Wednesday, April 16, 2008

bersama 'adik-adik' di KPM

assalamualaikum…

satu sesi yang manis dan menceriakan walaupun takle lama sangat dalam 3 jam je. motivasi efektif gitule tajuk sesi, di KPM (kolej profressional MARA), branang. antara sesi yang besar bagi saya iaitu seramai 270 orang (gitule yang diberitahu) dan peserta datang dari kursus perakaunan sahaja. dengan 2 minggu lagi nak masuk periksa akhir semester maka saya pun berusaha untuk menjadikan motivasi mereka sebagai satu satu motivasi yang efektif. sunggunpun mereka dari golongan pelajar tapi takle saya hadkan isi kandungan sesi bersangkutan dengan pelajaran mereka sahaja tetapi ia juga berkisar kepada apa yang mungkin mereka boleh gunakannya bilamana mereka tidak lagi bergelar pelajar.

Photobucket

Photobucket

mereka pada saya adalah adik-adik yang bertuah dengan dapat belajar di suasana kolej yang tersusun, moden dan mempunyai pelbagai kemudahan. bahkan lebih bertuah bila saya tahu mereka belajar dengan memperolehi pula elaun makan lebih kurang rm250 (kalau tak salah!) seorang sebulan. perrgh!!?.. memang bertuah adik-adik....oooii.. apapun belajarle baik-baik, tekun dan fokus. masa depan terbentang luas dan 'persiapkanlah' diri tu. harapan keluarga, masyarakat dan negara perlu digalas dan direalisasikan...juga yang paling amat penting – harapan dan cita-cita SENDIRI.

Photobucket

Photobucket

suasana di dewan besar memanglah kurang selesa disebabkan panas tapi kerjasama dari AJK, pihak Kolej dan peserta sendiri menjadikan ia sebagai suasana yang ceria, berinformasi dan menghiburkan. rasanya itulah yang paling utama...mengurang atau menghilangkan terus tekanan (stress free session). mereka pun dah rata-rata tahu tekanan yang sedang dihadapi dan yang akan memuncak bila berhadapan dengan kertas periksa nanti. waimanya, biarle mereka bermotivasi dalam suasana yang sedikit 'menghiburkan' itu aje. kepada abang ahmad yang membantu (dan yang mengambil alih seketika), things wouldn’t be happen without you! thank you and hope to get more from you…hehehe..!! kepada adik-adik yang membaca…berdoa, berusaha, yakin dan fokuslah…insyaAllah segalanya akan dipermudahkan…wallahualam

0 comments: