assalamualaikum...
kesinambungan dari diskusi pendek bersama seorang rakan yg berkisar di topik kenapa orang suka kata org lelaki suka kahwin lebih dari sorang? betul ke? sbg lelaki saya tak nafikan mmg kiteorng lelaki suka kahwin dr seorng. tapi sbg lelaki juga saya nak kata tak semua lelaki suka kahwin lebih dr seorang. mmg itu sunnah....tp byk lg sunnah yg boleh diikuti.
kekadang terpikir saya, bila seorang itu dah bergelar suami, kemudian dia bergelar pula bapa dan kekadang ramai anaknya. dan bg bapa yg bertanggungjawab nak cari makan-pakai, besarkan anak dan keluarga bukan kecik punya tanggungjawab. besar, memerlukan pengorbanan, penat dan tercungap juga nak memikul tugas tu. sbb tu kata rakan tu...bg bapa yg camni nak pusing lagi satu 'cycle' dgn isteri 'muda' mmg dia dah tak sanggup.
mmg ramai kaum bapa yg nak beristeri muda tak sanggup bab ni, maka mereka 'sejukkan' le cita-cita tu. tapi ini mungkin bagi 'suami' yang betanggungjawab le...bagi yg tak tahan gelojak nafsu...rasanya tak pikir tu semua. dia tergedik sakan nak kahwin je tapi bab nak pusing 'cycle' tu dgn bini muda dia tak nak. eehk! kalau camtu kan kesian plak kat bini muda tu. dia pun ada naluri utk berkeluarga, nak ada anak dan terhingin gak bergelar ibu. jd camna?
jawapannya, rasanya tak ada yg 'definite'. klu dah Allah kata boleh maka bolehlah jawapnya. perancangan tu pandai-pandaila buat. dah sanggup jadi suami utk bini muda maka kenalah sanggup untuk jadi bapa 'muda' pada anak-anak 'baru' nanti. tak larat nak kejar anak-anak kecil sbb dah 'berumur' tak bolehlah dijadikan alasan. kalau yg 'satu' tu larat kenalah larat yg lain juga. maknanya tak bolehlah terhad pada setakat dapat 'meredakan' ransangan nafsu saja...tanggungjawab seterusnya kenalah pikul gak. dia datang 'in-package' kan. tapi ni hanyalah pendapat peribadi takde kena-mengena dengan yg hidup atau yg telah pergi yekk!...wallahualam.
Doa Itu Bom Nuklear Bagi Orang Mu'min!
5 years ago