Thursday, April 10, 2008

...dan terus berjalan ke hadapan

assalamualaikum...

apalah yang kecoh-kecoh sangat cerita-cerita selepas PRU 12 ni. semua dah settle tu...maka kita biar je le mereka yang kita pilih tu jalankan tugas masing-masing. aktiviti provoke dan menkondem tu kita berhenti la seketika. baru sangat pun belum sampai 100 hari. biarkan le dulu. apa yang kita perlu buat ialah memberikan sedikit kerjasama dan input supaya tugas mereka tu dapat dijalankan dengan baik. PRU 12 baru-baru ni bukan hanya berkisar tentang pembangkang atau kerajaan BN yang menang ia lebih kepada 'rakyat' yang menang. ini pilihan rakyat...jadi biarle yang menjadi pilihan rakyat ni buat sesuatu untuk 'membalas' balik sokongan rakyat tu. kita berikanle mereka peluang dan ruang.

ada sesetengah wakil yang dipilih tu...ini merupakan pertama kali mereka dipilih jadi mesti mereka tengah nak 'adjust the sail' tu. belum berlayar pun lagi dan belum tahu pun lagi dalam dan deras mana air yang diharung tu. bagi wakil yang terpilih semula...pastinya mereka dipilih kerana tugas dipenggal terdahulu yang baik dan cemerlang. rakyat yang menyokong mereka pun semuanya dah cerdik dan pandai terutama dalam membuat 'assesment'. jika mereka terpilih juga penggal ni walaupun perkhidmatan penggal lepas tak sehebat mana...itu pun pastinya kerana 'peluang' yang rakyat beri. kenalah mereka beef-up dan gear-up di penggal ni...

kecerdikkan rakyat dewasa ini pun dah semakin terserlah. mereka bukan lagi dibuai dengan 'legasi' jasa-jasa pejuang dahulu....mereka sekarang mementing apa yang menunggu mereka di hadapan. terutama untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka. rasanya tak ada gunanya bercerita berdegar-degar sampai nak hilang suara mengenai jasa-jasa pejuang dan kerajaan dahulu sedang cerita tu disampaikan semasa berada dalam rumah buruk yang bocor sana-sini bumbungnya, yang semakin reput lantai dan dindingnya dengan tong-tong berkarat dijadikan tempat menyimpan air.....wallahualam.

0 comments: