati, memuaskan nafsu macam binatang... bahkan binatang pun rasanya tertib juga cara mereka. rasanya mereka tak tau yang segala kejahatan mereka akan kejahatan jugala berlaku kepada mereka di kemudian hari dan kalau tak mereka sendiri mungkin keluarga mereka. kejahatan yang sebegini akan terus mereka rasakan balasannya. jika tidak semasa hidup, masa mereka mati kelak....tak boleh elak brother. mati tetap datang. tak suka, mati...suka pun, mati. takkan bende cilaka, ganas dan segala perbuatan kejam yang nak di bawa sebagai bekal ke kubur kelak? sanggup ke nak menanggung risiko? hukuman bila dah di alam ni....bukan boleh minta di ringan, di jamin atau di singkatkan? jadi sebelum nak buat walau kecil mana pun bende tak baik ingatla....kita kena answerable dgn perbuatan kita ni...

kepada keluarga Azlini dan Lee, apa yang nak saya katakan. kita dah cuba....dan bila kita renungkan sebenarnya takde silap dan salahnya kita. macam kes ni, bukan anak-anak kita yang kita rungsingkan bila mereka keluar tapi si 'cilaka' yang berkeliaranla di luar tu le yang perlu kita risaukan. terusla berikan peringatan kepada seluruh saudara-saudara kita tak kirale anak atau sesapa jua agar berwaspada dan jgn pilih jln-jln yang sunyi utk mereka lalui....yang lainnya kita berdoala agar mereka sentiasa dalam lindunganNya....wallahualam

Thursday, August 03, 2006

apa kebendenya milik kita?

assalamualaikum...


ada tak sesekali kita terfikir...apa sebenarnya milik kita? apa sebenarnya yang kita ada? duit? rumah? keta? kerjaya? pangkat?...itu sumer bukan kita punya. hatta nyawa sekali pun. habis tu yang kita punye apa kebendenye? kita ada rm300 dalam poket kekonon itu duit kita le....tapi bile kena tahan polis trafik sebab memandu laju daaah...kene saman - nilai saman rm300. hah! amacam? kononnya kita punya rm300 tu akhirnya dah jadi kerajaan punya...sebab bayar saman.

sebenarnya takde satu pun kita punye....jgn taksuble. semuanya Dia bagi pinjam sat dan Dia tengokle apa dan bagaimana cara kita mengolah, mengkoordinat semua yang Dia pinjamkannya. tapi kekita ni bukan setakat mengolah dan mengkoordinat...bahkan naik taksub plak. get personal brotherrr...get personal dgn harta, pangkat, keluarga dan yang paling sedih get personal dengan nyawa tuu... macam-macam kita buat (lebih-lebih lagi bebende yg tak baik) kononnya nyawa itu akan selamanya milik kita.

yang ada anak tu cuba renungkan sejenak, anak mungkin anak kita yeelah...berbin atau berbintikan kita....tapi bole ke kita kata anak tu milik kita? tak bole brotherr..
anak dan segala yang kita ada adalah hak Dia, Dia boleh beri kita pinjam dan Dia boleh amik balik bila-bila masa pun. cuba le kita bayangkan bila kita lahir...bogel dan takde apa-apa pun walau secebis kain....dan bila kita 'pergi' esok gitu le kita takde apa yang nak kita bawa. yang sinisnya cuba kita bayangkan bila tengah hidup bagus punyee...tetiba Dia amik balik sumer yg Dia pinjamkan kat kita...kalut gila kita kan? terbogel mundar-mandir tanpa seurat benang...cepat-cepat kita cari daun utk tutup 'anu' tu...daun tu pun nasib baik Dia bagi pinjam kalau tak...hhmmmmmh

moralenya untuk diri saya sendiri...dan sahabat-sahabat sekelian. janganle taksub dgn kehidupan....sebab ini sumer pinjaman dan ada yang kata ini hanya ilusi je. hargai apa-apa, sesiapa dan apa jua yang ada disekeliling kita. sentiasalah jalankan amanahNya iaitu olah dan koordinatle sebaik-baiknya segala yang di pinjamkanNya itu....wallahualam

Monday, July 31, 2006

ter'biul' sekejap aku

assalamualaikum...


hai-hai-hai....lama gak aku tak mencoret, rasa kekadang tu cam ada yang tak kena lak...heh..he.he. apapun cuba hayati dialog ni.

untuk anugerah kategori artis paling seksi tahun ini, jatuh kpd marlyinah (bukan nama betul). maka artis pun naikle kepentas utk terima anugerah kemenangan dan kemudian diminta memberikan sedikit ucapan. artis tu pun berucapla. "Bismilahirrahmanirrahim, syukur alhamdulillah kehadrat Illahi atas anugerah artis paling seksi tahun 2006 ni." "memang saya dah lama berdoa utk menang kategori ni tahun ni....dan meminta keluarga...mama, papa dan adik-adik berdoa sama agar saya dpt memenanginya dan akhirnya alhamdulillah"...ucap si artis 'bertuah' ni. sambung artis itu lagi "saya dah lama berseksi-seksi ni dan semua peranan lakonan pun saya ambik yang mana ada babak seksi dan terdedah, akhirnya Allah makbulkan doa saya".

Bismillah...
Alhamdulillah...
Illahi...
Doa..
Allah...

naik biul teramat sangat bila aku memikirkannya...dia menggunakan istilah-istilah ni hanya untuk anugerah artis paling 'seksi' tahun ini? betulke ni? cuma nasib baik dia tak kata yang dia solat tahajud dan hajat hanya utk menang anugerah tu kalau tak biul dan berbisul aku bila memikirkannya..

barule aku teringat pesan orang pandai agama...bahawa perompak pun Allah tolong inikan pula si artis di atas tu. betapa kita semua mendapat 'kemurahan' dari Allah yang pemurah (ar-rahman)....cuma agak-agak tu senangke kita nak dapat 'kasih-sayang' dari Allah yang maha penyayang (ar-rahim)? tepuk dada tanya iman. dalam cara yang 'mengarut' dan entah apa-apa pun Allah makbulkan apa yang di pohon bayangkanlah kalau 'cara' tu menggunakan cara yang terpuji dan menurut tuntutan...tentulah lagi senang Allah makbulkan...bukan setakat yg dipohon je...mungkin yg 'extra'pun Allah boleh beri, maha suci Allah rabbuljalil.....wallahualam

Monday, July 24, 2006

cukai di sana -sini

assalamualaikum....

benarkah Malaysia antara negara terbanyak mencukai rakyatnya? payah le nak kata kalau takda data-data stastistik yang terkini dan boleh dipercayai kan? tapi cuba kita bayangkan begini...sebaik nak keluar rumah kita kena lalui pintu rumah kita yang kena 'cukai pintu'...lepas tu kita pun masuk ke dalam keta kita yang dah dikenakan 'cukai jalan'. kita pun memandu keluar dari kawasan rumah kita yang dikenakan 'cukai tanah'. kemudian kita lalu jalan bertol dan kena bayar pula tol atau 'cukai laluan'. kemudian kita pun berhenti pekena ayam goreng segera dan kena bayar pula 'cukai perkhidmatan'....sambil makan-makan kita belekle perjanjian jual-beli (tak kirale apa-apa barang pun)dan ternampakle pula 'cukai setem' yang perlu kita bayar. sambil menghisap rokok (yg juga kita dok bayar cukai pembuatannya) tiba-tiba teringat lak kita kat 'cukai pendapatan' yang belum dibayar....pehh..mendengus jugak kita kan. simpang-siur membayar cukai. letih dan hiba....bercampur-baur. kalau nak kira tergolek....dah 3214 kali tergolek dah!

itu baru sehari dalam kehidupan orang kelas pertengahan...belum lagi mereka yang buat business ekspot-impot dengan cukai duti dan eksais,cukai impot dan berbagai cukai lagi le. kalau dia senaraikan cukai-cukai yang kena di bayar dan jumlah yang perlu dibayar....mau tergolek itik dia kan? tapi ye la apa nak buat...takde cukai takdele pembangunan dan kemudahan-kemudahan lain....gitule yang dikatakan oleh sibijak pandai...(kerana kepandaian diorang kita pulak yang tergolek).

apapun pada saya...personally, bukan saya nak cukai ni dihapuskan terus tapi berpada-padale...kaji baik-baik, cari kadar yang tidak membebankan, dapatkan input terutama dari golongan majoriti, dulukan yang mana perlu didulukan dan kemudiankan yang mana perlu dikemudiankan...lepas tu implemenla.....wallahualam

Wednesday, July 19, 2006

the role we play

assalamualaikum...

there's sayings goes something like this...'world is merely a stage and we are just the actor/actress'. i tend to agree to this, but does it ever cross in our mind who's actually created this so call 'stage'? there's must be a force behind it...isn't? i believe everybody know who the creator is..He has created this stage. He put decorations on it....He make it so cozy apparently He has done His job really-really well, our greatest appreciation to Him (alhamdulillah). now, the problem lies in us....the actor/actress. no point of having such a wonderfull stage but at the end the actor/actress has not doing his/her job well enough. pity us (the actor/actress)...and what has make it more sad is that this actor/actress never without fail keep on asking from the creator to provide more decorations, more lightings, more props....so on and so forth. they said this can help them act better. shameful!

asking for some more is not a wrong thing but unable to play the 'role' given efficiently is wrong. we should put an effort or should consistenly finding ways on how to play the role succesfully. the 'role' wasn't given for the sake of just giving away. there are reasons behind it...ultimately we'll know..insyaAllah, but for the time being we should try harder how to make our acting as a killer act. an outstanding ones!. if we can't do this we basically is worst than cow, goat, elephant, palm tree, rubber tree, sand or even rock as far as playing role is concern. believe me they have their own role too and they've play it so well. let's raise-up a vow to keep on seeking ways on how to play our own role excellently. does'nt matter if while doing so we die halfway because die trying is much more noble than die in disgrace....wallahualam