Monday, April 07, 2008

pembunuh bayi

assalamualaikum...

terpegun sejenak bila menonton berita baru-baru ni. entahle...kekadang tu rasa macam malas sangat nak tahu berita-berita semasa ni....rasa nak 'puasa berita' (orang putih panggil 'news fast') pulak. cerita yang haru lagi mengerikan kekadang tu bukanlah satu berita tapi bila dah disensasikan maka jadilah ia semacam satu 'berita'. tapi kekadang itu ia perlu dilaporkan lebih dari untuk diberitakan. ia pula mempopularkan medium pelapornya samada media cetak mahupun elektronik. contoh macam cerita orang buang anak baru lahirlah. ia perlu dilaporkan...pertamanya kepada pihak berkuasa (dalam kes ini...hospital dan polis) oleh sipembuat aduan atau penemunya, dan keduanya dilaporkan pula kepada masyarakat oleh pembuat berita.

tujuan dilaporkan kepada masyarakat tidak lain selain daripada untuk menjadikan masyarakat 'alert' agar senang dapat tip siapakah pelaku kerja hina camni, juga untuk sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak melakukan kerja-kerja hina dan keji camni. bayangkan bayi yang dalam karung plastik yang masih hidup dikerumuni semut dan kerengga dan dimasukkan pula ke tong sampah. bayangkan dari saat dia hidup hingga ke saat dia nak menemui ajal..adusss...seksanya. kenapalah tak diberi je bayi tu kepada pihak hospital terus? paling tidak boleh pula dijadikan anak angkat...dunia memang hampir kiamat gamaknya!!

yang paling teruknya...ini adalah perbuatan manusia. kekadang tu rasa lebih teruk dari binatang manusia-manusia camni. na'uzubillah hi minzaliq. saya bukanle nak lahirkan kekejutan emosi saya di sini tetapi hanya untuk melampiaskan 'geram' pada pelaku kerja-kerja hina camni. dalam keadaan orang hilang anak, pasangan yang lama berkahwin tapi masih tak ada anak...masih ada mereka yang membuang anak. sedih brother...sedih. bahkan mereka bukan membuang tapi 'membunuh' sebenarnya. semoga Allah melindungi kita semua...wallahualam.

0 comments: