assalamualaikum…
selalu tak kita 'terlupa' untuk buat sesuatu yang sebelumnya kita dah terpikir membuatnya? saya selalu gak terjadi camtu. yang paling tak syok ialah bila bebenda tu adalah sesuatu yang penting. contoh terbaru ialah apa yang terjadi pada saya baru-baru ni…masa nak keluar bilik bila dah bersiap tu dah terpikir nak amik 'wallet' tapi saya kata pada diri, "nanti jap lah…nak bawa baju kotor ni dulu ke washing machine kat dapur tu". akhirnya apa yang jadik? saya terpaksa cakap kat mamak tempat saya breakfast pagi tu yang petang nanti saya bayar breakfast saya tuh, nasib baik mamak tu mungkin memang dah kenal saya disebabkan selalu makan kat situ…atau mungkin dia 'terkesian' menengok saya yang sedih-panik-kebingungan bila tercari-cari 'wallet' saya tu.
rasionalnya? inilah apa yang omputih panggil 'procrastination' atau dalam bahasa kita 'bertangguh'. sepatutnya jika bebenda atau sesuatu perkara (terutama yang baik-baik) itu sudah kita terfikir membuat atau melaksanakannya maka buat dan laksanakanlah....janganlah bertangguh. sebab bertangguh ni sebenarnya adalah satu sifat yang langsung takde pekdah untuk kita amalkannya. tidak kiralah semasa muda kerana kononnya 'daya ingatan' kita baik di era ni ataupun lebih-lebih lagi semasa kita dah semakin 'tua'…jangan dan elakkanlah dari mengamalkan sifat 'bertangguh' ni. kesan dari melakukannya sangat mendurjanakan…
bayangkan kalau kita yang dah sakit perut nak 'membuang' tapi disebabkan sakit perut tu sekejap terasa sekejap tak…maka kita pun bertangguhlah dari membuang hampas perut tu seketika, agak-agak apa jadi? perrgh??! mak-datuk!! kalau terlepaslah angin tu (kentut la tu…) walau hanya 'sekelumit' pastilah gugur 26-27 helai bulu hidung orang yang terbaunya. bayangkanlah! balik pada cerita 'bertangguh' ni, hampir kesemua buku-buku dan artikel-artikel 'self-development' yang saya baca mesti ada sebut pasal sifat negatif ni. maka elok sangatlah dibuang jauh sifat ni bagi mereka yang pernah dan selalu buat…dan janganlah sekali-kali mendekatinya bagi mereka yang tak pernah membuatnya. hidup lebih 'bermakna' tanpanya…wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago
2 comments:
salam brader...
dalam ilmu tasauf atau lapisan dalam selain lapisan syariat.. ianya adalah perkiraan detik pertama yang syumul dari diri kita atau malaikat mulhim...
detik kedua yg 'mat saleh' panggil procrastination itu datang dari nafsu yang mendapat hasutan dari syaitan...
as you know..those people are secular and putting aside religion & 'normal' life...
wasalam
syukran jazakallah...bro..
Post a Comment